Pembaca Blog Ini...

Sunday, October 24, 2010

Mak Datin....


Assalamualaikum..


Salam Ahad semua! Semoga hari Ahad ini memberi ruang untuk keluarga.. Kitorang yang di pantai timur ni, hahahah ada yang kena Sunday Blues.. Kalau di negeri lain, Monday Blues kan? Tak mengapalah.. Hidup memang kena diteruskan walaupun terpaksa bekerja keras untuk itu.


Hari Ahad, seperti biasa saya tak ada kelas di waktu siang. Tapi, ada kelas malam. Tak ada kelas bukan bermakna, duduk goyang-goyang kaki. Assessment marks (orang selalu panggil carrying marks) kena siapkan hari ni (minggu ini). Maknanya, kuiz.. tutorial.. test.. semua kena marking! (sampai tersengguk-sengguk) Kasik-kasik markah yang logik di samping membuang semaksima mungkin rasa bias dalam diri. Maklum sahaja, tidak boleh tidak.. Kita kena mengaku yang kita ini manusia biasa. Setiap kali bagi markah, selalu berfikir .. "Adakah ini keputusan paling ADIL yang boleh aku kasi kat dia ni?"


Ada di antara orang-orang yang tak faham selalu menganggap kerja saya ini adalah mudah. Pernah sekali, ada promoter kad kredit terlepas naik ke opis kami ni haaa.. Kebetulan my officemate dah ala-ala tergoda dengan promosi tah ke hape benda kad kredit dia tu, my officemate pun tunjuklah pay slip untuk apply kad kredit tu. Sekali korang tau, apa promoter tu cakap?


"Lecturer memang gaji banyak Kitorang selalu borak belakang-belakang cakap lecturer yang perempuan ni 'mak datin'.. Masuk office ikut suka, masuk kelas ajar lebih kurang.... Cukup bulan dapat gaji ribu-ribu.." (dah tu, takkan nak kasi lecturer gaji RM200 sebulan kot)


My officemate terus macam nak ngamuk (saya pun) .. Terus tak jadi nak apply kad kredit yang promoter tu duk promote..


Itulah.. kisah kerana mulut badan binasa. Dalam kes ni, poket ah binasa sebab tak dapat nak 'jual' kad kredit kepada my officemate yang sikit lagi nak jadi naga (marah) tu.. Tak dpaat komisen. Si promoter pun tak agak-agak lah pulak. Over peramah sangat laa tu, sampai terlepas cakap.. Alahai, kesian pun ada! Tapi, maaflah.. Ahkak ada satu kad kredit pun kita boleh kira sebagai cukup bertuah.


Kita ada tanggungjawab masing-masing kan? Tugas dan profesionalisme kita kan berlainan dengan orang lain. Maksud saya, semua orang tak sama.. Maka, siapalah kita untuk mengatakan kerja si polan itu mudah, kerjas di polan itu senang ataupun kerja aku lebih hebat dari kerja si polan...


Kita jalan kan kerja masing-masing dengan baik, itu dah cukup bagus dah tu...


Sekian...
(nak sambung kira carrying marks)

7 comments:

Sidratul Muntaha said...

aku no komen.
klu aku mmg tak bg depa tu masuk opis ker lab ker
ramai yg terlepas kat sini tpi baru2 ni ade kes keling promote buku reader digest kat student n kena bayo downpayment,pastu ilang..
terus university tutup policy promot mcm tu..
klu nak buat,kena sewa gerai n tapak selama 3 bulan
sian budak2 tu.
tpi masa memula aku masuk keje,mmg berlambak kad kredit promoter tu.

~ain said...

ayu.. itu laa .. aku pun kalau nampak promoter bla bla bla ni.. mmg aku kunci pintu bilik je.. malas aaa nak layan kengkadang dorang ni tak bg peluang kita nak cakap.. asik dia je bercakap..

pasal reader digest tu, hari tu ada gak dorang promote.. tp aku macam biasa.. malas nk layan.. hehe

Joy said...

kesimpulan nye, x yah la jd over peramah sgt kan..hehhehe

Tihara said...

sekarang ni dah nak sekat pemilikan kad kredit kan..sblom ni mudah sgt nk apply..akak pun dah tk interested nk pakai..sbb interest dia tinggi kalo lambat byr

~ain said...

joy... ye betul.. masalahnya, promoter tu sangat kepoh ok! Siap macam jeles2 tgk slip gaji kita.. alahai...

~ain said...

kak tihara.. kami had kan kami hanya perlu satu kad sahaja.. Maknanya, kalau ain ada.. cik abang tak payah.. Bukan apa, takut tidak terkawal.. Guna untuk emergancy je.. Bayar lekas2 supaya tidak kena charge.. Kalau Bank Islam, ada masa 20 hari untuk tidak kena charge..

PUANSTOBERI said...

ain,
setuju dgn kata ain pasal t/jawab dan keja tu. Paling derang suka kata adalah 'keja gomen ni senang je'. Ok, mari ganti tpt saya, utk sehari pun cukup, baru tau senang ke tak.
Tp tu lah..kadang org ni cakap ikut sedap je kan. Nak wat cena