Pembaca Blog Ini...

Saturday, January 22, 2011

Bunga Hati

Petang tadi, sebelum nak ke Pantai Air Tawar, kitorang singgah tengok rumah.
Kawasan perumahan tu, dah ramai yang masuk.
Maksudnya, ramai yang dah pindah.
Ada yang tengah duk rancak renovate rumah.
Ada juga tadi yang tengah duk basuh rumah (dengan riak wajah yang teruja).
Ada yang tengah duk mengecat rumah (dengan semangat berkobar-kobar)



Kami?
Kebetulan masa nak apply loan tu, ada dua unit je yang kosong sebab ada yang tak lulus loan.
Sebuah kat area belakang, sebuah lagi bahagian tengah.
Saya cepat-cepat cop yang tengah, sebab belakang tu macam menakutkan.
heheh



Semalam, orang bank yang incharge pasal loan tu kata loan kami dah approved.
Dia cakap, tunggu dia call untuk sign LO.
Perasaan dah berbunga-bunga pelbagai warna.
Hati dah lapang macam ladang teh kat Cameron Highland.
Heheh



Tapi, cik abang kata,
"Jangan excited sangat.
Sebab selagi belum sign LO, selagi tulah lot tu bukan kita punya."



"Baiklah, abang!" ~padahal dia pun excited.



Teringin nak buat itu ini kat rumah sendiri (kalau dapat).
Tapi, memandangkan sumber tidak mengizinkan adalah lebih baik kita bersederhana.
Ada yang menyarankan buat personal loan untuk renovate rumah sebelum pindah.
Sekali harung katanya.
Tapi, kan our 2011's resolution adalah untuk bebas hutang?
Nanti kena bayar loan rumah lagi, personal loan lagi.
Mati laaaaa ahkak!



Kami ambil keputusan untuk buat sikit-sikit lah.
Sebelum masuk ni, kami fikir buat yang betul-betul perlu je dulu.
Macam grill depan belakang, lampu, kipas dan cat.
Budget terhad lah, sayangku! =)
Yang lain-lain tu kalau duit cukup, buat terus.
Kalau tidak, sikit-sikitlah.
Lebih baik begitu kot dari berhutang banyak-banyak.
Hati pun tenang...



Rumah pun bukan besar mana.

Sejak dulu, saya tak pernah bercita-cita nak ada rumah besar.
Rumah impian saya dulu ialah yang jenis apartment ke, kondominium ke.
Memang suka rumah kecik, mungkin sebab ayah lah dah mempengaruhi pemikiran saya.
"Rumah besar-besar nanti lupa mati."



Semoga Allah permudahkan urusan kami.

6 comments:

Tihara said...

Rumah sderhana tp menenangkan jiwa tkpe

CikJAs said...

Congrats Ain. Sy sendiri umur 38 tahun br dpt merasa ada rumah sendiri. Dh dpt pindah masuk, jgn lupa inform ye?

Sidratul Muntaha said...

aku suek ayat bpk ko
rumah besar - besar nnti lupa mati..
#bpk ko bercakap dari pengalaman...

~ain said...

kak tihara.. ye! betul sangat..

~ain said...

Cik Jas.. terima kasih! Allah beri rezeki yang melimpah ruah untuk saya. Walaupun tidaklah semewah mana, tapi ada juga kan.. =)

Nanti akan di update di sini.. =)

~ain said...

ayu.. a'ah.. ayah aku mmg tak ajar anak2 idup mewah.. rasional dia.. nanti lupa mati..