Pembaca Blog Ini...

Thursday, July 28, 2011

Selamat Berpuasa!

Hari ini hari Khamis. Hari yang selalu dinanti-nantikan setiap minggu. Sekejap je dah hari Khamis. Maklumlah.. Tengah busy kelas dah mula sekarang. Jadual semakin teratur dan ok. Alhamdulillah.


Hari ini terbangun lambat. Lambat sikit laaa.. Biasalaaa.. Saya suruh dia bangun dulu, dia suruh saya bangun dulu. Kesudahnya.... Sendiri aaaaa jawab. Dia bangun dulu. Lepas tu mandi lama. Mengalahkan anak dara. Memang! Laki ahkak mandi lama. Tah apa dibeleknya. Saya boleh settle semua urusan persiapan ke pejabat dalam masa 15 minit. (plus 10 minit kalau tak iron baju lagi). Selalunya kalau nak pi sarapan sekali, saya akan melangok atas sofa (tunggu dia bersiap) dekat-dekat setengah jam. Hahaha.. Pelik tapi benar. Saya memang bersiap cepat daripada dia walaupun saya ada bibir nak kena calit gincu. hahahah. Tapi, kalau hari cuti.. Boleh pulak dia bangun awal pukul 10 dah tercongok tengok tv. Sabooo je laa.. =)


Ok, sesi mengumpat laki sendiri sudah tamat.
[Ampun, bang! Ampun....]


Selamat berhujung minggu ye, korang!


Isnin ni dah start puasa tau!
Jangan pulak ada yang tersinggah kedai sarapan pulak.
Wahahaha




[Nota: Selamat berpuasa, semua!]


8 comments:

Nurhayati said...

selamat berpuasa jua ain!

PUANSTOBERI said...

slmt berpuasa utk Ain jugak :>

Sidratul Muntaha said...

happy ramadhan ain..
mana salah silap tu harap diampun dan dimaafkan yer..

~ain said...

yati & kak reen.. Selamat berpuasa! hehe

ayu.. sama-sama lah kita!

Zura said...

selamat berpuasa ain...

~ain said...

zura.. selamat.. selamat.. dah empat hari dah.. hhee

zh-ena said...

selamat berpuasa utk ain dan hubby

~ain said...

ena.. thanks.. untuk ena dan suami juga.. umairah dan umar tak kira sbb tak posa.. ahhahhaaa