Tadi (baru balik ni) pun pi Jusco. Kat rumah dah janji pada diri sendiri. Nak beli kasut Crocodile sepasang je. Ye... janji! Sepasang je..... Kasut je... Benda lain tak nak beli. Janji... (Tengok! Berapa kali janji kat diri sendiri?) So, sudah dapat yang berkenan. Tapi, bila balik rumah, rasa macam tinggi sangat laaa pulak. Bila pakai saya jadi tinggi macam cik abang.. (Ok tipu je) Jenis lembut dan selesa je. (harap-harap tak lenguh kaki laaaa)
Hmm.. biasa kat Jusco suka beli baju kat ScarletPlus. Heheh.. Memang sangat sesuai untuk orang comel. Baju untuk orang comel. heheheheh.. Seluar pun cutting untuk orang comel. Baju tidur pun untuk orang comel. Suka betul... hehe. Tadi, teeeeeeeeeerrrrrbeli seluar pulak dah. Alaaaaahai.. betul laaa! Patut si Ayu tak percaya yang saya tak ada apa-apa plan kat beberapa entri yang lepas. heheheh. Ini sekali sekala tau. Bukan selalu... Kalau Jusco ada kat Kuala Terengganu, kena boikot tuuuu. hahahha
Lagi satu. adik saya yang ketiga nak pi Penang Isnin ni. Boleh keje gomen.. Saya belikan dia sehelai kemeja untuk pi kerja. Maklumlah sebelum ni dia bukan keje opis. Mana nak ada office attire macam tu. Saya suka tengok office attire untuk lelaki tapi, cik abang saya tak pakai office attire sekali ngan neck tie segala bagai. ["Berapa kali nak sebut perkataan office attire ni, Ain?"]
Semua itu adalah ter.. ter... ter... tak sengaja! Tolonglah percaya kata-kataku ini. Tolonglah..........
Tadi adalah kunjungan terpantas saya di Jusco. Pukul 9 masuk, sebelum pukul 10 dah keluar. Kalau lagi lama kat situ, alamatnya makan telur laaaaa sepanjang bulan Julai 2010. Hahahahha
[Tak yah laaa tayang barang yang dibeli. Macam tak seswai je.. heheheh]
Tadi adalah kunjungan terpantas saya di Jusco. Pukul 9 masuk, sebelum pukul 10 dah keluar. Kalau lagi lama kat situ, alamatnya makan telur laaaaa sepanjang bulan Julai 2010. Hahahahha
[Tak yah laaa tayang barang yang dibeli. Macam tak seswai je.. heheheh]
1 comment:
Kalau Jusco ada kat Kuala Terengganu, kena boikot tuuuu.
- leh caya ker statement nih?!
wakakakakaka!!
Post a Comment