Pembaca Blog Ini...

Thursday, July 7, 2011

Menarik Perhatian

Khamis minggu lepas (sehari sebelum bertolak ke Penang)
saya didatangi oleh dua orang wanita.
Masa tu baru balik kerja.
Oleh kerana balik awal, kitorang gi kerja satu kereta sahaja.
Masa cik abang nak tutup pintu pagar,
dua orang perempuan tu duk berhentikan kereta depan pintu pagar.


Saya macam pelik laaa..
Icah kata, "Along, kawan ko ke?"
Ish.. bukanlah.


Perempuan2 tu duduk dalam kereta,
sambil tangan duk ayun-ayun. (panggil saya lah).


Cik abang yang tengah tutup pintu pagar pun tanyalah kan kat perempuan tu nak apa?


Perempuan tu, boleh tak nak cakap dengan cik abang.
Dia terus cakap, "Nak cakap ngan akak tu (saya) .."


Kira macam kurang ajar lah jugak..
Kita tak kenal dia.
Tetiba datang rumah orang, tak turun kereta ke apa..
Nak kita pulak pi kat kereta dia..


Saya pun pergi laaaa dekat kereta dia.


"Kak.. akak tempah kat mana grill corak gitu?"


Saya blur..
Boleh pulak dia berhenti semata-mata nak tanya pasal grill rumah aku..
Tapi, saya still jawab laaa..
"Kat pakcik depan klinik kesihatan tu."


"Kenapa hari tu kita tanya pakcik tu, dia cakap dia tak buat?"
Nada macam nak marah.
Macam aku pulak yang tak nak buat grill macam tu untuk dia..


"Entahlah pulak. Saya tak tahulah kalau pakcik tu tak nak buat lagi pattern macam ni.."


"Bagitau macam mana kat pakcik tu nak buat grill gini?"
Serius intonasi macam kurang ajar.
Tapi, saya memang jarang nak layan orang kurang ajar.
So, saya diamkan aje laaa..


"Print gambar dari Internet. Lepas tu tunjuk kat pakcik tu.. Lukis-lukislah sikit..."


"Berapa semua harga pakcik tu charge?"


"RM1200.."


"Oh sama je.. Kenapa dia tak nak buat pattern gitu dah?"


"Mana lah saya tahu. Ko pi tanya kat pakcik tu la sendiri.."
~ayat saya macam dah nak berapi dah tu.. heheheh


"Oklah, kak.. Terima kasih."





9 comments:

Sidratul Muntaha said...

astagfirullah..
aku rasa sbb dia kurang ajo mcm tu ler kot pakcik tu mmg takmo buatkan...
#dtg rumah org,tak bgi salam,tak turun keta pastu selamba je tanya mcm2...

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ppuan tu just bercakap dr dlm kete dia je ke? huhuhuhu. mmg la

Zura Tahir said...

semata2 nk tanye grill je..hhe..

zh-ena said...

tanya la baik2 kita
sejuk skit hati kita nak jwb dgn seikhlas mungkin

manusia 0h manusia

~ain said...

ayu.. tidak ada budi bahasa tu. Aku nyampah betul!

~ain said...

JOY.. a'ah.. mmg gitu je..

~ain said...

zura.. gigh mereka berdua itu!

~ain said...

ena.. sangat betul!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

nak merase makan sup selipar kot pompuan2 tuh! huh! leez plak yg emo, ha..!