Pembaca Blog Ini...

Sunday, December 19, 2010

Hari Ahad yang sejuk!

Huh... sejuk betul hari ini.
Sebenarnya, dah 3 hari sejuk macam ni.
Musim tengkujuh kan....
Dah tiga hari hujan tak berhenti.
Hujan turun kadang-kadang lebat.
Kadang-kadang renyai.
Tapi, memang tak berhentilah..
Air kat kiri kanan jalan dah mula naik.
Tapi, masih belum sampai ke jalan raya lagi.


Pemerhatian tidak berapa profesional saya mengatakan
yang tahun ini hujan tidak begitu mengganas.
Kalau setahun dua yang lalu, hujan memang lebat.
Sejuk sampai ke tulang.
Sekarang, hujan macam berbelas kasihan pada yang tinggal di kawasan banjir.
Rasanya, tak banjir kot tahun ni. Hahahha..
Pepandai saja. Mana lah tahu kan.. Kuasa Allah.


Hari ini dan seterusnya sampai student masuk, kena siapkan modul.
Bos nak tengok.
Khamis minggu lepas, masa jumpa di bilik punch card
tetiba je dia tanya pasal modul. Hahah..
Memang blur lah sebab tak sangka dia tanya.
Dalam fikiran saya, saya nak tunggu dapat surat dari HR.
Tapi, bos membebel kata HR baru tukar peneraju.
So
, lambat. HR lama patutnya yang uruskan.
Tapi, dek kerana HR lama tu 'sibuk' hal orang
(sampai kerja sendiri tak ingat nak buat), jadi lambat.
Ini bukan lambat dah.
Sepatutnya settle bulan 7 hari tu.
Susah lah nak cakap dengan orang macam ni. (Ada unsur bebelan di situ)


Huh.. hari yang sejuk ni memang sedap kalau membebel.
Ada beberapa perkara yang berlegar-legar dalam kepada saya sekarang.
Maksud saya, yang saya duk fikirkan sejak dua menjak ni.


Sudahlah... Saya berhenti di sini dahulu.
Bila ada masa lapang lagi, saya akan membebel lagi.

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

kena buang ke akak HR tu?!
huhuh

~ain said...

ayu.. tak kena buang.. dia 'naik pangkat'.. bukan naik pangkat je.. tapi, 'naik pangkat'.. ada bezanya itew!

hahah