Pembaca Blog Ini...

Wednesday, September 15, 2010

Kenduri Masuk Rumah Baru

Mak dan ayah telah membuat keputusan
untuk mengadakan kenduri kesyukuran (sempena masuk rumah baru)
pada hari raya ke-3.


Alhamdulillah… syukur segala rahmatNya!


Pagi hari raya ke-3 tu semua dah sibuk-sibuk buat persiapan.


Saya dan cik abang ambil tugas goreng ayam.


Mula pukul 2.30, lepas Asar baru siap goreng semua.
Lepas goreng ayam, sambung goreng ikan masin pulak.
Kenduri nya lepas Maghrib.


Jemputan tidak begitu ramai.
Dalam 50 orang sahaja.
Tapi, buka sebuah khemah juga lah.



Jemputan lelaki makan di khemah.


Para wanita makan di dalam rumah.

Menu:

Nasi putih
Masak Lemak Pisang
Sambal Udang Petai
Ayam Goreng Tepung
Kacang Panjang Goreng
Ikan Masin (Terangkat!!!)


2 comments:

CkDs AhRa said...

menu wajib kenduri pn.masnah-sambal udang...hehehe

~ain said...

ck.. iye.. sampai muak dah aku makan udang..