Pembaca Blog Ini...

Sunday, June 6, 2010

Nasi Lemak Burung Puyuh Sudah Sold Out!

Cuti hujung minggu 3 hari minggu ni. Duduk terperap di rumah adalah sangat membosankan. Cik abang pun muka dah penyek dah duk rumah je kan.. hahahhha. Saya ajak pi Wakaf Che Yeh. Tak de plan nak beli apa pun. Berniat nak jalan-jalan je.


pict: search dari cik google

Lepas solat maghrib baru siap-siap nak gerak ke Kota Bharu. Sampai dalam pukul 10. Ramai lah orang tidak terkata. Jalan nak masuk dalam tu pun dah sesak. Kereta banyak. Kalau dapat masuk pun, tentu lah parking tak de kan. Orang Kelantan memang suka balik kampung kalau ada cuti-cuti lama ni. Rakyat Kelantan ramai betul. Ayah saya pernah kata, masa dia pi Dubai dulu... Jumpa orang Kelantan kerja baiki tangga bergerak tu (orang putih panggil eskalator)


Kalau ikut kata media, Kelantan adalah mundur... Kelantan tak maju... Kelantan rakyat dia miskin... Tapi, kalau korang pi Kelantan.. Memang tak macam yang digambarkan oleh media. Ekonomi rakyat Kelantan kalau korang tengok dari perkembangan bandar Kota Bharu itu sendiri, memang jauh lebih maju kalau kita nak bandingkan dengan Kuala Terengganu atau Kuantan. Kalau korang masuk Kota Bharu, banyak kereta-kereta mewah yang plat number mula dari huruf D. Maknanya, rakyat Kelantan banyak duit weii.. Bandar Kota Bharu banyak outlet yang kat Kuala Terengganu tak ada. Eh, malas cakap banyak. Tapi, sorry to say laaaaa, jangan percaya sangat cakap media yang momok-momokkan kita cakap Kelantan mundur, tak membangun, bla.. bla.. bla.. Korang datang sendiri tengok laaa.. hahaha


Lagi satu hal, rakyat Kelantan ni bersatu. Tu yang pasal bola boleh merusuh semua tu. (hahahah.. itu jangan tiru laaaa.. Tak bagus). Kalau pi mana-mana, kalau jumpa kaum-kaum dia, punya laaaa tak pi mana dah. Kalau tau kedai tu kedai orang Kelantan, dah tak pi kedai lain dah. Hahahaha.. Kengkadang, kedai lain lagi murah dari kedai tu. Tapi, dari satu sudut lain, itulah yang buat mereka maju.


Eh, banyak pulak membebel pasal negeri Kelantan ni.


Ok laa.. Sambung balik pasal cerita tadi... Fikir punya fikir ... Tak payah lah masuk dalam tu. Lagipun bukan nak beli apa-apa pun kan. Alang-alang dah sampai, cik abang ajak pi makan kat tempat dia selalu makan masa praktikal dulu. Masa tu tahun 2002 kot. Cik abang praktikal kat firm arkitek kat Kota Bharu.


Cik abang kata kat situ ada nasi lemak burung puyuh goreng sedap. Cik abang ingat2 lupa kedai tu. Berpusing-pusing laaaa cari kedai makan nostalgik tu. hahahahah... Akhirnya sampai juga.

Tapi, burung puyuh goreng sedap tu tak ada.
Sold out
. Hahahah..
Cik abang telah kecewa di situ.
Terus order nasi lemak sambal sotong, ayam sambal..


Saya minta lauk ayam dan telur ayam.
Ayam belaka.
Tapi, nasi lemak dia tak de rasa lemak pun.
Ala-ala nasi kosong gitu..
Sambal pun tak berapa sedap.
Tapi, beduk je laaaa. Takkan nak cancel lak kan.

Walaupun tak sedap, makan kena tekun beb.
Baru lah ada kemajuan dalam penambahan berat badan.
hahahahahh..


Ini.... opsssss....
Tak boleh bagitau siapa kah dia.
[Tuan empunya badan mahu dirahsiakan identitinya.]
Mengada tak?
=D

6 comments:

hAnIsAh_aMmRaN said...

along, ko ni asek mkn je.
ahahaha

cm sodap...

~ain said...

dah tu .. ko nak suruh ak mati kelaparan ke apa?

Sidratul Muntaha said...

aku lama dah tak dengar org guna perkataan beduk tu ganti perkataan bantai.
ekeke..
gmbo yg kena edit..mmg cam mtk penampar.
lagi mahu kasi blur mata.
eleh..
mmg mengada!!
aahahahahha.
tpi lagi bgus klu gmbo tuan blog tgh mengunyah..confirm kena band satu pages sebab aduhai...
tak dapat kubygkan bagaimana rupa klu tgh sedap mengunyah dengan jayanya!!

~ain said...

saje je.. hahaha.. kalau tuan blog mengunyah? kena private blog laa pas ni...

Wan said...

alossss.. lamo dh x gi pasar male tu ain weiii.. tingat la ambo ginih.. hukhuk2..

~ain said...

hahah.. mama hanim, kalau cuti sekolah, usah laa mencari nahas.. ramai orang sesangat. nak jalan pun berlaga punggung..