Pembaca Blog Ini...

Wednesday, April 13, 2011

Beralih


Pak mertua saya cakap 'pindah rumah' sebagai 'beralih'.. =)



Walaupun, pada dasarnya ada beberapa barang masih ada di rumah lama.... Tapi, secara rasminya, kami sudah mula tidur rumah baru. Dah empat lima malam dah kot. Pagi-pagi bangun rasa nak senyum je sekarang ni. Walaupun, rumah masih belum berkemas dan keadaannya macam kapal perang yang karam.. heheh Terima kasih ya Allah! Atas semua kurniaan dan nikmat yang Kau kurniakan kepada kami berdua.


Huh.. nak cerita pasal aktiviti perpindahan rumah ni memang memenatkan. Nak cerita je dah penat. Belum lagi mengalaminya. Cik abang hilang beberapa kilo berat badannya dek kerana perpindahan ini. Saya je tak hilang2 berat badan.. ahahha! Serius.. Kitorang pun tak tahu, dari mana datangnya barang-barang yang banyak gila nak mampus tu semua. Penuh dah ruang tamu, dengan barang tah mana datang tu.. haha


Kami berdua mula serius dalam aktiviti mengangkut barang ni, sejak bekalan elektrik dah ok tu. (Rujuklah entri-entri lepas tu) Sejak dari tu, sikit-sikit kami angkut barang yang kecik-kecik yang boleh sumbat dalam VIVA. Semakin hari semakin sayang kat VIVA sebab senang nak hangkut barang walaupun kecik je keretanya. Kalau WUH, huh.... tak leh harap langsung nak angkut barang dalam kotak2 boleh aaa sebab bonet dia luas. Tapi, dengan VIVA.. mesin basuh 8.5kg pun ko boleh sumbat dalam tu tau. Heheh.. Sila kagum! Boleh lipat kerusi masuk barang dari belakang, terus jadi ala-ala mini van.. gituuuuuuuuuu... (Siapa ada VIVA memang akan memahami maksud saya ni.)


Barang besar besar macam almari baju, peti ais, sofa (ala-ala) tu memang kena pinjam van abah laaa nak angkut. Ada satu malam tu, kitorang dah angkat barang semua masuk van tu... Sekali van tu pulak buat hal.. Kurang asem nye van! ahahahha Cik abang call abang ipar (expert pasal van tu) boleh jugak laaaaaa jalan slow-slow pi hantar barang semua kat rumah baru.


Sekarang, barang kecil boleh kata kebanyakkan dah siap hangkut kecuali barang kat dapur. Macam pinggan periuk belanga semua laaa. (saya memang dah lama tak memasak) Sebuah lagi, almari yang paling besar dalam rumah tu belum mampu diangkat. Pasal van yang buat perangai, kena masuk bengkel. Tunggu settle hal van tu, baru boleh angkut. Biasalah... Van tu dah lama... Sejak cik abang sekolah rendah kot. Sekarang, dah tua dah tu cik abang. Haruslah van tu ikut tua kan.. wakakaka


Barang yang kecik-kecik kitorang berdua je bersatu hati mengangkat. Tapi, yang besar-besar dan berat-berat macam perabot semua tu, terpaksa minta tolong adik abang juga la... Sebab tak terdaya dah. Pinggang pun dah terkehel dah ni haaaaaaaaa..


Kesimpulannya, pindah @ beralih memang penat. Duit pun banyak habis. Tapi, tak apa lah. InsyaAllah.. Allah akan beri rezeki yang lain nanti.

6 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

mmg sgt penat...packing n unpack lg..huhuhu..

Zura Tahir said...

penat ain nk pindah barang nie..

Tie HT said...

apesal tak sewa lori..tp tak kesah kan..save bajet..hehe

~ain said...

joy.. sangat penat!

~ain said...

zura.. huk huk.. meh laaa tolong ain, zura!

~ain said...

kak tihara.. tak berbaloi sebab dekat sangat.. hehe