Pembaca Blog Ini...

Monday, August 9, 2010

Happy Ramadhan!

Tinggal dua hari lagi nak menyambut Ramadhan.


Dulu masa kecik-kecik, tak suka bila nak masuk bulan Ramadhan ....
Sebab, lapar.... Hahha.. (ala.. budak-budak)
Lepas tu, curi makan laaaa apa laaaa....
(Biasa laaaa budak-budak)
Ada jenis yang masa ambil wudhuk sekali dengan minum air.
(hahaha itu kat tadika tempat saya ngajar dulu)


Tapi, bila sudah dewasa....
Sukaaaaa sangat bulan Ramadhan.
Tah laaaa ek.
Bak kata kawan saya, macam nak dapat
hadiah besar pulak bila tiba bulan Ramadhan.
Tak tahu kenapa suka sangat bulan Ramadhan.
Nak kata suka sebab ada Solat Sunat Tarawikh, tak juga..
Sebab saya bukan selalu pun pi Tarawikh..
Selalu cik abang je pergi.
Masa belum kahwin dulu pun, ayah dengan adik beradik lelaki sahaja yang pergi.


Nak kata sukakan Bazaar Ramadhan pun, tidak juga.
Kadang-kadang makanan yang dijual
di Bazaar Ramadhan pun tidaklah sesedap mana.
Ada yang kurang rasa laaaaa, kurang gula, kurang garam..
Tak ketinggalan juga,
kes-kes makanan basi sebab
top up
jualan yang tak habis hari sebelumnya.
Tapi, tahun ni..
haruslah cik abang pi menapak kat Bazaar,
sebab ada satu bubur yang dia suka sangat.
Tah apa nama dia tah.. Tak ingat pulak.
Saya pasti, makanan di Bazaar tahun ni
akan lebih mahal dari sebelumnya.
Biasa laaaaa, dunia masa kini kan?
Nak cakap banyak pun buat perabis air liur sahaja.


Tentang persiapan raya...
Alaaaahai.. setakat kami berdua saja kan...
Apalah sangat nak dipersiapkan.
Setakat baju Melayu sepasang untuk cik abang.
Dan beberapa pasang baju kurung untuk saya.
Kenapa untuk cik abang sepasang untuk saya beberapa pasang?
Hahaha.. itu sudah takdir!
Wanita dilahirkan lebih complicated berbanding lelaki! =D
Maka, lelaki harus akur dengan keistimewaan itu.......


Teringat masa kecik dulu, nak sambut raya..
Mak mesti beli baju kami siap-siap.
Sebelum puasa dah beli dah.
Sebab mak tak larat nak beli masa puasa.
Bawa ikut trip.
Trip pertama, yang perempuan...
Trip kedua, yang lelaki....
Atau, mak je yang pergi beli...
Kami tinggal dalam kereta dengan ayah atau kat rumah.
Mak ukur kaki pakai tali rafia nak beli kasut raya.
Pasrah je apa mak belikan.. hahaha
Siap ada kasut raya, stokin raya, beg duit raya, seluar dalam raya pun ada.
HAHAHAHAH. Tak boleh blah...

Ok..
Sudah lah tu membebel..

Selamat menyambut Ramadhan.
Semoga amalan kita bertambah di bulan yang mulia ini..
Amin!

2 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

salam ramadhan juga

~ain said...

huh... salam 8th ramadhan!