Pembaca Blog Ini...

Monday, April 4, 2011

Ikan Bakar

Malam semalam, ada orang call saya,


"Salam.. lama weh nak makan orang Setiu masak...!"


"Siapa ni?" ~Serius terkejut! Siapa laaaa budak ni.


"Alaaa.. masakan pensyarah hok garang-garang tu!"
~Memang saya ingatkan student laa..
Satu ayat lagi budak ni merepek, memang aku hamuk laaa..
(Garang tiba-tiba)


"Siapa ni?" Suara dah berubah nak jadi hulk dah.


"Adik ipar demo laaaa..."


Ooooooooooo.. adik ipar (suami kepada adik ipar) ku rupanya! Nasib baik tak kena marah.. hahah.. Memang ada sekali tu, saya duk tayang masakan kat FB. Dia duk tanya bila boleh rasa masakan saya. Saya pun cakap, anytime laaaa.. Kalau balik sini, call je..


Tetiba saya macam alaaaaaaaaaaa... saya bukan tak mau masak. Saya sangat mahu masak.. Saya tak de hal laaa kalau nak masak untuk 10-12 orang makan pun. Ok je.. Saya confident. Sedap tak sedap belakang kira. wakaka.. Jangan komen banyak-banyak! Nanti saya hilang keyakinan diri. ahaha


Tapi, sekarang ni keadaan yang sangat tidak mengizinkan. Saya ok je. Tapi, rumah saya ala-ala kapal karam laaaa... Kotak sepah sana sini..


Bincang-bincang dengan cik abang.... Cik abang tanya saya boleh masak tak? Saya no problem.. Beli lauk je laaa kan. Tapi, cik abang tak mau tolong kemas rumah. Tapi, itu laaaa.. Sudah katanya nak pindah rumah kan. Haruslaaaaa sangat tidak praktikal. Maksudnya, nak kemas apa pun tak tahu. Sebab semua barang dah macam ke hapa bersepah berlonggok.. Malu laaa orang datang rumah bersepah macam apa.. Nak suh duduk kat mana pun tak tahu. over tak? =)


Waaaaaaaaaa!!!! Sedih betul tak dapat tunaikan hasrat orang nak makan kat rumah kita...


Jadi, cik abang ku yang baik hati.. Ya Allah, terima kasih lah kerana kurniakan saya suami yang hebat serta baik hati seperti beliau (memang ayat bodek). Cik abang ajak dorang semua makan kat luar je laaaaaaaaaaaa..


Kitorang gerak dulu sebab nak beli rak menda apa tah.. Dorang semua gerak lepas maghrib. Jumpa kat Pantai Batu Buruk Kemudian menuju ke Kuala Ibai. Jom, kita makan ikan bakar!!!!


Sangat puas hati dapat belanja (walaupun bukan saya yang bayar~konsep: duitmu duitku jua) mereka semua. Bukan selalu pun makan besar gini.. heheh.. Asyik makan satay je, kan? =) Nampak abah pun makan menambah-nambah. Berbaloi.. Kalau saya masak, belum tentu pak mertuaku akan makan sebegitu rupa... Wakakaka




Lauknya dua ekor ikan jenahak sederhana besar (siakap habis).. Sekor bakar, sekor masak tiga rasa.. Dua ekor ikan pari bakar.. Seafood lain macam ketam udang sotong tak amik sebab kolestrol tinggi. Nanti ada orang naik darah .... dan lain-lain lauk sampingan.


Saya duk budget dalam RM200++ .. Tapi, tak sampai pun.. RM150 pun tak sampai.. 10 orang makan.


Kalau korang pi bandar Kuala Terengganu, singgahlah kat situ.. Bawah jambatan Kuala Ibai.. Dekat dengan Qurata Inn.. Adik ipar yang duk sana cakap, kat situ memang murah. Sebelum ni, makan kat Pantai Batu Buruk.. Kat situ mahal sikit..


3 comments:

Tie HT said...

siyesli cakap mmg batu buruk mahai gile mknn dia..qurata inn resort kayu kan..dulu2 la,kenangan masa nak register masuk umt..tk tau la kot skrg dah tukar jd batu dah kut..

~ain said...

kak.. Qurata Inn tu masih kayu lagi.. Gitu jugak laaaa.. tak berubah-ubah.. a'ah.. batu buruk makanan mmg mahal.. mungkin sewa kedai kot mahal kat kawasan tu...

CikJAs = said...

Ain, alhamdulillah. Sy terasa ikhlasnya Ain & suami ingin 'menjamu' adik beradik (ipar). Yg penting, bukan makan di tmpt mahal ke murah, tp keikhlasan nk berkongsi rezeki dari Allah bersama keluarga tersayang. InsyaaAllah.