Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 16, 2011

No Plastic

Setiap pagi dalam kereta masa nak pi kerja, saya akan dengar radio THR. Bukan saya yang buka channel tu. Cik abang yang setting siap-siap dan saya tidaklah pandai nak mencari channel dan segala bagai.. Saya pandai kuat dan perlahankan volume aje.. Hahahhaha


Setiap pagi kan, adalah segmen "Marah ke?". Segmen ni ada orang akan call DJ dan komplen aaa apa-apa yang tak puas hati tentang apa-apa sahaja. Hari tu, ada orang komplen pasal jalan jem nak hantar ambil budak sekolahlah, jalan rosak lubang-lubang la, pasal jiran sebelah yang suka memekak la, pasal kawan dia pinjam dia RM10 sampai sekarang tak bayar (hahahha) pasal orang ambil petak parking dia laaa... Ish.. macam-macam manusia ni..


Tadi, ada satu pakcik ni dia call DJ dan marah-marah.


"Bengang betul. Bangang juga orang pasaraya tu. Pakcik beli barang, ada ke patut dia tak kasi plastik. Dia cakap kena bawa plastik sendiri. Kalau tidak kena bayar 20 sen. Sudahlah pakcik beli barang banyak. Kalau sehelai 20 sen habislah budget pakcik lari. Tak prihatin betul lah...."


DJ yang budiman pun tanya lagi, "Pakcik beli barang tu hari apa?"


Dengan yakin, pakcik tu menjawab.. "Hari Sabtu..."


DJ tu apa lagi???
Dengan suara tahan-tahan gelak dia cakap kat pakcik tu,
"Pakcik, semua orang dah tahu. Hari Sabtu memang Hari Tanpa Beg Plastik.."


Pakcik tu jawab, "Yelah.. kalau ye pun. Bagitau lah awal-awal."



Ya Allah, pakcikku sayang....
Dah lebih setahun dah orang duk cakap pasal
No Plastic Bag Every Saturday
Adoi.. Kesian pakcik tu!
Lupa kot.
Siap suruh bagitau awal-awal lagi.


4 comments:

Zura Tahir said...

hahaha...org dh sdia maklumlah hari sbtu mmg no plastic bag...zura rasekan ain...pakcik tue jenis org xmakan saman...kalau cashier dh bgth pun xyahlah nk dok marah2...ape punye pakcik...bapak sapalah tue.???

CikJAs said...

Di Penang, plastik TAK diberi lgsg, sejak 1 Jan 2011. Peniaga di pasar2 je blh guna plastik. Tp sblm ni, hari tanpa plastik di Penang ialah Isnin, Selasa & Rabu. Jenuh beli beg utk beli brg pasar.

~ain said...

zura.. pakcik tu lupa kot. hahaha bapak sape laaa tu?

~ain said...

cik jas.. Sebenarnya, bagus juga kan hari tiada beg plastik ni. tapi, kalau kenakan cas 20sen tu, mcm tak dapat capai matlamat mengurangkan pencemaran. patutnya tak yah sediakan plastik langsung.. siapa tak bawa beg, kena jinjing barang.. hahaha