Pembaca Blog Ini...

Sunday, October 17, 2010

Bebelan (Hmmmm... saya memang kuat membebel kan?)

Saya banyak kerja.
Busy!
Akhir-akhir sem ni memang busy laaa.


Petang ni meeting ISO la la la la la..
Sangat bosan. Esok lusa orang audit ISO mai...
Lalalalalala..


Ok, malam tadi baru sampai dari KL.
Semalam lepas ambik WUH di Klang
(WUH, akhirnya bersama kami~ nanti cerita)
terus gerak ke Gombak.
Singgah rumah abah.
Mak ayah icah imah aim apis semua ikut singgah rumah abah.
Abah sangat gembira dan ceria orang ramai datang rumah dia.
Terus dia bertenaga bagaikan gaban memasak nasi minyak,
bersama gulai yang super duber yummy! heheh
Saya makan sket je sebab nak cepat. Kalau tidak, boleh abis gulai seperiuk.


Lepas tu, gerak ke Maran pulak.
Maran ni rumah atuk sedara.
Atuk tu dah uzur sangat.
Dah lama tak ziarah dia.
Tu yang satu family pi rumah dia tu.
Atuk sekarang dah tak dengar dah.
Langsung tak dengar.
Cakap apa pun dia angguk2 je. heheh Comel ok!


Alahai, gambar banyak laaa tapi malas laa nak upload kat opis ni.
Sebab kerja tengah banyak.
Tak sempat...
Ini pun duk update blog sebab nak hilangkan mengantuk.
Nanti malam lepas kelas saya upload gambar-gambar ek?


Malam tadi, sampai dalam pukul 11 lebih.
Gerak dari Maran tu, dalam pukul 6 petang gitu.
Naik keta baru sambil kembang-kembang idung (cik abang laaa.. saya tak)
Lepas tu, berhenti kat Chendor solat Maghrib Isyak dan makan malam.
Terus lagi, dengan nyaman.. hahahaha


Sampai kat mana tah, abang ipar call.
Bagitau VIVA saya tak leh start.
Dia bawa VIVA saya pi mana tah.
Pastu nak balik tak leh start.
Memang masalah bateri laa tu.
Sebab dah pakai hampir 2 tahun, masih belum pernah ganti bateri.
Pi tengok jap, nasib baik boleh jumper jalan slow-slow (sebab takleh idup lampu)
pi hantar balik VIVA tu.


Untuk pengetahuan, saya mengakui yang saya memang jenis kedekut kereta tau.
Kereta saya memang saya takkan offer sesiapa nak pinjam ke apa.
Kecuali lah cik abang kan?
Sebab dia memang ada share laa..
Tapi, kalau ada hal hal emergency boleh consider laa kan..
Saya memang tak suka orang pinjam kereta saya,
dan tak suka juga meminjam kereta orang.
Sebab apa? Sebab bila jadi kes kes kerosakan (seperti habis bateri ni laa)
orang yang meminjam akan jadi serba salah.
Padahal, kalau setakat bateri je kan biasa ah..
Lagipun, bateri tu memang dah sedia untuk ditukar dah pun.
Tapi, kalau bateri tu kebetulan kong masa orang lain pakai,
bukan tuan kereta pakai, kan akan rasa satu perasaan serba salah kat situ..
Takkan nak ganti pulak bateri tu sebab bukan salah peminjam pun.
Itu baru kes bateri yang memang sepatutnya tuan kete ah yang ganti.
Belum kes kes kemalangan yang tidak sengaja ke, kecuaian ke...
Tapi.. alaaaaa korang pepaham je laaa apa yang saya nak katakan ni..
Malas nak explain bebanyak.


Saya bukan nak berkira.
Cuma cerita je..
Lagipun, dulu masa cik abang susah (tak dak kete, baru kerja)
abang ipar ni rela pakai van buruk sebab nak kasi cik abang pakai kete dia.
Masa tu, cik abang kerja jauh....
Tapi, kereta ni bukan macam buku novel ke, kasut sandle ke..
Bila apa-apa jadi, senang boleh beli lain.
Ini barang yang jarang2 dapat beli.
Jadi, sayangnya tu kena lebih ah sikit kan?


Dulu mak saya ajar...
Kita kena hormat hak orang lain.
Jangan buat macam hak kita kan?
So, tak kiralah barang tu kecik ke besar ke..
Kalau barang tu bukan barang kita, kita kena ah hormat hak milik orang lain.


Kesian pulak kat VIVA.
Dah lama sangat asyik melenjan dia.
Takde rehat langsung.
Saya macam.... alahai, VIVA merajuk pulak dengan WUH kan?
Nak kan perhatian.
Heheheh


Sabar je lah..
Kena tabur duit pulak beli bateri..
Hehehe


Tapi, saya fikir..
Nasib baik dia buat hal malam tadi.
Masa dia duk ngan abang ipar.
Kalau dia buat pasal masa dia dengan saya?
Apa jadi?
Hahahaha


Dah lah ahkak ko ni tak reti apa satu.
Boleh menggelabah laaaa seluruh alam kan?


Setiap berlaku ada hikmahnya!
Lagipun, dah berbulan saya balik lambat sebab tunggu cik abang jemput.
Takkan satu dua hari lagi tak boleh tunggu lak kan?

Saya redho.

6 comments:

Tie HT said...

fuhh..sungguh panjang bebelan mu itu :)

CkDs AhRa said...

bestnya dah dpt WUH...

puanstoberi said...

biasa mmg camtu kan.. kadang baru kita sebut 'eh..cantik kan keta tu', trus keta yg ada ngan kita seolah2 merajuk. Mula la leaking la apa kan

~ain said...

kak tihara.. heheh memang suka meluah perasaan..

~ain said...

ck.. benda baru mmg best. dah lama bosan lak kang..

~ain said...

puan stoberi.. a'ah.. kebetulan kot.. tapi mmg macam tu.. bila kita nak amik yg baru, tetiba rosak.. tetiba bateri abis.. hahah pandai jugak kereta ni ek? hehe