Salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Lama betul tak update blog ni.
Kesibukan dan lebih hebat lagi kemalasan melanda fikiran.
Apa nak dikatakan...
Nak ucap selamat hari raya haji pun tak sempat ..
Rasa malas memang tak baik untuk kesihatan laaa, kan?
hehe
Ok, saya kan pergi kenduri cukur jambul anak sedara baru kat Pasir Mas tu hari Isnin. Hari Selasa saya memang tak apply cuti sebab cik abang kata nak balik pagi raya.. Saya fikir, kalau balik pagi raya.. baik tak payah balik (merajuk). hahaha
Tapi, tetiba pulak bos besar baik hati (sempena hari raya haji), dia kasik cuti satu hari sebelum raya. Suka lah hati.. Tapi, Allah terlalu baik dengan saya. Allah kurniakan saya suami yang boleh bertolak ansur. Meminda giliran balik kampung.. heheh
Sudah lah Allah kurniakan suami yang baik, Dia juga berikan saya rezeki terpijak. Tetiba ada orang nak kasi duit saya sejumlah 'banyak ratus' dalam akaun saya. Kebetulan bos besar tak kasi gaji awal. Jadi, nak balik kampung kena lah 'korek tabung' kan.. Tapi, dengan adanya rezeki terpijak tu, tak payah aaaaa korek mengorek tu. Settle masalah. Sangat bersyukur dengan kurniaan-Nya. Bukan itu sahaja. Banyak lagi kurniaan yang Allah beri. Tapi, tak yah aaaa kasi tau kat sini kan... Cukuplah kita semua tahu dan percaya Allah itu sangat sayangkan kita.
Balik hari Selasa bertolak pukul 11 pagi dari rumah abah. Ikut jalan lama, sampai Melaka pukul 8 malam. Haha... Perjalanan yang panjang tidak begitu terasa apabila berada bersama yang tersayang. Jangan muntah, ye! Saya kasitau kenyataan sahaja. =)
Kami raya macam biasa lah. Di Melaka. Rumah mak ayah yang tengah berlecak tanah bukit sebab duk nak tambak tanah sikit lagi kat belakang rumah. Habis aaa selipar berlumpur sakan. Sampai saya kena beli selipar baru. hahha.. Over aaaa kau, makcik Ain! Belasah je aaa..
Lepas tu, macam biasa.. Makan daging.. Makan daging... Dan daging.. lagi-lagi daging... dan daging sekali lagi... Berulang kali daging. Hehhe.. Saya niat, tahun depan saya nak buat korban. Satu bahagian .. Sama ada saya, atau untuk cik abang. Tapi, rasanya adalah lebih baik saya hantar duit ke negara-negara dhaif.. Sebab orang Malaysia ni sudah kaya. Makan daging sampai masuk hospital. Berbanding dengan orang dhaif, nak makan daging sebulan sekali pun payah ya amat!
Cakap pasal ni, masa saya balik kampung tu.. Ada lah dua tiga rumah buat kenduri. Kenduri korban laaa.. Ada sebuah rumah tu, korban seekor lembu. Jemput orang makan. Sudahnya, lauk membazir sebab ye aaaa.. Dah banyak sangat lembu masa tu. Rumah aku makan lembu, rumah ko pun makan lembu, rumah tok nek ko pun makan lembut. Semua orang tengok lembu pun macam bukan nampak lembu dah. Kenduri yang sepatutnya berjalan dalam suasana sederhana dah jadi macam menunjuk-nunjuk. Dah salah konsep dah tu. Entahlah.. Ini pendapat peribadi saya sahaja. Orang lain, saya tak tahu laaa pulak kan...
Masa kenduri, saya kena laser tau. Ada satu makcik mulut macam tuuuuuuuuuuutt tetiba je sound.
"Ani (memang ini nama saya kat kampung),
ko ni makin **kecik, tapi **kosong jugak!
Tak **penuh-penuh pun aku tengok"
** kecik= gemuk
**kosong= tak beranak-beranak
**penuh= beranak
Ada satu makcik lagi (kakak makcik yang berkata seperti di atas)
"Ani, ko tak payah dah makan banyak-banyak.. Cukup lah tu makannya!" ~yang ni makcik perasan diri dia kurus umpama The Next Top Model.
Sebusuk-busuk mulut je nak cakap aku gemuk (walaupun memang. hahahha).
[Weh, aku gemuk laki aku sayang weh! Ko ada laki ke, makcik?~cakap dalam hati je]
Serius mulut busuk macam pusat pengumpulan sampah. Sepupu saya cakap, budak-budak kampung gelarkan makcik tu mulut loji.. Kalau dia nak beli life insurance, dia memang kena cover tinggi ah untuk mulut dia tu. Haha.

Eh, saya jawab.. Mana boleh saya beralah, pasrah, menyerah kan? Ini Noraini laaa...
"Tak pelaaa, makcik tuuuuuuuuuttt! Saya kosong ke penuh ke, tak minta makan kat orang lain pun. Saya kerja cari duit sendiri... bla bla bla.." Tak ingat dah ayat lain-lainnya. Makcik pusat pengumpulan sampah aka makcik mulut loji tu, diam! Kelu seribu bahasa. Saya puas hati... Nasib baik, saya masih fikir dia orang tua. Kalau tidak, lagi sedap aaaa ahkak menjawab. Kang busuk lak nama mak ayah saya kan. Tapi, cik abang kata.. Dah alang-alang menjawab, baik jawab sampai puas. Sebab kita tak menjawab pun, dia burukkan nama kita keliling kampung. Baik kita menjawab. Sekurang-kurangnya, kita puas hati.. HAHAHAH.. Tetiba lak laki aku emo bila bini dia kena kedebush... heheh
Saya tak kesah langsung kalau dia nak tanya pasal saya tak ada anak lagi. Tanya lah.. Saya pun mana laaa tau, bila saya akan ada anak? Bukan kerja saya tu. Saya pun nak gak tahu, bila saya akan ada anak. Bolehlah kita semua buat forum perdana membincangkan soal bila saya akan mendapat anak kan? Bukankah itu lebih manis dan nampak manis? Lebih menarik, bukan? Boleh berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya pun, bukan tak selalu orang tanya bebaik. Saya rilek je boleh jawab. No heart feeling langsung.
Payah lah makcik tak paham konsep ni. Tetiba nak sembur je.. Berdesing telinga, ahkak! Sepupu saya kata, makcik tu memang kena hantar pergi sekolah lah. Sebenarnya, sepupu saya pun selalu jugak kena laser ngan makcik itu. hahaha...
Makcik oh makcik.. Saya tak marah kat makcik. Tapi, saya kasihan tengok makcik.. Hari ini makcik sembur mulut loji kat saya. Esok lusa tulat tunggeng, makcik pulak kena mulut loji. Kalau tak makcik pun, anak-anak makcik. Jangan melimpah isi loji tu ke dalam rumah makcik sudahlah.. Ye tak, makcik?
[Apesal pulak tetiba aku macam tengah cakap ngan makcik tu pulak ni?]
Peace!
8 comments:
"aku gemuk laki aku sayang weh! ko ada laki ke?" ..ahaks... nak like zillion time...kurus selim cun mcm eva longoria pun kn betrayed dek laki dia..ahaks...peace to semua ppuan kurus yg membaca komen ni..ahaks...
ayat makcik2 slalu mcm tu kan...kecoh ke hal org...org tak beranak sebok..org tak kawen lg sebok...aishhh....org gemuk sebok..org kurus pun nak sebok!!!..hahhaha..tetibe emo di situ..
joy.. ha! memang betul la.. dia duk cakap pung pang pung pang orang gemuk. kalau dia kurus boleh laaa tahan kan? ni dia lagi gemuk, londeh sana sini... sedap betul mulut dia..
ck.. hahah tak yah emo.. ini bukan entri emo... biasalaa.. bila dah asyik kena tanya, kita jadi lali laa.. bila tak tnya plak, jadi pelik.. tapi, makcik loji ni main perli2 kedebush sekali.. berdesing telinga! hahah
kena sedas...ambik makcik2 tue..makcik2 tue ada anak x...biar kena kat anak2 dia plak...sibuk je nk nyindir2 org...
zura.. makcik bermulut loji, biar dia terima balasan atas ke loji an mulutnya.. hahaha
hai..makcik makcik.. kadang terlupa diri tu dah makcik sebenarnya.. tak abes nak tnya perihal org lain kan, kadang smpai perihal diri sendiri pun lupa.
Payah nak puaskan ati suma org kan?
puan stoberi.. itulah ragam kehidupan. tah apa yang makcik2 tu cuba nak sampaikan sebenarnya, kita pun tak berapa faham. entah2 dia pun tak paham apa dia cakap. hahahha
Post a Comment