Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 6, 2010

Saya suka entri Shamsuddin Kadir yang ini....

ASSALAMUALAIKU EN SHAMSUDDIN,


NAMA SAYA XXXXX (Dipadamkan nama sebenar)

SAYA MERUPAKAN SEORANG PENJAWAT AWAM. SAYA SERINGKALI SEARCH INTERNET BAGI MENGETAHUI CARA-CARA PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

BANYAK BUKU DAN ARTIKEL YANG SAYA BACA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

TERBARU SAYA MEMBELI DAN MEMBACA BUKU TULISAN SAUDARA IAITU “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG”.

SAYA KELIRU DENGAN TAHAP KESIHATAN KEWANGAN SAYA..DI SINI SAYA SERTAKAN BUTIRAN LENGKAP MENGENAI KEWANGAN SAYA UNTUK PERHATIAN SAUDARA AGAR DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENANGANI MASALAH INI..

GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..

PERBELANJAAN TETAP

RUMAH SEWA - RM 170
PARENT - RM 400
KERETA - RM 350
TABUNG HAJI - RM 200

INSURAN - RM 70
LOAN ASB - RM 158 ( RM 25000)
INVEST TKFUL - RM 100

PTPTN - RM100
CEL/BRODBAND - RM100
BALIK KG - RM 100
BELANJA - RM300

JUMLAH =RM 2048

HUTANG..

LOAN ASB RM 158 2030
PERS LOAN RM 312.50 2020
PTPTN RM 100 2020
KERETA RM 350 2013

MASALAH YANG MERUNSINGKAN SAYA APABILA MELIHAT BALANCE YANG HANYA TINGGAL RM 52.

SAYA SERINGKALI BERANGAN UNTUK MEMPUNYAI LEBIHAN WANG SETELAH SEMUA BIL DAN HUTANG DIBAYAR.

SAYA DAH PUAS CUT PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN LEBIHAN KEWANGAN.V

TETAPI MASALAH STILL SAMA..

SAYA BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DAN DAPAT MEMBERIKAN NASIHAT BERGUNA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA..

TERIMA KASIH..
MARIAM (Bukan nama sebenar, ianya ditukar oleh pihak pengurusan ShamsuddinKadir.com)

——————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Mariam,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada saudara dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Pertama-tamanya tahniah kerana mendampingi buku sebagai usaha mencari bekalan hidup. Kedua cik puan termasuk dalam kumpulan wanita yang amat cerdik dan ada matlamat hidup yang jelas. Tahniah.

GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..

PERBELANJAAN TETAP

RUMAH SEWA RM 170 ( Bagus)
PARENT RM 400 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)
KERETA RM 350 (Bagus)
TABUNG HAJI RM 200 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)

INSURAN RM 70 (saya tidak pasti untuk apa)
LOAN ASB RM 158 ( RM 25,000) (Pastikan LOAN yang dibuat adalam mengunakan sistem Islamik, kerana riba membuatkan kita berperang dengan Allah dan rasulnya, azab bila malaikat maut datang mencabut nyawa kita, apabila kita dikenal pasti sebagai orang yang ingin berperang dengan Allah dan rasul)

INVEST TKFUL - RM 100 (Bagus, kerana ianya Takaful, baca buku Makan Gaji Tetapi Kaya, jika kita ingin kekal melabur dalam Takaful sebanyak itu selepas membaca buku itu, itu adalah pilihan TERBAIK KITA)

PTPTN RM100 (Tiada pilihan berdasar maklumat yang diberikan, teruskan)
CEL/BRODBAND RM100 (Adakah ianya perlu ? Kita ada buat bisnes ke? Jika ada broadband tambah duit, perlu ada, buat masa ini tidak perlu, kerana saya melihat cik puan seorang orang yang bijak, cari streamyz dan pasang di rumah sewa, yang boleh disharekan kepada beberapa orang termasuk jiran, sharekan bayaran, ambil pakej RM 68 sahaja, ataupun tukar plan Celcom itu kepada pakej RM 68 seperti mana yang kami guna)
BALIK KG RM 100 (Balik kampung, bagus, semoga Allah jadikan hidup saudara bertambah berkat dan kaya di atas sentiasa melawat ibubapa)
BELANJA - RM300 (Bagus, saudara seorang wanita yang pandai, bijak, cerdik, berdisiplin, teruskan memiliki sikap yang bagus ini)

JUMLAH =RM 2048

HUTANG..

LOAN ASB RM 158 2030 (Saya tiada pandangan)
PERS LOAN RM 312.50 2020 (Bayaran bulanan RM 312.50 tidak di masukkan dalam senarai belanja, ini adalah BARAH KEWANGAN, saya tidak tahu kenapa Cik Puan memiliki kanser yang telah meruntuhkan banyak rumahtangga, menghilangkan nikmat tenang dan ceria, menambahkan kedutan di muka dan sebagainya. Cadangan saya hentikan perlindungan (insurans /pelaburan), gunakan duit itu bagi membebaskan diri dari BARAH KEWANGAN ITU terlebih dahulu, selepas itu, boleh rancang kembali perlaburan dan perlindungan dalam Takaful (ambil yang islamik, supaya kita tidak berperang dengan Allah dan Rasulnya).

PTPTN RM 100 2020 (Teruskan membayarnya)
KERETA RM 350 2013 (Pandangan saya, jangan beli kereta baru lain ataupun tukar kepada kereta lain, selepas tempoh pinjaman kereta ini berakhir, teruskan mengunakan kereta tersebut.

Kesimpulannya, saya mencadangkan cik puan untuk membaca buku di bawah mengikut susunannya :

1. Makan Gaji Tetapi Kaya (Sudah tiada di pasaran, hujung bulan Jun baru ada di pasaran)

2. Kaya dengan rumah

3. Buat Duit Dengan Rumah

Jika inginkan suatu kelainan baru dalam hidup cik puan, baca juga buku di bawah

1. Garaj Aiman (Tulisan Shamsuddin Kadir bersama Nor’Aini Mohamed Noor)

2. Biskut Ajaib

3. Tukang Gunting Terbang

Belanja untuk ibubapa sebanyak RM 400 sebulan itu, adakah jumlah yang perlu? Saya tidak tahu berapa komitmen bulanan yang ibubapa saudara perlu? Maksud saya apa yang perlu ibubapa saudara perlu untuk hidup bagi sebulan?, adakah adik beradik saudara lain juga membantu? Saya khuatir dengan BARAH KEWANGAN saudara itu, ianya bakal membuatkan saudara tidak mampu lagi memberikan satu sen pun kepada ibubapa apabila ianya bertambah parah.

Sentiasa amalkan doa menyembuhkan BARAH KEWANGAN seperti yang saya tulis dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang di muka surat antara yang terakhir.

Shamsuddin Kadir