Pembaca Blog Ini...

Monday, April 4, 2011

Memo Tudung Putih


Petang tadi, terima memo dari HR yang berbunyi begini....

Di atas kemangkatan Paduka Bonda Yang DiPertuan Agong, semua staf DIWAJIB memakai songkok berjalur putih (lelaki) dan tudung putih (wanita) berkuatkuasa serta-merta sehingga tempoh berkabung iaitu pada 29 April 2011.

Apa lagi... Saya memang dah lama tak pakai tudung putih. Zaman sekolah sekolah dulu pernahlah. Saya memang tak ada langsung tudung putih. Mula-mula tu malas nak layan. Tapi, bila fikir balik.. "Kang kalau semua orang pakai tudung putih, aku sorang je pakai tudung warna pelangi.. Habis laaaa aku tak kuar kereta kang.. " haha


Sebenarnya, saya memang tak berapa faham kenapa nak berkabung bagai kan? Malas cakap lelebih kang kena gam.. Melekat lak tak leh bangun kang. wakaka.. Lama pulak tu! Sampai 29/4/2011. Tak de harapan nak bergaya dengan tudung baru beli hari tu selama tiga minggu. Tiga minggu tuuuuuu! Sengsara tak dapat pakai tudung warna warni..


Lepas Maghrib, ajak abang pi kedai tudung. Kat sini, memalam mana ada kedai buka. Tapi, mujur ada satu kedai yang memang HEBAT kerana menyelamatkan saya malam ni.. Tanya harga dia.. Sekali sehelai hanya sepuluh hengget. haha. Murah.. Murah.. Walaupun dah macam rupa tudung budak sekolah, tetap jugak beli 3 helai. Esok nak bagi satu kat officemate sebab dia pun ada kirim sekali. Kalau dia berkenan laaa.. Kalau tidak, ahahaha tah laaa tak tau nak cakap apa.... Sebab saya pun tak berapa suka. Tapi, sebab kecemasan kan.. Belasah je..


Tadi, masa kat kedai tu, taukeh kedai pun dah macam dapat agak saya nak cari tudung putih. Hahah. Saya syak semua staf yang takde tudung putih, memang beli tudung putih kat situ kot.. Siap habis stok lagi.. Wakaka.. Esok nak bergabung gelak kat office dengan ucapan, "Eh, tudung kita samalaaaaaa!" ahahaha


Pelik sangat saya tengok bila pakai tudung putih ni. Rasa janggal. Dah macam jururawat pun ada jugak. Aduh, tiga minggu ni kena jadi ala-ala jururawat. Kalau betul jururawat tak pe laaa jugak. Sekarang, tengah tunggu sejat air dan nak jemur depan kipas..


PESANAN untuk Imah..
"Imah boleh pakai tudung awning pi sekolah tak? Lepas tiga minggu, Imah nak ambil alih tudung putih along tu.. Imah ambil lah.. Along ikhlas!"


4 comments:

Joy said...

ok. baru paham apa yg tertulis kt fb pg td ;)

.imah. said...

hahaha. tudung awning? nk suh imah kene kejar dgn MAK PAU boleh laa. haha. ;p

*mak pau tu cikgu disiplin~*

~ain said...

joy.. hahaha.. inilah cerita yang sebenarnya! hari ni, hari kedua pakai tudung putih.. =)

~ain said...

imah.. apa laaa dengki mak pau tu.. tak kasi chance anak murid nak melaram pi sekolah. dia takut anak murid overshadow dia kot.. lariksssssss!