Pembaca Blog Ini...

Saturday, September 17, 2011

Botok-botok Ikan

Hari tu masa pergi merisik kat Batu Pahat,
tuan rumah hidangkan botok-botok ikan.
Kitorang pun ala-ala jakun.
Emak siap tanya resepi...


Saya rasa macam sedap pulak botok-botok ikan ni.
Terus laaaa pasang telinga cara-cara nak buat dia.
Masa kat rumah abah (pak mertua),
siap suh cik abang amikkan daun pisang sebab nak try resepi ni...


Bila abah tanya, "Nak masak apa pakai daun pisang?"
Terus mengada-ngada tersengih-sengih.
Kang kalau bagitau kang, kena hantar sikit ke rumah dia...
Bukan tak mau hantar, tapi ye laaaaaaaaa..
Inikan baru proses percubaan resepi.
Kalau sedap, baru boleh hantar.
Kalau tak sedap, harap maklum sahaja laaaaa kan?


Kalau nak ikutkan resepi asalnya,
macam-macam jenis daun ulam / herba duk bawah dia.
tapi, mana laaaa saya nak cari daun herba bagai tu semua.
Ada pucuk ubi je. Maka, saya pun belasah je laaa...


Rempah dia macam nak masak kari je.
Cuma, tambah kerisik sikit.
Kisar dengan air minima, lumur... lepas tu bungkus...
Orang pakai lidi pencungkil gigi tu.
Saya nak senang, belasah je pakai stepler..
Wahahahahhahahahaha...


Jadi jugak!
Steam kan sampai ikan masak.



Lepas tu, makanlah sampai tinggal tulang..


4 comments:

Tihara said...

wahh..cam best jer ni :)

~ain said...

best je kak.. sedap dan simple...

zh-ena said...

hah sedap la tu sampai tinggal tulang jea

~ain said...

ena.. ni masakan orang jawa kan? cuba tanya hubby ena.. hahaha

[teringat masa kat rumah ena tu. masa kita duk cakap pasal org kampung melaka. bila ena tanya hubby ena, boleh dia jawab, "aku tak tahu. aku orang jawa..."] ~ kitorang dalam kete gelak tak hengat bila cite2 balik.. hahahahahhahaha