Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 15, 2011

Bela Nasib

Setiap kali melihat wajah ibu ayah yang
datang menemani anak-anak mereka mendaftar ke IPTA/S,
membuat hati saya sayu...


Kenapa?


Bayangkan harapan ibu ayah dan keluarga terhadap anak-anaknya.
Biar ada pendidikan tahap tertinggi.
Biar boleh jadi orang berguna.
Bela nasib keluarga....


Bila tengok wajah ibu ayah pada hari itu, penuh dengan harapan.
Rasa bangga anak dapat melanjutkan pelajaran.
Sayu woooooooooooo bila tengok ibu ayah
yang tak seberapa 'ada' keluarkan duit lusuh
dari poket seluar untuk daftar anak belajar....


"Bakal bela nasib keluarga. Bakal akauntan.
Biar tak payah bawa teksi macam pakcik!"


"Makcik datang dari jauh. Takpelah, asalkan dia nak belajar.
Makcik carilah (duit) kat mana-mana.."


Bila tengok wajah anak-anak.
Pelbagai.
Ada yang senyum.
Ada yang masam mencuka (kena paksa kot)
Ada yang blur. Borang pun ibu yang isikan.
Ada yang bersemangat sampai menggigil tangan masa isi borang. (heheh)
Entah apa yang difikirkan.


Semoga semua kebangggaan ibu ayah kita berterusan.
Semoga semua berjaya bela nasib dan berbakti
kepada keluarga seperti yang diharapkan.


Semoga doa pakcik agar anaknya TIDAK ikut jejaknya bawa teksi dimakbulkan.


~Maaf! Noraini memang sensitif terlebih kalau bab mak pak ni!~

10 comments:

Irtiyah said...

Salam

memang tersentuh..

teringat first taklimat fakulti dulu.. tetiba.. lecturer / ketua jabatan / siapa ye.. lupa cakap.. dia perasan pelajar2 sibuk pandang dewan dengan penuh kagum.. pandang lampu, syiling.. haha.. tergelak saya.. sebab memang betul.

semoga mereka benar2 membela keluarga nanti. Amin

PUANSTOBERI said...

uhuks. mmg sedey. tingat kisah akak sendiri yg tanak smbg form 6, pastu smbg kat IPTS. mujur satu sem je sbb pastu dpt ITM (ketika itu)
Uhuks...benar, mak pak kita sanggup berkorban apa saja utk kita asalkan kita belajar dan jadi yg terbaik.
apa pun, Alhamdulillah, dpt gak buat mak n ayah tersenyum time kita amik scroll.

Err.. tetiba mcm buat entry kat blog sendiri. soriii yunk :D

Sidratul Muntaha said...

beb..biekl free?!online fb ka..ym ka..daku ade benda mahu tanya.
btw,selamat hari guru!!

zh-ena said...

selamat hari guru Ain...

sedih plak bila ain ckp bapaknya keluarkan duit yg lus0h dr p0ket..harap2 anak2 nie ingt la jasa mak bapak bila dah berjaya kan

~ain said...

irtiyah.. a'ah.. memang pun. sebab mula2 masuk tu macam jakun sikit kan tak pernah tgk seme tu.. hahaha

~ain said...

kak reen, semoga kita akan selalu menyenangkan hati emak ayah kita!

~ain said...

ayu.. done!

~ain said...

thanks ena.. semoga diorang semua tak lupa jas amak pak.. yang buang mak pak kat rumah org tetua tu mmg gila aaaaa..

ArELeEz said...

anak2.. please jgn hampakan harapan menggunung ibu & ayah.. ;)

~ain said...

leez.. semoga anak-anak mengenang jasa!