Pembaca Blog Ini...

Tuesday, October 26, 2010

Kepenggunaan dan Menangani Stres

Assalamualaikum


dan


Salam 1 Malaysia...
(hahahhaha tetiba Salam 1 Malaysia ni apehal??)
Maklum sahaja lah, baru lepas Seminar Kepenggunaan anjuran KPDNKK.
Seminar anjuran Jabatan Kerajaan lah kan!


Nak cerita, dalam seminar itu ada dua talk. Satu Hak-hak Kepenggunaan. So, memang sesuailah kan dengan tema seminar tersebut. Saya suka penceramah yang ini. Wakil dari Persatuan Pengguna.


Tapi, satu talk lagi ialah Menangani Stres.


Saya macam pening jugak, apa kaitan Menangani Stres dengan Kepenggunaan?


Kepelikan melanda seluruh dewan nampak sangat seminar nak habiskan peruntukan.. Sampaikan technician kitorang turun pi kat microfon dan bertanya,

"Saya nak tanya! Apa kaitan Menangani Stres dengan Kepenggunaan?"


Kecoh kejap satu dewan. Kelat kejap muka penceramah nak menjawab soalan. Jawapan tidak menepati soalan yang ditanya. Tah apa kebenda dia jawab. Mungkin technician kami terlalu berani bertanya. Tapi, malu bertanya sesat jalan kan? Kalau saya, saya akan jawab...


"Pengguna yang ditipu oleh perniaga, akan tertekan. Itulah kaitan yang dimaksudkan!"


Tapi, saya tak layak pun nak jadi penceramah.. hehehe


Tidak berapa teratur perjalanan seminar. Macam tangkap muat. Over run! Semua pasal VVIP datang sejam lewat. Habis semua plan kacau bilau. Elok-elok plan tamat jam 5, tetiba anjak sampai pukul 6 lebih. Alaaaa.. biasalaaa manusia kan? Kurang lebih tu kira halal lah...


Tapi, saya suka seminar ini sebab memang banyak ilmu yang kita dapat (sebagai pengguna) . (Bukan sebab saya dapat hadiah cabutan bertuah). Dalam masa yang terhad, dan penceramah pun macam STRES nak kejar masa (termasuk penceramah Menangani Stres tu).


Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Seminar tersebut kerana berjaya menganjurkan satu majlis ilmu yang sangat bermanfaat. Saya harap seminar macam ni, akan diadakan lagi.


Sekian..

4 comments:

Joy said...

kdg2 tgh berseminar mengantuk nye... tp depends on penceramah kan...28hb ni ada seminar keselamatan dan kesihatan...hehhee

Tihara said...

mmg best time seminar, tembak je soklan cepumas..kdg2 penceramah tu bukan ade experience sgt nk handle seme tu..paling ske tgk diorang blur2 nk jwb soklan..nak2 fresh graduate yg baru dilantik jd pegawai..hehe..jaat nye

~ain said...

joy.. seminar memang bergantung pada penceramah untuk berjaya.. macam best je Seminar Keselamatan dan Kesihatan tu...

~ain said...

Kak Tihara... Ye betul! Tapi, tak mengapa lah. Yang berpengalaman pun bermula dari tiada pengalaman.. Kita kasik dia peluang.. heheh