Pembaca Blog Ini...

Monday, October 4, 2010

PnStoberi's Sedondon Raya Contest

Sticky Mode


Saya suka lah contest Puan Stoberi yang ini.
Raya Sedondon gitu..........


Langkah-langkah nya:
Saya kena copy paste langkah nya. Kalau tidak, saya pening dan confuse...
Hehehehe


Pertama : Kasik upload gambar sedondon korang


Haaaa.. dah upload.. Sedondon tak?
Sedondon tak?
Sila abaikan dua insan yang tak sedondon di situ.
Purple dan coklat.
Mereka buta warna barangkali.. hahahah.. lariksssssss..
Kedua : Dibawah gmbr cerita la serba sedikit ttg tema sedondon


Raya 2010 / 1431H adalah tahun ketiga beraya sebagai isteri. Tahun pertama tidak ada gambar sedondon sebab masing-masing macam malas je nak arrange tema segala bagai.. Raya tahun kedua, juga tiada kerana beraya di kampung suami. Saya je pun sedondon dengan suami. Ipar duai lain, sedondon dengan keluarga mereka sahaja laaa..


Raya 2010 / 1431H ini agak lain dari biasa. Beraya di rumah baru mak ayah di Melaka. Semangat raya tu lebih sikit. Awal-awal mak dah tanya.. "Raya tahun ni tema warna apa?" Saya dan cik abang dah decide sejak tahun lepas lagi, raya tahun ni nak pakai sedondon hitam dan putih pula.


Sebenarnya, seronok kan pakai baju dari ton warna yang sama di hari raya. Dalam gambar pun nampak cantik. Seragam. Tapi, kitorang tak suka beli kain segulung, lepas tu buat baju sama. hahaha. Macam kumpulan nasyid. Tak pun boria. Tapi, ada juga orang yang suka buat macam tu. Terpulanglah kan.. Citarasa masing-masing..


Tahun depan, cik abang kata nak bertema oren lembut. Tapi, tahun depan raya pertama adalah di kampung cik abang. Maka, tidak begitu excited... hehehe.. Alah, belasah je laaa kan. Yang penting raya bersama keluarga. Kang kalau raya berdua je kang, sedih hati lak kan. hehehe



Ketiga : Sila letak juga emel anda

norainiammran@yahoo.com



Keempat : Setelah itu tinggalkan link ada di ruangan komen

Sudah....



Kelima : Haruskah saya jadi follower blog PuanStoberi?

Saya baru je kenal blog Puan Stoberi. Menarik juga blog Puan Stoberi ni. Saya sudah follow. Bila ada masa terluang, saya akan khatam kan membaca blog Puan Stoberi..


Keenam : Kena letak banner/badge contest tak kat blog sendiri? Tak perlu - cuma jadikan sticky note di blog anda sehingga due date contest ini iaitu syawal 25 = 4 Oktober 2010.

Ok, sudah di sticky mood kan..



Korang!!!
Jomlah kita join contest ni...
hehehhe


3 comments:

puanstoberi said...

Salam..
jenguk sini tgk gmbr sedondon.
Owh..pening ke dgn syarat tu..huhu..tkpe pas ni ai KISS kan dia yer. huhu.
By d way, thanks kerana memeriahkan contest ni dan sudi jd follower. Gmbr anda sedia utk dinilai :))

~ain said...

hahaha... puan stoberi.. bukan syarat tu buat i pening, cuma nak rujuk balik ke sana ke sini tu yang buat saya pening.. so, saya copy paste dari blog puan stoberi, masuk blog saya, kemudian saya follow one by one.. hahhaa

Tq!

Zura Tahir said...

good luck ain..berdondon2