Pembaca Blog Ini...

Tuesday, April 19, 2011

Tiga Abdul

Kitorang boleh tengok TV2 je sekarang ni.
Nak buat macam mana? Pindah rumah kan....
Kelam kabut..
Orang Astro tu pulak tak datang pasang lagi decoder Astro Beyond dia tu.
Decoder lama cam hampeh.
Dah rosak sensor tak leh pakai remote. (Dah lama dah rosak)
Jadi, siaran lain tak dapat.
Dapat tengok TV2 je laaa..


Sabar... Sabar...
Belum cerita pasal berita tiga bahasa lagi.
Tamil-Mandarin-English.
Memang boleh hafal laaaa intisari berita.
hahahaha


Malam tadi, tengok filem hitam putih. Tiga Abdul.




Hmmm...
Saya rasa saya dah tengok filem tu lebih dari 20 kali kot.
Tapi, gelak mesti lagi nak kuat-kuat.
Wakakaka..
Kelakar!


Paling tak boleh blah..
Nama-nama yang digunakan untuk watak-watak dalam filem tu seperti:


Husin Lempoyang Saudagar Unta Leher Panjang...
Jamal Pak Tongkol Saudagar Intan Berlian dari Congostan..
hahahhaha


Mem Aluya Kue Lapis
Sadiq Segaraga (Sepak Raga)
Kasim Pantalot
Sulaiman Akhlaken


"Halimah, Rafidah, Ghasidah.... jalan dah...."


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Catchy kan nama-nama watak tu?


Belum lagi cerita part babak-babak lawak nak mamps nya...
Terkekek-kekek kitorang laki bini gelak.
Tapi, yang paling over nya saya laaaa..
Sampai cik abang sound, "Eh, apa ni gelak kuat-kuat dah malam ni."
Hahha Itu pun sebab dia dah mengantuk dan habis power dah.
Kalau tidak, dia pun duk gelak sama.....



Filem-filem genre komedi garapan Arwah P.Ramlee ada kekuatan tersendiri
untuk buat penonton ketawa dan terhibur.
Kelakarnya ada mesej.
Sebab tu karya beliau evergreen!
Sampai saya larat lagi nak tonton lebih 20 kali dan
masih tergelak walaupun macam dah boleh hafal 70% skripnya


Tak macam komedi zaman sekarang.
Asyik laaaaaaa dengan lawak burung laaaaaaa, karipap laaa...
Maaf cakap lah! Saya memang tak berkenan pelawak suka meluc** ni..
Memang tak seswaaaaaaiii gitu!


Itu sahaja...
hehehe

7 comments:

Tihara said...

beliau adalah penggiat filem yg memiliki anjakan paradigma..
takde dah org yg mcm beliau.

ArELeEz said...

hmm.. kakak ngn anak sedara leez minat betul kat film2 p ramlee nih. tgk siap ulang2 bnyk kali! he3..

PUANSTOBERI said...

dlm citer tu ada pasal rasuah, wasiat dgn xtvt memperdagangkan manusia. suma tu da jadi iklan kan??

~ain said...

kak tihara.. dia satu dalam sejuta!

~ain said...

leez.. adik ain, pun suka sgt tgk cite p ramlee.. hehe

~ain said...

kak reen .. ya betul!

Encik H said...

haaa..betul2..tuan penasihat, 25 persennnn~~