Pembaca Blog Ini...

Monday, April 4, 2011

TNB


Pagi tadi buat bayaran untuk deposit elektrik di TNB.


Sebelum tu, pi sarapan dulu sebab pejabat TNB tak buka lagi. hehe
Lepas tu, tunggu dalam 10 minit...
Ramai jugak orang tunggu giliran.
Tetiba, staf kat kaunter tu suruh pi
beli setem HASIL pulak dekat pejabat pos..


Wakakaka...
Apa laaaa..
Nasib baiklah pejabat pos tak jauh dan
tak ramai orang sebab pagi lagi kan.
Itulah orang tua-tua kata, kalau bangun awal murah rezeki.
Semua urusan dapat diselesaikan segera.


Lepas tu, pi TNB semula laaa...
Kena bayar RM250 untuk rumah teres satu tingkat.
Walaupun lambat jugak, sebab sistem down!
Ciskek betul laaaa..
Asal buat urusan macam ni mesti nak sistem down!
Komputer banyak virus ke apa ni?
Tekanan betul!
Lepas tu, buat-buat tekan keyboard kuat-kuat.
Apa kata ko lempar je komputer tu kat luar.
Tak pun, bakooo je..
Kalau tak larat nak angkat bako, meh aku tolong!
Tahu dah nak buat sistem online segala bagai ni,
upgrade
laaa sistem kasik laju kan!
Ishhhhhhhhhhhhhhhhh.....
(ahaha emosional pulak)


Selesai urusan di TNB, pi singgah TM pulak.
Nak tanya pasal line telefon.
Kitorang nak laaaa bawa line telefon lama tu
pi rumah baru sebab seronok laaa pakai Streamyx.
Rasanya tidak perlu bertukar kepada yang lain. wakaka
(Gelak ada makna ni, Imah!)
Orang yang incharge bahagian tu keluar.. Ahahah... Satu perangai lagi ni.
Orang bahagian customer service mana boleh kuar sesuka hati.
Lepas tu, tanya pak guard. Pak guard kasi nombor phone orang tu.
Call lah kan tanya macam mana nak alihkan line tu bla bla bla...
Tapi, orang tu suruh pi TM point... Alahai... Malas betul!


Takpe, slow-slow..
Lambat lagi nak pindah.
Ada lagi 26 hari lagi..hehehe.
Sedih betul laaaa nak pindah rumah ni.
Hari tu, masa maklumkan kat tuan rumah..
Boleh pulak saya bergenang air mata.
Ye lah.. 3 tahun duk rumah sekarang.
Rasa macam rumah sendiri je.. lalala


Hmm.. hari minggu ni
dah boleh upah orang pasang lampu semua satu rumah.
Lepas tu, bolehlaaa kalau nak
angkut barang malam-malam pun sebab dah ada lampu.
Rumah dah macam kapal karam dah tu.
Penuh kotak segala bagai..


Banyak benar kerja sekarang ni semua pasal rumah tu je.
Otak masing-masing bercabang lapan dah nak pikir sana sini.
Sampai ada orang petang semalam pi rumah, tapi lupa nak bawa kunci..


Kena perli pulak dengan pak dia pasal rambut dah panjang tak reti nak potong.
"Sibuk sangat kerja ke sampai rambut tak dan nak sikat?
Tak dan nak potong?"


"Stail!" ~ haaaaaaaa.. menjawab! Menjawab!


wakakaka..


2 comments:

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

salam

pindah rumah sendiri ke ain??
tahniah.. :D

selamat mengemas

~ain said...

mimie.. alhamdulillah... =) hehe