Pembaca Blog Ini...

Monday, January 10, 2011

Dua hari demam

Hari ni saya demam lagi.
Dua hari dah terpaksa meng MC kan diri.
Petang Sabtu lagi dah rasa macam nak demam.
Lepas mandi tu, terus menggigil-gigil cari sweater.
Tapi, dah dibasuh oleh cik abang.
Sabar je...
Ambil toto, bungkuskan diri dalam toto lah..
Masalah saya ialah lelemak badan tidak membantu memanaskan.
Boleh?



Kerja sebenarnya banyak sangat kat office tu.
Nak prepare itu ini sebab kelas kan sepatutnya dah start minggu ni.
Bos bagi saya satu subject baru yang sudah pasti
memerlukan saya mentelaah sebelum masuk kelas.
Kalau subjek yang dah 6 sem duk ajar tu, tak de laaa masalah sangat.



Officemate kata hari ni dan semalam memang ramai orang MC sebab demam.
Musim sejuk macam ni, saya memang tak tahan.
Tahun lepas punya musim tengkujuh pun saya demam dua hari.
Badan jadi sejuk panas sejuk panas.
Kejap sejuk kejap panas.
Tekak sakit dan perit.
Batuk-batuk macam ada sesuatu yang mencakar di dalam dada.
Bila malam-malam tidur tak lena, siap mengigau segala bagai.
Alahai...
Ewah..... melampau betul perumpamaannya.



Tapi, hari ni rasa dah ok dah.
Syukur sangat.
Harap-harap esok semakin pulih dan boleh masuk office.
Tengah tidur pun asyik memikirkan kerja, sampai terbawa dalam mimpi.
Biasalah ahkak ko ni, memang macam tu.
Hahaha



Cuaca semakin baik walaupun masih ada hujan yang turun sekejap-sekejap.
Rasa macam nak pi office kejap.
Tapi, nanti cik abang tahu.. memang dia marah.
Dia suruh rehat.
Dia dah siap-siap belikan nasi dan ubat letak atas meja laptop saya.
Sangat sayang dia kepada saya kan?
**jangan muntah**


Saya membayangkan ada sekumtum mawar merah di situ.
**pengsan**


Saya buat-buat tanya kat cik abang,
"Abang, apa warna bunga yang pertama abang kasi kat owang?"


Dia pun jawab,
"Mana abang pernah bagi bunga!!"


=)

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

ahahah
moga2 ko cepat sihat wahai kembar tak seirasku!
ahhaa...
maksud aku sembuh dan sihat dgn sepenuhnya
aku pun sama mcm ko ni
tekak aku dah 2 minggu sakit
layankan jer
btw..
baju muslimah tu aku dah tgk
dalam 50 60 mcm tu ler
tgk jenis tebal kain..
ko nak kaler ape da..

~ain said...

terima kasih kerana doamu itu..

baju tu, aku nak warna apa-apa lah yang cantik di mata mu..

Zura Tahir said...

semoga cepat sembuh ain..