Pembaca Blog Ini...

Thursday, January 27, 2011

Mengintai lampu jangan sampai tumbuh ketumbit di mata..

Dek kerana excited tak dapat dibendung!
Lepas jumpa peguam untuk sign dokumen S & P,
kami singgah di G-Orange, Kota Bharu.
(Lenguh weh nak sign sikit punya banyak helai dokumen.)



Singgah situ sebab nak tengok lampu.
Sebelum ni, kami dah survey kat beberapa kedai lampu area ni.
Rasanya, kedai ni paling murah sekali.



Alah, kitorang duk survey-survey harga dan design je.
Kalau rasa ada budget, bolehlah pakai lampu ber fesyen-fesyen tu.
Kalau budget tak cukup, belasah je pakai lampu kalimantang tu.
Asalkan jangan bergelap (dengan lilin) sudahlah kan!
hahaha
Kan Noraini Ammran sekarang kan nak berjimat kan...




Cik abang dah minat gambar kat situ.
Lawa jugak lah seposen! Ala-ala Ikea gitu...
Harga pun boleh tahan laaaaaa... Takde lah mahal sangat.
Lebih murah dari kat Ikea nun...
Tapi, bila apa yang saya kata cantik, cik abang mesti kata tak cantik.
Bila cik abang kata cantik, saya pulak tak berkenan.
Nyampah .. Tapi, saya memang 'buta seni' kot..
Saya malas laaa nak fikir.
Ikut suka hati dia laaaaa kan!




Kat sini, semua kelengkapan rumah ada.
Pintu pun ada.
Tapi,untuk ini memang tak de budget lah.
Pakai je pintu yang ada tu. hehe



3 keping je ada gambarnya.
Malas nak amik gambar banyak-banyak
sebab handphone memasing jenis kecoh gila...



Kipas siling yang murah dan cantik pun ada.
Barangan elektrik lain pun ada.
Wallpaper pun ada. (Lawa sangat!)
Cat pun ada.
Sofa pun ada.
Langsir pun ada
(Saya tak payah tempah langsir,
sebab emak dah nak kasi yang emak punya tu.
Lawa dan masih baru.
Jahit sendiri, you! Kelas tak emak I?)



Eh, pendek kata semua yang berkaitan pun ada laaaa.



Rasanya, kalau tak balik KL dalam masa terdekat ni....
memang kami akan beli lampu kat sini kot.
Lagipun, kat sini lampu kalimantang pun ada jual.
Murah gile pulak tu...



Huahuahuahuahua


6 comments:

Zura Tahir said...

beli umah baru erk..??

zh-ena said...

dah mula survey kelengkapan rumah la plak..skang nie kat Ikea tgh sales brg2 hiasan la

Sidratul Muntaha said...

ape kaiatn tajuk dgn isi kandunga?!
tak phm aku..
ke ko mabuk 23cm?!

~ain said...

zura.. a'ah.. rumah yang baru hendak diduduki.. hehe

~ain said...

ena.. hari tu dan pi Ikea. Tapi, masa tu tak dak pitih lagi. hahaha.. nanti kalau balik Serdang, memang selalu lah terjah Ikea. (itupun kalau ada duit lebeh) haha

~ain said...

ayu.. mmg tajuk tu takde kena mengena dengan entri. tapi, aku punya suka aaaa.. hahaha 23cm? lama jugak aku tak 23cm. hahaha kena hantar proposal dulu.. =)