Ada satu peristiwa yang kelakar dan kasihan berlaku semasa saya sedang beratur membeli cheezy wedges di KFC baru-baru ini.
Seorang lelaki membawa lima orang kanak-kanak. Mungkin kanak-kanak itu adalah anak saudara nya. Saya dengar dia membahasakan dirinya sebagai Pok De..
Kalau dah budak-budak umur sebaya dalam lima orang dibawa beratur di kaunter KFC tu, biasa laaaa kan. Berlari sana sini. Melompat nya... Menjerit-jeritnya.... Saya tengok pun rimas. Dah macam ulat. Tak reti duk diam.
Pok De tu menjerit, "Gi duduk sana tu (sambil tunjuk ke arah kerusi di satu ruang dalam restoran itu)"
Anak-anak kecil itu pun berlari-lari dan duduk ke kerusi yang ditunjuk oleh Pok De mereka.
Dua minit kemudian, mereka berlari-lari mendapatkan Pok De semula. "Pok De.. Pok De.. Kita nak ayam yang dada.. Dada... Dada.... ~berulang kali mereka sebut beramai-ramai..
Pok De dah nampak merah muka. Dengan tak semena-mena Pok De menjawab, "Gi duduk sana dulu. Kalau tidak, bukan dapat dada .. Pok De bagi kaki kang.."
Hahahaha..
Pok De sudah tertekan.
Moral of the story?
5 comments:
uyooo...cm transformer....huhuhu
wakakkakaka..
tu baru anak sedara
kalau anak sendiri..
takyah cakap dada ke kaki
thu2 dia dah bagi sekor2 budak tu makan kaki!!
adeh..camner nak jadi somi mithali?
icah.. ape yang transform?
ayu.. hahaha.. itulaaa pasal. dah tau tak sabar, pi bawa ramai2 apehal.. tp kalau ko tgk muka dia ayu, serius kesian... lawak pun ada gak..
hahah...muka mesti kaver macho kan...stress gak kalu layan bdk2 macam ulat nie...
Post a Comment