Pembaca Blog Ini...

Monday, January 17, 2011

Sejuk dan Cermin Mata

Pagi-pagi ni hujan turun dengan riang sekali walaupun tidaklah terlalu lebat. Saya drive sendiri macam biasa. Bila hujan, bawa kereta macam siput sedut. Kalau tak hujan bawa kereta macam siput je. Bila hujan upgrade jadi siput sedut. hahahahahaha


Bila hujan, kena tutup tingkap kereta. Kena pasang econ. Bila keluar kereta, spek jadi kabur. Berkabus.. Cissss betul! Benci pakai spek sebab ni lah.. Bila keluar dari tempat sejuk je, mesti nak berkabus-kabus. Tension je.. Dah teraba-raba berjalan. Jumpa orang senyum je tanpa mengenal siapakah beliau.. Kalaulah ada wiper di cermin mata kan... hehe


Nak pakai contact lens sangatlah leceh dan asyik kena jangkitan je. Dan amatlah tidak sesuai dengan jiwaku yang sangat sempoi dan tidak suka nak jolok-jolok biji mata setiap kali nak keluar rumah. Bedak pun jarang-jarang sekali pakai. Saya hanya mengharapkan 100% natural beauty yang dikurniakan Allah kepada saya. =p


Ada yang mencadangkan supaya mula mengambil pati berry untuk mata yang menawan. Persoalannya, menawan sahaja kah? Pati berry tu boleh kurangkan rabun kah? Sekarang, duduk di sofa pun tak nampak sarikata kat tv tu walaupun dah pakai spek. Memang kena tambah power lagi ni gamaknya!


Pssst... Ada kelas pukul 10-12. Tengahari kena balik rumah sebab tengok abang. Dia masih direhatkan. Mungkin esok sudah boleh mula bekerja. InsyaAllah!

4 comments:

puanstoberi said...

akak mmg consume pati berry inner shine tu, tp akak tak rasa ianya utk mengurangkan rabun. dia mcm nak bagi mata bersih lah. mmg mata yg putih tu putih bersih pas minum tu. tang rabun tu akak tak berani jamin sbb akak mmg bkn pemakai cermin mata.

makan carrot bebyk la ain. ratah gitu je. eluk jugak rasanya :D

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez pun rabun. so, sgt m'harapkan spec utk jelaskan pandangan. power pun cam nak kene tambah gak. nak pakai contact lens? owh.. no3!! xsker! remeh! so, sama la kite.. hu3..

~ain said...

kak reen.. heehehehhe kita tak suka carrot. kalau air carrot boleh laaa..

~ain said...

areleez.. a'ah.. dulu pernah 6 bulan pakai cl lepas tu asyik gatal mata je. lepas tu, leceh nak jolok bijik mata.. nak angkut segala macam eksesori dia air suling semua.. malas betul!