Pembaca Blog Ini...

Sunday, October 31, 2010

Langkawi Hari Pertama

RABU 27 OCTOBER 2010


Gerak dari Setiu pukul 6.30 pagi..
Menuju ke Seberang Takir.
Adik ipar hantar kat airport.
WUH duk rumah dia.
VIVA tinggal rumah abah.



Sampai airport pukul 7.30 macam tu aaa..
Lagi 5 minit nak tutup kaunter check in.
Berlari-lari ayam kami berdua.
Hahaha...
(Nasib baik adik ipar tu memang dah pro jalan kat airport tu.)

45 minit je perjalanan sampai LCCT pukul10.00 lebeh.
Flight dah delay sejam.
Duduk kejap je, mak ayah adik-adik dah sampai dari Serdang.


Kemudian, flight dijangka pukul 2 lebeh ke Langkawi.
Tapi, delay lagi..
Apa ke halnya semuanya delay, saya pun tak pasti..
Mak bungkus nasi dari rumah, kitorang makan dulu kat LCCT.
Nak makan kat LCCT boleh kopak laaa weiii..
heheheh

Dari LCCT ke Langkawi dalam sejam je.
Sampai pukul 3 petang.

Lepas tu, naik van Pregio.
Sewa satu van besar untuk 10 orang.
Ayah kata membazir kalau sewa dua kereta.

Lepas tu, pi cari homestay.
Sewa homestay 2 hari 3 malam.
Rumah 3 bilik yang sangat selesa dan lengkap segala kemudahan.
Puas hati....

Bila dah letak barang kat homestay, keluar makan tengahari.
Restoran Singgah Rasa yang macam restoran Indon je.
Dibelasahnya makan nasi campur lauk ayam RM8 sepinggan!
Giloooo.... (tak berapa sedap pulak)
Naim makan maggi goreng...

Lepas makan, aktiviti hari pertama ialah shopping!
Hahah...
Di Haji Ismail punya kedai.



Saya (maksud saya, kami) sangat berhemah, ok!
Beli coklat hanya RM70++ sahaja.
Orang lain (am, anep, imah, icah, emak dan ayah
sampai beratus-ratus aktiviti pemborongan coklat dijalankan)

Konon macam nak pi Underwater World (UWW) hari pertama.
Tapi sebab dah lewat UWW dah tutup.
Pi Pantai Chenang jalan-jalan... Beli-beli sikit-sikit.



Saya dah penat gila babeng dah masa tu.
Sebab saya tak tidur malam sebelum nak pi Langkawi tu.
Excited punya pasal.
hehehe
(padahal takut terlajak tidur dan seterusnya ketinggalan flight)

Lepas tu, beli makanan kat pasar malam.
Makan kat homestay itu.



Tidur dengan lena malam tu.
Kaki bertampal dengan Foot Detox (belas ehsan emak)



(Nanti sambung hari kedua pulak ye!)

2 comments:

Tihara said...

mahal nye nasik!!

~ain said...

Kak tihara.. biasa aaa.. kawasan pelancongan memang dia tekan harga memahal kalau orang luar!