Pembaca Blog Ini...

Friday, December 10, 2010

Terima kasih, pok!

Saya kan tak reti nak parking kereta sangat.
Dapat pulak kalau kereta WUH ni, sakit hati juga kat diri sendiri.
Entah bila aaaaaa nak pandai.



Semalam, saya masuk office lambat sikit.
Tak de lah lambat sikit, dalam pukul 8.15 gitu.
Staff lain rajin pulak semalam, masa tu pun parking atas dah penuh.
Saya pun decide nak parking kat tepi bukit nak turun ke bawah.
(Office saya atas bukit)



Apa yang berlaku, saya tak boleh nak agak
berapa jauh lagi jarak kereta dengan divider jalan tu.
So, teragak-agak laaaa..



Dalam hati duk fikir,
"Kalau aku terlanggar ni, mahu membebel laki aku ni dua tiga tahun tak sudah."


Nasib baik ada pok ni..
Pok ni namanya erk.... saya tak tahu nama dia
sebab saya selalu panggil dia 'pok' je...
hehehehe
Pok ni yang tolong kasi arahan supaya saya dapat parking dengan jayanya.

Terima kasihlah, pok!
Jasamu dikenang.......



(Kadangkala, saya benci diri sendiri dek kerana kelemahan parking kereta ini)

No comments: