Pembaca Blog Ini...

Wednesday, January 26, 2011

Barang Naik

Barang naik ke mana? Naik kereta ke?
Tak ke mana-mana pun.
Yang naik tu harganya.



Baru balik beli barang dapur.
Sikit punya jimat.
Pertama kali dapat beli barang betul-betul ikut list.
Tak de barang luar dari list (melainkan kacang kegemaran abang)
Ini semua demi untuk mencapai azam tahun 2011.
Kena ulang banyak-banyak kali, biar ingat!
Jangan awal tahun je bersemangat 'waja'.
Tengah tahun jangan merundum jadi bersemangat 'viva' pulak.
hahaha



Selalu beli barang kat Giant sebab rasa macam murah.
Tak suka pi Mydin, sebab payah parking.
Tadi, dek kerana kesihatan yang tidak mengizinkan..
Terus buat keputusan beli barang dekat supermarket di daerah ini sahaja.
Sekali, boleh kata kebanyakan barang keperluan rumah kat sini lebih murah
jika dibandingkan di Giant nun.
Satu barang murah dalam 40sen-50sen jugak tau.



Contohnya: (ewah.. nak jugak kasi contoh) haha
1) Colgate Plax tu kat Giant RM15.90. Kat sini RM15.50. 40sen penjimatan di situ.
2) Sardin cap ayam yang kecik tu, kat Giant RM2.90. Kat sini RM2.70. Doposen jimat.
3) Pencuci pinggan mangkuk jenama Labor tu, kat Giant RM3.50. Kat sini RM3.00 saja.



Eh, dah cukuplah tiga contoh.
Kang banyak-banyak kang, lain pulak jadinya.



Harga barang naik!
Apa reaksi anda?
Hanya mampu menggelengkan kepala.
Gaji naik, harga barang pun naik.
Maka, tidak ada lah bezanya.
Cukai kena bayar ketepek sana sini.
Semua benda nak kena cukai.
Kot kot esok lusa, kena bayar cukai pernafasan pulak ke kan.
Habislah semua orang mati tak boleh bernafas.



Perdana Menteri suruh kita ubah cara hidup, beb!
Jangan lagi duk shopping kat oversea nun. =p



Peaceeeeeeeeeeeeeee!!!!!




2 comments:

zh-ena said...

mmg semua nak naik harga
bawang pun ssh nak cari skang nie klu ada harga mencacak naik

beli ikan pun sama, beli ikan cencaru sekilo rm8.oo..mmg cekik darah sggh la

kerajaan suh kita berjimat cermat, tapi tak tahu la nak berjimat cermat mcm maner lg..dah abis berjimat pun

~ain said...

ena.. kat sini, minyak masak yang ada yang mahal je.. minyak jagung, minyak bunga matahari banyak laaa.. mahal laaa pulak kan..

kerajaan yang kena jimat cermat kot. ni seme nak kena cukai.. tuuuuuuuuuutt betul.. emosi tetiba.. hahah