Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 7, 2010

Kerja Jauh

Hari ini bermulalah rutin harian cik abang bekerja di kejauhan.
Tapi, bukan di Kuantan macam yang saya ceritakan di entri yang lepas-lepas.


Bila dapat tahu kena pi kerja jauh kan,
terus cik abang tah macam apa kerisauan nya datang menerjah.
Saya pun risau juga.
Sebab ye laaaa kan saya mana ada sesapa kat sini.
Sorang-sorang.
Maksud saya, mak ayah dan keluarga saya nun jauh di sana.
Ada keluarga ipar duai je. Tapi of course laaa tak sama kan?


Jadi cik abang dah risau laa.
Macam mana dia nak tinggalkan saya (si comel beliau) ini keseorangan di sini.
Tapi, saya dah pasrah dah tau!
Malas nak fikir yang negatif-negatif tu.
So, saya letak dalam kepala.
Kalau kena pergi pun takpe, kalau tak kena pergi pun tak pe.
Sama rata...
Kiranya saya memang dah pasrah dah laaa!


Lepas tu, cik abang berunding segala bagai dengan bos.
Mujur Allah lembutkan hati bos dia.
Mungkin juga dia sudah membaca ayat pengaruh.
Atau tah laaaa....


Akhirnya, cik abang ditugaskan di Pasir Mas.
Lebih dekat dari Kuantan.
Tapi, tidaklah sedekat yang disangka.
Sejam lebih dekat dua jam juga laa perjalanan pergi.
Memang agak letih di perjalanan. Kesian cik abang!
Saya pun harap, kerja-kerja di Pasir Mas tu selesai dengan cepat.
Dan projek yang kena retender tu, cepat-cepat start balik.
Tak de laaa kena berulang jauh macam ni.


Saya sms cik abang tadi, "Abang, nanti abang balik pukul berapa?"


"Pukul 4.30 balik lah. Kenapa?"


"Awalnya! Tapi mesti sampai dekat pukul 6 jugak kan?"


"Yelah, lambat sikit lah. Kerja jauh. Nak buat macam mana."


"Takpe aaa owang tunggu la. Nak masak macamana? Lauk tak ada. Nak suruh owang beli lauk ke? Tapi, kat jambatan tu selalu dah tutup kan petang2"


"Beli kat pasar je senang. Parking senang. Semuanya ada di situ" ~ayat ni buat saya tergelak.


"Hahhaha.. sangat tak reti! Duit ada RM10 je.." ~alasan


"Tulah, lain kali jangan bergantung sangat dengan suami. Cakap orang bila suami tak ada tak boleh buat apa. Ini suami ada belajar laa. Ambik duit dalam bank laaa"


"Nak suruh beli lauk apa? Abang nak makan apa? Nak beli lauk untuk hari ni je ke?"


"Beli terus seminggu. Masak je apa-apa abang makan."


"Ok!"

Sebelum bebelannya semakin menjadi-jadi lebih baik saya ok kan je laa.


heheheh


Hari ini juga, bermula rutin saya sebagai pemergi pasar (ada ke ayat pemergi pasar?)
Hari ini juga, saya kena jadi pencucuk duit di ATM (ada ke istilah pencucuk duit?)
Hari ini juga, saya kena jadi pentukang masak seratus peratus. Huk huk huk..
Tukang masak 100% ini bermakna,
sayalah yang menyiapkan bahan-bahan,
siang ikan ayam sayur,
bawang-bawangan dan memasaknya sekali.
Selama ini, saya hanya memasak.
Bahan-bahan disediakan oleh cik abang.


Kesian kat dia.
Sekarang ni takkan nak suruh dia menjadi pemergi pasar pulak kan.


Rindu kat cik abang!

9 comments:

Anonymous said...

huhu..dokat jer..
akak nie dah berjauhan..
berbatu-batu..
satu benua asia..
satu benua aprika..
selama 5 bulan..
tinggal daku bersama puteriku..
syukurla apa yg ado..

mrs XoXo

Sidratul Muntaha said...

aku gelak jer...
ahahahhahha..
sila berdikari wahai ain.
nnti kurus!
ahahahahhahaha!
boleh caya ker?!

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

cheer up ain...

risanur said...

gud luck ain utk semua kerja2 yang baru ditauliahkan...huhuhu...

Zura Tahir said...

ain nie mmg rajin menulis..that y jd book writter...erm..syabas...

~ain said...

Kak Anon.. rezeki masing-masing kak oi.. bukan entri tidak bersyukur.. harap maklum! Assalamualaikum..

~ain said...

ayu.. kurus? waaaaah.. lumayan tu.. tetiap hari aku pi berdikari aaa kalau gini. hahaha

~ain said...

joy! i wll!!! u're my inspiration....

~ain said...

risa.. terima kasih!