Pembaca Blog Ini...

Monday, December 27, 2010

Gatal Akibat Gatal

Harga barang kan semakin mencanak naik kan sekarang ni.
Kicap naik harga, sardin naik harga, susu pekat naik harga.
Boleh kata 80% barang dapur semua naik harga.


Kami pun mengambil langkah berjimat cermat sejak beberapa bulan yang lalu.
Mana-mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan, akan dikurangkan.


Antara langkah penjimatan ialah menukar syampu lama
(yang ketika itu berharga RM8.89) kepada yang lebih murah.


Dulu pakai Rejoice Rich (RM8.89)
lepas tu gatal tukar pakai Safi (RM5 kot)



Laaaa... ko ni, Ain!!
RM3 pun nak berkira.....


Weh!
Tapi kalau dah 10 barang dapat dijimatkan sebanyak RM3,
bukankah sudah RM30 nilai penjimatan?


Malang sekali, tak sampai seminggu pakai syampu Safi tu, kepala ahkak jadi gatal.
Mungkin tak sesuai kot.
Mula-mula macam tak percaya.
Siap experimen sekali dua.
Mujur ada Rejoice Rich sikit lagi.


Bila pakai Rejoice, tak gatal.
Bila pakai Safi, ishh.. kulit kepala jadi berminyak sangat.
Lama-lama tak tahan lah weh.
Kulit kepala macam dah tumbuh biji-biji dah.


Hahaha inilah dinamakan gatal akibat gatal.
Gatal kepala akibat gatal tangan menukar syampu.


Aku mesti beli Rejoice Rich semula!

Sangat malang, harga Rejoice Rich sekarang sudah RM11.89
Langsung tiada penjimatan!


Tak apa lah.....
Salam Satu Malaysia!
=)

10 comments:

Sidratul Muntaha said...

ahahha
aku dah lama tak beli syampu dah
syampu tuk kelumumur ade berzaman tak abis2
huh
pakai time kena saje
pastu semalam aku dah potong dah rambut aku.
tak tahannn gatal!!!

Zura said...

erm...cm ne nk jimat cm nie ain..

~ain said...

ayu.. aku rasa untuk penjimatan syampu, aku harus memotong rambut juga!

~ain said...

zura.. tah laaa... zassss je kot rambut ni..

Tihara said...

experience akk..kalo tukar2 syampu mmg jd problem..akk sesuai secret garden ngan rejoice jer..

DaZzlingLilLy said...

betul kalo tukar syampu mmg problem...i pun experienced benda yg sama

Joy said...

hr tu prob rambut gugur dgn jaya ni. now rambut berkelemumur lak..adus...kn beli yg anti dandruff lak

~ain said...

kak tihara.. ye ke? sebelum ni kita pakai head and shoulder.. bila dah bosan tukar rejoice.. ok je tapi.. yang ini pulak jadi tak sesuai..

~ain said...

lily.. rasanya depends on kepala kita juga kot.. ada yang ok.. ada yang tak ok.. so, kalau nak mula tukar syampoo, kena beli yang kecik dulu.. atau kalau ada, sample nya kan..

~ain said...

joy.. mcm2 hal kan org perempuan ni.. cik abang saya, seminggu sekali je syampoo rambut. tapi, ok je haku tgk.. takde masalah apa pun... (busuk sikit laa tapi) hahahahahhah