Pembaca Blog Ini...

Monday, October 4, 2010

Kipas oh Kipas!

Haloo...

Alahai ada banyak gambar nak share tapi kabel tak bawa.
Macam-macam...


Semalam, saya cuti half day petang.
Kenapa? Sebab econ office dalam proses baik pulih.
Maka dalam keadaan yang panas dan hangat,
berlaku proses perkumuhan melalui peluh yang menitik-nitik membasahi bumi.


Huh.. sengaja buat perumpamaan sebegitu.


Ketidak selesaan yang di tahap alpha pun menerjah.
Kertas jawapan student pun mampu tanda bahagian A dan B je...
Bahagian C takleh.
Sebab kena banyak fikir sikit...
Lagipun, kalau nak menanda kertas jawapan ni memang kena selesa.
Barulah markah student pun selesa dipandang mata!


Kebetulan, semalam dalam jadual memang tak de kelas.


Kebetulan lagi, (what the coincidence???) cik abang pun kerja pagi je
sebab petang dia nak hantar kipas pi baiki.
Baru je beli 26 September ari tu.
Tetiba dah rosak tak leh pusing.
Sabar je laaaaaaaaaaaaa!
Kesian cik abang.
Apa benda yang baru dia beli mesti rosak dulu baru boleh guna.


Contoh:
KERETA
KATIL

MESIN BASUH


Sebenarnya, banyak lagi. Tapi, cukuplah ini sahaja diberitahu.
Nanti menambah luka di dadanya pulak.
Hehehehe
Ampun, bang!


Masa kipas baru tu tak leh nak pusing, dia macam nak mengamuk.
Ini kipas yang besar macam kat kenduri kahwin tu.
Punya la panas memasing, malam-malam banyak aktiviti fizikal kan
Tapi, saya tau suami saya tidak akan mengamuk teruk.
Peling tidak pun dia akan mecar** se das dua das..
Kemudian, dia akan senyap je!
Saya pun macam malas nak menambah kecelaruan otak dia kan.
Diam je laaaaaaaaa..


Alahai...
Jangan bimbang!
Semua nya ok kan, bang?


Kipas dah dihantar ke kedai tempat ia dibeli semula.
Mujur tidak dikenakan sebarang bayaran.
Penjual itu kata, mereka akan hantar baiki!
Bila sudah siap, dia akan call!


Syukur!
Walaupun terpaksa berpanas lagi seminggu dua..


Hehehe


Kipas oh kipas!


1 comment:

Tie HT said...

beli air cond lak, baru pueh hati :)