Pembaca Blog Ini...

Sunday, July 4, 2010

Catatan Perjalanan

Hah...
Hari ni Setiu adalah mendung.
Mata pun mendung.


Malam tadi sampai rumah pukul 11.30pm.
Lama betul perjalanan.
Pukul 2 dari Serdang, singgah beli egg tart kat Bakery Cottage.
Hahahah memang wajib ni. Kalau tak, macam tak lengkap..


Singgah Gombak.
Abah siap bagi daun limau purut, kunyit hidup.
Dia nak kasi daun kunyit, tapi saya kata tak yah laaa..
Kang kering saja dalam peti ais.. hahah
Pak mertuaku itu memang suka bagi macam-macam bahan masakan kat kami.
Maklum sahaja, dia kata saya suka memasak.
Suka memasak? hahahahha


Kemudian, gerak dari Gombak kira-kira jam 4.
Cucuk duit, isi petrol, beli murtabak mini, air tebu.....
Terus jalan. Meninggalkan Kuala Lumpur.
Huisssshh.. entah bila nak balik lagi.
Saya pun tak pasti.
Hehehehe [over ... tah tah bulan depan kena pi kerja kat UTM pulak]


Saya tidur dari mula masuk highway sampai ke Gambang...
Mengantuk tahap gaban.
Siap duduk belakang, buh bantal, kroih.. kroih... sampai Gambang.
Kena kejut ngan cik abang.
Tension dah dia kena drive sengsorang.
Siap ketuk-ketuk bumbung kereta lagi.. hahahhaha


Dekat R&R Gambang, solat Zuhur + Asar.
Makan nasi ayam dengan tea o. Cik abang minum nescafe o.
"Kasi segar sikit mata. Jangan asyik tidur je," kata cik abang.
Heheheh. Perli betul!
Dah tu kalau dah mengantuk, nak buat apa. Tidur laaa kan.


Kemudian, teruskan perjalanan.
Sampai Chendor berhenti solat Maghrib+Isyak.
Perut masih kenyang. Lepas solat, teruskan perjalanan lagi.
Hujan turun dengan lebat.
Kereta pun banyak. Tak boleh bawa laju. Bahaya kan?


Sampai Permaisuri, singgah beli mee sup.
Balik rumah, makan mee sup sambil tengok bola.
Sikit punya gembira cik abang, bila Germany belasah Argentina 4-0.
Haah.. cik abang kata Diego Maradona tu berlagak.
Padan muka. Dia kata laaaa..
Abah siap sms sms bagitau Germany belasah Argentina.
Hahaha.. semangat kesukanan betul!
Tak paham aku.. hahahahh


Lepas masing-masing dapat 'ubat tidur'
tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! =D

4 comments:

Tie HT said...

wehh..windu nya kat serdang, kat UPM..tempat bangun lagi dikenang tu..
letihnya your journey..jauhh

Sidratul Muntaha said...

aku mmg suke argen kalah!!
go german go!!
yerlah..kan aku ni jawa jerman!!
ahahahhaha..
tpi siyes,sian tgk messi.
nangis lebat!!

~ain said...

kak tihara.. nanti mak ayah nak pindah melaka, mesti kami semua akan rindu serdang.. maklum saja, sejak tadika lagi kami di serdang.. heheh

~ain said...

ayu.. messi? siapa? siapa? konon2 je semua cakap dia kacak.. ceh, kacak pun kalau kalah buat apa beb? buat pa? hahaha