Pembaca Blog Ini...

Wednesday, July 7, 2010

Haikal tak kerek dah

Inilah entri yang dimaksudkan berkenaan dengan kasut tu....


Perasan tak gambar kasut tu, ada sepasang selipar budak kecik?
haaaaaaaaalahai.. korang ni!
Takkan tak perasan kot.
Kami mana ada anak kecik,
makanya dari mana datangnya selipar budak kecik itu?

Selipar itu milik si Haikal..........
Anak kepada adik suami saya.
Anak sedara aaaa kiranya ni.


Macamana dia boleh ikut kami?
Semalam, lepas servis kereta saya cakap kat cik abang.
"Abang, jom culik Haikal nak?"
Kebetulan, ibu si Haikal ni masih maternity leave lagi.
Sejak ada adik ni, Haikal macam membawa diri sikit.
Sebelum ni, memang dia tak mau ikut sesiapa kalau tak de mak pak dia.
Tapi hari tu, ada satu hari kami pergi tengok adik dia, dia nak ikut kami balik.
Kami bawa laaa dia pi Giant kejap.


Kami nak ajak dia pi main kereta masuk duit tu, pastu gerak-gerak.
Tah hape ke nama tah.. hahahha
Tapi, tetiba dia tidur lak dah...


Jadi, masa pun berlalu begitu sahaja.
Cik abang dah kena masuk kerja.
Kena pi tengok gak site tu.
Kot kot apa-apa ke kan?


Ini budak baru bangun tidur....
Berkerut muka! macam Aqil Setot

Mula-mula macam nak nangis bila dia bangun tidur tengok sekeliling dia macam pelik.
Sebab masa masuk site tu, dia tengah tidur.
Bergenang dah air mata.
Penuh dah air mata dalam mata.
Mata, hidung semua dah merah-merah..
Saya dah cuak dah..
Adui laaa menangis kang apa aku nak buat ni...
Hahahha
Kebetulan masa tu, backhoe ni masuk.
Nasib baik laaaa.. Terus dia buat muka pelik pastu dia tengok je backhoe.
Terus je nak naik.
Tapi, muka still berkerut-kerut!


Sebenarnya, site ni kosong sebab baru lepas hujan.
Masa kami sampai awal pagi tu, masih ramai lagi orang buat kerja.
Cik abang kata, biasanya kalau hujan semua indon bangla balik dah.
Site clerk, site supervisor pun dah blah dah.
Sebab hujan waktu petang kan.
So, semua agak-agak hujan sampai malam kot.
hahahhahaSebab indon bangla semua dah balik,
cik abang kena buat kerja mereka.
hahahha.. (habislaaa kena luku pasni)Tak lah..
cik abang tengah ambil batu sket
nak letak kat laluan masuk ke garaj kereta di rumah kami tu.
Kalau hujan jadi becak, kotor laaa kereta.


Korang jangan ingat kami lepaskan si Haikal macam tu je tau dalam site ni.
Bahaya ooo budak kecik masuk site.
Tapi, nasib baik site ni masih baru lagi.
Tak banyak lagi benda-benda berisiko.
Pulak tu kami lepak-lepak kat area site office je.
Haikal pulak, duduk dekat-dekat ngan saya je.
Memang tak lepas laaa wei.
Anak orang wei..
Kang apa-apa hal kang, tak kuasek aku nak menjawab.
hahahha


Tengok!
Muka memang tak leh blah si Haikal ni.
Berkerut-kerut!
hahaha
Masa untuk beli jajan!
Biasa laa, buat umpan budak-budak.


Lain kali, agak-agaknya dia nak ikut tak kami lagi?

No comments: