Pembaca Blog Ini...

Saturday, November 13, 2010

Aktiviti Hari Ini...

Hari Sabtu yang cuacanya agak baik.


Malam tadi, tidur lepas solat subuh.
Hahah bukan malam ah kiranya.. Kita tidur pagi aaa kan?
Buat penambahan muka surat untuk manuskrip..
Sepatutnya kena 100-120 muka.
Tapi, bila dah compile semua bab ada 87 muka sahaja.
Lintang pukang duk pikir nak buat apa lagi nak cukupkan muka surat.
Sampai tertidur-tidur depan tv lah semalam mencari ilham.
hahahaha


Bila dah set dalam kepala nak hantar secepat mungkin, saya kena usahakan.
Ayah tanya, ada kemungkinan ke editor akan buka email hari cuti kan?
Sekurang-kurangnya saya dah hantar,
dan boleh tidur dengan lena selepas ini.


Ada dua tiga manuskrip lagi yang duk berhutang ni.
Alahai...


Ok, aktiviti hari ini adalah seperti biasa.
Sekarang sedang tunggu cik abang pulang dari pasar.
Mungkin dia (memang) akan lama sedikit.
Sebab ada orang ajak minum-minum.
Sebenarnya, duk sibuk nak tengok WUH.


Pelik kan manusia!
Orang beli kereta baru, orang lain pulak yang excited.
Masa kita pakai kereta comel dulu,
berkali-kali complain naik kereta aku sakit badan laaa..
Bergegar kuat aaaa..
Walaupun memang malas nak layan sangat, tapi kecik hati gak seposen dua...
Oleh kerana bukan sekali dua (berkali-kali) ulang ayat yang sama...
Kecik hati nya menjadi seringgit dua..
AHAHAHAHA


Paling menyentuh hati, pergi sama-sama
tapi bila sampai satu tempat berkumpul ni
terus naik kereta lebih 'sedap' dari kereta saya masa tu.
Serius, masa tu kecik hati gile!
Tapi, apakan daya.
Kita hanya ada satu pilihan iaitu "DIAM"..
Nak sound kang kata tidak menghormati.
Padahal, kita tak minta duit sesiapa pun nak beli itu ini.
Kita bukan orang kaya, habis belajar terus mak ayah beri 7-8 ribu.
"Nah, pi beli kereta!"


Kata lah, satu hari nanti kita terpaksa meminta (nauzubillah)
untuk meneruskan nyawa, untuk terus bernafas di muka bumi ini
agak-agaknya apalah kata-kata yang kita akan terima kan?


Resam manusia, terlalu ambil berat sangat apa orang kata.
Saya terlalu fikir sangat apa orang kata.
Hingga hati sendiri dah penuh tisu kan.. hahah
Asyik fikir apa orang lain kata,
sampai kadangkala terlupa pendirian diri sendiri.


Manusia (saya pun manusia)..
Kadang-kadang terlanjur kata, terlepas bicara...
Sehingga tidak sedar kita sudah mengguris hati kan?


Eh, apesal duk cerita pasal ni pulak ni.
Hahaha


Aktiviti hari ini ialah:

  1. Tunggu cik abang balik pasar
  2. Masak ikut apa yang dia bawa dari pasar nanti
  3. Lepak-lepak kat rumah
  4. Petang ni nak try ajak cik abang pi jalan kat pantai..

Itu sahaja..

2 comments:

CikJAs said...

Ain, sy kagum dgn semangat & pandangan Ain ttg life. Wpun u jauh lbh muda dr sy, dh mcm2 u lalui & alami. InsyaaAllah sy doakan Ain lebih tabah, lebih matang & sentiasa dilindungiNYA. Pedulikan apa org lain nk kata ttg kete kecik, rumah buruk, badan gemuk...yg penting KERJAAAAASAMA! hehehehehe sayang AIN

~ain said...

alah, cik jas ni.. segan pulak saya... InsyaAllah, cik! Saya selalu doa, agar Allah lapangkan hati saya menerima semua dugaan hidup ini. Rezeki Allah tak sama kat semua orang, kan?

Saya pun sayang Cik Jas woooo!..