Pembaca Blog Ini...

Tuesday, August 24, 2010

Bebelan bersiri..........

Semalam tiba-tiba balik pukul 5. Padahal kelas pukul 5 baru start sampai pukul 6. Tiba-tiba rasa malas betul nak membebel sebab lewat dah. Student pun kan nak pi cari makanan ke apa kan.. Last week pun cancel kelas gak petang tu (dah ganti ek)


So,
semalam message kat student,
"Lisa, kelas petang ni cancel laaa. Sebab saya lapar. HAHAHAHA" ~ Hampeh tak?


Si Lisa reply, "Ok, cik.. Kitorang pun sama..."
See... See.. Cikgu kalau malas lapar, anak murid sejuta kali malas lapar.
Eh, bukan apa tau!
Cuba laaa fikir, dah petang-petang sangat, penumpuan tak ada dah.
Pulak tu, kelas sejam je pun.
Tak banyak input boleh bagi.
Pulak tu, silibus semua dah habis cover (untuk midterm exam Jumaat ni)


Hmm..
Sambung balik membebel.
Tadi berhenti jap sebab kena pi kelas..


Tadi, cik abang call. Petang ni balik KL.. Hal emergency.. Sebenarnya tak de laaa emergency sangat. Tapi, emergency laaaa juga. Saya kalau kes kes tetiba sangat ni yang tak berapa best sangat ni. Banyak kerja jadi tertangguh.. HAHAHAHA.. ini kes lecturer yang cuak bila student nak exam laaa ni.. Tak ada apa sangat pun sebenarnya.. Kena balik sebelum Sabtu sebab Sabtu pagi saya jaga exam. See!! Itulah pasal saya tak suka sangat kes kes tetiba ni. Kalau tahu, tak de aaa saya duk setuju nak jaga exam di hari cuti yang hening kan.


Haa... sebenarnya nak cerita pasal semalam.
Dah panjang benar melalutnya saya ni.


Saya malas tahap gaban nak masak untuk berbuka. Masa kat office dah fikir macam ke hape dah nak beli apa kat Bazar. Sekali balik tu, terus minta cik abang singgah pasar lauk basah. Beli ikan dengan sotong. Tetiba balik rumah, masak asam pedas ikan kembung. Tetiba je macam jadi sedap masak asam pedas ikan kembung tu.


Cik abang kata, tahun ni bulan Ramadhan paling jimat sebab tak selalu ke Bazar. 2 minggu dah puasa ni, dua kali je singgah Bazar. Beli kuih je pun. Lauk sendiri masak laaaa...


Pernah tak korang makan roti 2 keping cicah masak asam pedas ikan kembung? Sedap oooooooooooooooo!!! Serius, sikti punya kenyang. Masih tak makan nasi kat rumah (rumah pak mertua makan gak), badan rasa ringan. Memang dah ringan 3kg dari biasa! Tapi, orang comel kan. Memang kena ringan 10-15kg baru nampak kurus. (Kang sampai suami pun sedih melihat kekurusan isteri, terus beli makanan berlemak berplastik-plastik.) HAHAHAHAH


Tapi, esok confirm ah makan nasi bertambah-tambah. Kata balik berbuka rumah mak kan? Rumah mak, beb! Masakan mak, beb!

1 comment:

Zura Tahir said...

ada award tuk ain...

seronok dpt lect mcm ain...asal lapa je terus cancel class..hehehe