Pembaca Blog Ini...

Monday, December 27, 2010

Agen oh Agen

Rata-rata orang duk cakap pasal dividen, bonus ASB bla bla bla.... Macam-macam pendapat lah kan. Duit beranak lah.... Untung besar lah.. Wang besar wang besar.. Eh, itu roda impian kan? hehehe


Setahu kami, Majlis Fatwa Kebangsaan kata ASB ini adalah harus kerana mengambil kira kemaslahatan kemajuan ekonomi bumiputera. Suruhanjaya Sekuriti (SC ) pula kata oleh sebab lebih 30% pelaburan adalah tidak dibuat atas sumber yang halal, maka ianya tidak syariah compliance. Selagi lebih kurang 30% kaunter yang tidak halal tu tidak dibersihkan atau dikeluarkan dari pelaburan, selagi tu ianya tidak patuh syariah. Peratusan pencampuran pelaburan tidak halal melebihi dari had yg dibenarkan. Apa-apapun, tepuk dada tanya lah diri sendiri. Yang mana satu menjadi pilihan anda.


Saya banyak membuat beberapa pembacaan untuk mencari kebenaran. Bertanya kepada yang sepatutnya. Tanya ayah.. Tanya ustaz @ lecturer kewangan dan Islamic Banking di tempat saya. Dan juga baca dari blog Puan Suziey. Ada dua entri yang mudah difahami di blog beliau. ENTRI PERTAMA dan ENTRI KEDUA.


Maaf, jika apa yang saya tuliskan ini menyinggung hati sesiapa. Ini blog saya. Pendapat saya. Pendirian saya setelah bertanya kepada yang arif. Tidak ada kena mengena dengan hak orang lain. Terpulanglah kan.... Kalau ada perbezaan pendapat, maafkan saya. Saya bukan nak paksa anda semua mengikut dan mengambil keputusan berdasarkan omongan saya ini. Sila jangan mengamuk dan menghentam saya. Duit anda, hak anda.... Begitu juga dengan duit saya, adalah hak saya... huahuahuauua


Saya bukan nak ulas banyak-banyak pasal ASB ni. Saya nak cerita pasal seorang agen ASB ni. Ada agen ASB ini promote kat saya untuk invest dalam ASB. Pulangan yang dijamin. Dengan tingkat gaji saya dan suami sekarang (macam dia tahu je gaji aku laki bini) , paling paling koman katanya mesti ada 400 ribu dalam akaun masa bersara nanti. Sekarang ni semua barang naik, ekonomi bumiputera semakin tertekan. bla bla bla.. Macam-macam lah kan.. Betullah apa dia cakap tu, barang semua naik harga, ekonomi bumiputera bla bla bla... Betullah.. Sikit pun saya tak deny fakta itu. Tapi, saya tetap ignore je. Sebab saya tak berminat nak melabur kat ASB. Saya diamkan aje sebab saya ada pendirian sendiri kan.


Lepas tu dia duk asak-asak lagi. Tag saya kat FB berkali-kali. Saya pun bengkek juga lah, kaaan!!! Saya pun cakap kat dia yang ASB ini tidak patuh syariah. Baik melabur kat Tabung Haji. Cukup duit, kita daftar pi Mekah. Saya tidak berniat apa-apa. Mungkin cara saya cakap kot salah nada. Salah saya kat situ. Saya mengaku!


Apa lagi? Melenting laaaa dia.. Hahaha.. Siap dia copy paste semua artikel pasal ASB ni dalam FB dia. Artikel tu pulak semua saya dah baca. So, saya skip skip je lah.. Dia punya melenting siap cakap saya nak tutup periuk nasi dia... Dia menghentam saya, dengan mendakwa kenyataan saya tu membuatkan ramai yang duk tanya dia dan menjadikan orang ragu-ragu tentang ASB.


Laaa....!!!! Kalau ada potential customer dia yang ragu-ragu pasal ASB, dia sebagai agen ASB kenalah yakinkan customer dia. ASB tu kan produk yang dia nak rekemen kan? Apesal pulak dia nak mengamuk kat saya? Customer berhak mendapat penjelasan yang jelas sebelum membeli apa-apa produk sekalipun. Tak faham concept lah dia ni.. Kang cakap lebih-lebih kang, melenting lagi pulak kang..


Saya hanya memberitahu pendapat saya supaya dia tak payah penat-penat buang air liur duk promote kat saya sebab saya dan suami saya memang tidak akan melabur kat ASB tu selagi lebih kurang 30% kaunter yang tidak halal tu tidak dibersihkan atau dikeluarkan dari pelaburan. Dia boleh cakap, pasal 30% tu bukan atas kuasa dia. Ya rabbi mustofa... Inilah dia orang tak faham concept.


Sengal betul lah orang macam ni. Last sekali, saya dan suami saya mengambil pendekatan berdiam diri je. Masa tu, dia terus menerus menghentam saya dan suami saya. Bukanlah nak merendahkan mentaliti orang lain, tapi maknanya macam tu lah kan. Orang dah tak mau, diam sahaja lah. Bila kita cakap, dia mengamuk pula. Memang tentu lah dia akan menegakkan yang ASB tu halal. Tapi, saya kata kalau benda tak syariah compliance tu, macam mana boleh jadi halal pula? Dia jawab balik, "Yang tidak tahu halal haram tu di antaranya ialah syubhah. Kalau tak mau ASB, banyak lagi tempat nak melabur." Saya rasa macam nak hantuk kepala kat bantal je bila dia jawab macam tu. Dia yang beria-ia sangat, tetiba suruh melabur kat lain pulak dah.


Hmmmm... pulak tu tetiba jadi syubhah pulak dah? hahahhaha


Kena pi Kursus Etika Kejurujualan lah dia ni!


Wallahualam..

4 comments:

PUANSTOBERI said...

Huhu. Mujur kak reen tak ter jumpa lagi dgn agen camni. Wisau nengoknya. Kak Reen pun sama la cam Ain. Kalo taknak tu takyah pujuk2 la. Kalo nak tu, dgn sendiri kita akan invest, rite?

Akak ada jugak simpan ASB (simpan duit sendiri bkn yg guna loan pehtu byr balik tu. Loan ni la kan yg agen salu suh kita masuk ni kan). Tak la byk sgt.

Mak akak pun kata, elok buh je dlm THaji. Zakat pun derang potong sesiap. Abis citer. Nak kuar kan pun susah sbb kena daki 'tabung aji' kat jalan tun razak tu. Hahahaha. (tp skang leh link ngan bank rakyat eh)

Sidratul Muntaha said...

ahahha
tu agen kejo komisen ler ain
huauha
betul - betul
aku akui ler kena labur kat tabung haji
aku punya asb pun lama dah takde isi.
ekeke.
tak kose nak melabur2 yg ade tu..
buang duit pun yer
last2 dia ckp labur kat tmpt lain kan?
yg tag fb tu..
ko removelah makhluk tu
jenuh weih kena tag
leceh
nak2 dia bukan kwn kita
ade phm?!
klu dia naik angin..
ko spam jer!
ekekkeke

~ain said...

kak reen.. itulah.. setiap jurujual atau agen mesti ada etika kejurujualan. jangan memaksa orang. kita ada hak sebagai pengguna walau apa sekalipun produk yang kita nak beli...

bila jadi macam ni, dari tak benci jadi benci.. jurujual punya peranan memang besar!

~ain said...

ayu.. kok ye pun dia nak komisen, kena laaa faham betul2 apa dia nak jual. tau laaaa jelaskan itu ini begitu begini kat customer.. kalau jadi agen, kena amik tahu 500% tentang produk tu...

nyampah aku!