Pembaca Blog Ini...

Monday, June 6, 2011

Jaga Diri

Minggu lepas, masuk office hari Rabu.
Hari Ahad-Selasa cuti.
Masuk je office, orang semua duk kecoh pasal perkara tak sedap nak didengar.
Entahlah.. Nak cakap macam mana pun tak tahu.
Bagi saya, anak-anak murid saya bagaikan anak-anak saya.
Apa-apa terjadi pada mereka, memang tipulah kalau saya cakap saya tak ambil peduli.
Saya sangat ambil peduli.


Kalau dalam kolej, kat kawasan asrama bolehlah kita nak pantau.
Itupun kadang-kadang tak terkawal.
Tapi, kalau terjadi di luar masa jagaan kita.
Bukan kita duk perhati 24 jam semua pelajar kan?


Bila dah jadi kes, semua duk salahkan institusi.


"Anak si Polan, masuk kolej ABC teruk jadinya."


"Anak si Dotdot, masuk U*** rosak akhlak."


Kita, sebagai orang yang terlibat secara langsung
dengan institusi memang ada tanggungjawab berat
untuk mendidik pelajar-pelajar.
Tapi, kalau pelajar-pelajar tidak menjadi seperti diharapkan,
adalah tidak patut menyalahkan institusi semata-mata.
Peranan ibu bapa bagaimana pula?


Ada juga ibubapa yang pasrah,
"Kalau tak pandai pun tak apalah.
Asalkan jadi orang dah cukup bersyukur.
Zaman sekarang ni, susah nak didik anak."


Macam-macam kes budak sekarang ni.
Kalau yang baik-baik belaka, tidak lah perlu dirisaukan.
Tapi, semua yang tak baik je berlaku.


Risau..
Apalah nak jadi?
Nak salahkan siapa?
Apa punca?
Apa jalan penyelesaian?


Anak itulah penawar.
Anak itulah juga bakal menjadi racun kalau silap gaya.
Anak itu nikmat, anak itu juga bala
kalau ibu bapa tidak beri didikan agama yang secukupnya pada mereka.


Tanggungjawab ibu bapa zaman sekarang ni, makin meruncing.
Dahulu, anak-anak memang 100% bawah didikan kita.
Sekarang, anasir-anasir luar bagaikan sudah memonopoli tugas mendidik anak-anak.


"Anak-anak, jaga diri. Jaga diri. Jangan sampai ternoda, dinodaidan menodai... Jaga diri."
Oh, entah macam mana lagi nak pesan? Sendiri mau ingatlah....


[Semoga anak-anak kita menjadi seperti apa yang kita harapkan....] ~amin


2 comments:

ArELeEz said...

t/jwb besor. harap anak2 jugak paham. nobody's perfect even parents kita. tp, p'hijrahan buleh dibuat kan...

~ain said...

leez.. betul!