Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 23, 2011

Mudah-mudahkanlah

Hmm.. saya bukan nak cerita pasal Ayu Raudhah ni.
Kalau korang nak tahu, google je la.
Saya pun search kat google ni haaaa..

Semalam, saya terbaca satu entri di blog saudara ini.
Kalau kita duk baca, ayatnya macam kasar.
Tajuknya, "Kahwin, untuk apa?


Saya tergamam bila baca "Kahwin untuk seks!"
Pada saya, kahwin bukan semata-mata untuk seks.
Masa belum kahwin, mungkin begitulah anggapan orang-orang muda.
Ada ayat, "Mu takpelah... Balik letih-letih boleh ______ "
Tak.. Tak..
Memanglah perkahwinan itu menghalalkan yang haram.
Tapi, perkahwinan itu bukan lah semata-mata kerana seks.
Tapi, takpelah.. Saudara itupun masih bujang.
Nanti bila beliau dah kahwin nanti, InsyaAllah beliau akan faham.


Itu sahaja yang saya tak setuju dengan entri itu.


Yang lain, saya setuju 300%.
Kalau berkemampuan, no hal laaaa kan!
Kesian orang bujang yang baru mula kerja,
baru mula nak bina kehidupan bekerjaya.
Terpaksa terikat dengan loan berpuluh tahun untuk berkahwin.
Semuanya dek kerana adat dan trend.
Padahal dalam Islam ada konsep Wasatiah..


Puan Bedah (bukan nama sebenar) pernah meluah perasaan kat saya,
"Kau tak pelah.. Buat loan dapat keretanya!
Aku? Buat loan, lepas kahwin tak dapat apa-apa!"


Saya malas nak cakap banyak sangat, tapi.. terpaksa!
Biar dia sedar dan tak berungut yang bukan-bukan.
"Tak dapat apa-apa?
Yang teman tidur kau malam-malam tu apa?"


Dia jawab pulak,
"Teman tidur takkan sampai berpuluh ribu!"


Saya jawab tapi dalam hati saja.
"Itu pilihan masing-masing.
Aku kenduri mana ada tumbang lembu seekor. Kau?"


Entahlah....... Payah nak cakap kan?
Kalau cakap banyak-banyak nanti ada yang berkecil hati.
Tapi, sekali fikir kasihan juga.
Mungkin dia pun terpaksa sebab dah terperangkat dek adat dan trend tu.
Padahal Islam kan ada konsep Wasatiah.
Makanya, fikirlah sendiri kan!


Hmm..
tetiba macam malas nak ulas pepanjang.


Bacalah sendiri entri beliau di sini..
Pandang dan ceduk dari sudut yang positif.

No comments: