Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 18, 2011

Bangga jadi anak Malaysia katanya...

Minggu lepas kat TV ada tunjuk fasal Safee Sali pi saringan pemilihan nak bermain dengan Kelab Inggeris. Apatah nama kelab tu.. Cardiff City kalau tak silap. Walaupun belum tentu diterima bermain untuk kelab tersebut, tapi peluang dah ada sekurang-kurangnya kan?


Buat pertama kalinya, anak Malaysia berjaya pergi sejauh itu kan? So, memang berbangga laaaa seposen dua. Semoga beliau berjaya membawa nama Malaysia dengan sebaik-baiknya!


Semangat tak hengat laaaaa, snap Safee dalam TV!
kehkehkeh


Cakap fasal berbangga jadi rakyat Malaysia ni kan... Tergerak hati nak komen sikit. Orang sekarang (terutama remaja) sibuk duk jerit "SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA" berulang kali. Terutama sekali, sempena bulan merdeka dan hari Malaysia ni.. Iklan kat TV sibuk war-warkan 1 Malaysia bagai.... Lagu-lagu patriotik sana sini kedengaran. "Saaaaayaaa anak Malaysia.. Sayaaaaa anak Malaysia..." Nak cari durian untuk nenek bagai.. (ahahaha.. dalam lagu tu laaa)


Saya juga, sebagai rakyat yang 'menumpang' di bumi Malaysia ini bersyukur dengan nikmat dan rahmat kekayaan dan kemakmuran yang dikecapi di negara ini. Tapi, cukup ke kebanggaan kepada negara itu terucap dalam lagu sahaja?


Sampai bila mahu berbangga hanya di mulut sahaja? Melompat sakan sambil menjerit, "SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA" sambil cium-cium bendera. Sedangkan, tingkah laku yang kebanyakan orang Malaysia (yang sangat BANGGA dengan negara sendiri itu kononnya) diamalkan langsung tak berciri kan Malaysia. Tengok pakaian je dah cukup. Sibuk tiru gaya k-pop bagai. Aku lemah betul.. Ada pula M-pop ke apa kebendatah.. Cepat sangat mengikut benda-benda pelik tu. Orang sana tak de pun nak ikut budaya kita. Kita je yang duk terhegeh-hegeh.. Kita memang perlu ambil tahu tentang apa yang berlaku di luar negara. Tapi, bukan semua perkara kita kena bawa balik dan tiru... kan? Sangat mengelikan jiwa. Tak seswai tau!


Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah berikan petunjuk kepada kami untuk melalui jalan lurus-MU ya Rabbi...


Belum cerita fasal malam semalam lagi. Fasal konsert malam tadi (cari sendiri laaa konsert apa) Tah apa bendalaaaa yang diaorang ni nak buktikan. Sekali lagi duk ketengahkan fasal 1 Malaysia. Tapi, terang-terang berhibur cara yang macam tu langsung tak nampak ciri kebudayaan negara kita. Tah dari negara mana dikutip budaya merepek macam tu. Melalak-lalak.. Memekak-mekak.. Terkinja-kinja... Adakah menghayati konsep 1 Malaysia cukup hanya berhibur dengan kinjaan pengunjung yang berbilang kaum, pengacara yang pelbagai bangsa? (Paling tak tahan, pengacara Melayu yang berbahasa Melayu sorang tu je lah pun. Itupun, dah ala-ala ibu-ibu bapak-bapak dah...)


Maaflah! Saya memang 'bukan remaja' yang konvensional. Yang itu tak boleh ini tak boleh... Dah kalau semua orang nak berhibur.. Nak jadi penghibur.. Siapa nak jadi cikgu.. arkitek.. doktor.. pensyarah.. polis.. askar...? (Mungkin ada. Tapi, semua nya kualiti dah tinggal 50% je.. Lagi 50% reject) Kesudahnya? Apa jadi pada negara yang kita banggakan ini? Hai... perkara simple macam ni pun tak boleh fikir? Mana pemimpin kita yang sepatutnya lebih arif dengan perkara macam ni? Jadi penyumbang terbesar untuk konsert tersebut kah? Peranan kita sebagai masyarakat pula? Peranana ibu bapa pula bagaimana? Macam mana?


Ini bukan kritikan berbaur politik ya! Ini adalah pandangan bebas saya sebagai ahli masyarakat. Saya sokong dan setuju kemakmuran adalah hasil dari perpaduan kaum di Malaysia. Yang itu betul! Sangat setuju! Ini bukan untuk salahkan sesiapa. Saya minta kita semua (yang membaca) duduk sejenak dan berfikir. Ke mana arah tuju kita rakyat Malaysia? Sambil mulut duk nyanyi "saya... anak Malaysia...." Sambil tu jugak duk asyik sangat meniru benda-benda tak pekdah tu? Nak ke mana kita ni sebenarnya?


Sedar atau tidak... Negara kita semakin 'sakit tenat' sekarang... Terlalu banyak budaya 'busuk' 'teruk' 'tempang' 'cacat'yang sudah menular di kalangan kita. Kita dapat lihat dari cara remaja kita berpakaian, cara mereka bercakap sesama sendiri, cara mereka berbual dengan orang yang lebih tua dan cara mereka bawa diri sehari-hari... Lebih sedih, kadang-kadang bukan di kalangan remaja je. Orang tua kertu pun masih tak sedar diri duk terkinja-kinja lagi..


Entahlah, kan...... Tapi, apa yang PENTING... Kita kena buat sesuatu.
Kalau tidak, akan tiba satu hari nanti di mana kita sendiri
malu dah nak bangga dengan negara kita ini.


[Huh.. serius sangat ke?]


4 comments:

puanstoberi said...

btul.btul sesgt Ain.
Kekda setuju sgt komen Ain pasal Konsert tu. Akak pun nak wat entry pasal tu gak jap lagi kalo rajin. Huhu :D

~ain said...

Kan, kak!!! Sedih menengoknya....

zh-ena said...

setuju sangat la
apa la salahnya sambut 1 malaysia hari tu ramai-ramai buat solat hajat kan ker bagus tu

~ain said...

ena... kalau tak pun, tak yahlah terloncat2 atas pentas gitu.. tak de motip langsung.. hahah