Pembaca Blog Ini...

Saturday, October 8, 2011

501 vs 510

Hahahah.. sekarang saya kat KB. Nak balik dah kejap lagi.


Semalam sampai sini pukul 2 lebeh gitu laaa..
Lepas tu, pi check in.
Orang kaunter tu kata, "Ok... nah kunci bilik."


Kami pun naik laaa..
Dengan selamba saya cakap kat cik abang,
"Bang.. nombor 501."


Cik abang pun pi lah cari bilik. Saya ikut bont*t dia aje..

Kebetulan, bilik 501 tu terbuka pulak pintu.
Lepas housekeeping kot.
Kitorang pun dengan yakin masuk lah biilk itu.
Tutup pintu. Baring-baring.
Lepas solat Zuhur + Asar, dalam pukul 3 tu, kitorang keluar lah.
Perut lapar. Tak makan tengahari lagi.
Kami pun tutup lah bilik 501 itu dengan yakin dan
meninggalkan barang-barang kami dalam bilik tersebut.


Lepas berjimba, makan dan shopping ringkas kat Tesco KB...
Kami balik hotel. Plannya, lepas ni nak rehat-rehat.
Lepas Isyak nak keluar lagi p Wakaf Che Yeh...


Sampai hotel, pi bilik 501.


"Eh, tak leh buka pulak pintu ni!"


Sekali, terpandang kat kunci tu.


"Hei, abang.. 510 laaaaaa.. Bukan 501!"


Apa lagi!! Bergegas kita ke kaunter bagitau orang kat situ.
Ada dua orang jaga masa tu. Sorang budak perempuan muda, sorang lagi pakcik ...
Saya cerita kat budak perempuan tu apa telah terjadi.
Pakcik tu macam marah laaaa bila saya cakap silap bilik...
Dia buat muka. Hahaha


Saya pedulik apa. Saya pelanggan.
Walaupun saya salah, saya tetap ada hak dilayan dengan baik, kan?
Saya lecturer management, ok!
Tetiba ada nak berlagak pulak kat sini. Hahahah
Kang kena panah petir baru tau.


Tak... tak.. Saya bukan nak berlagak ngan korang.
Saya nak berlagak ngan pakcik kaunter tu sebenarnya sebab dia ........huh....
Tak terkeluar pulak kata-kata itu.


Hei... saya mengaku salah, kan?
Memang salah saya sebab tak tengok nombor tu betul-betul.


Lepas tu, pakcik tu tanya dengan nada
dan mimik muda hahahahahha (tak mau cakap kat sini).
Dia marah kot, sebab bilik 501 tu bilik Executive.
Kitorang book untuk Deluxe je.
So, dia tanya dengan nada tah apa-apa, "Habis tu, dah gunalah bilik tu?"
Saya jawablah, "Guna toilet dan sejadah je."


Bilik Executive tu special laaa sikit kan dari Deluxe.
Ada peti ais yang penuh dengan air dan jajan-jajan.
Ada balcony. Ada bla bla bla...
Tapi, kitorang tak sempat pun nak guna apa-apa selain yang saya tulis tu.


Then, budak perempuan yang sorang lagi tu, terus macam nak blah dari pakcik tua tu. "Takpelah, biar saya naik tengok bilik. Jom, kak.."


Kitorang ikut budak pompuan tu naik. Buka bilik 501, ambil barang kita.
Budak tu bawa kitorang pi bilik 510, bilik Deluxe yang sepatutnya kitorang duduk.


"Ok, terima kasihlah ye dik!"


Budak tu pun senyum dan angguk-angguk je. Sangat bagus.
Itulah cara layan pelanggan kan.
Tah apa-apa tah pakcik tu nak marah-marah.


Lepas balik Wakaf Che Yeh tu pulak,
saya pi singgah kaunter tu sebab nak tanya password wifi.
Dengan baju basah nya (sebab hujan) saya pun pergi laaa kaunter.
Sekali saya tengok pakcik tua tu jaga laaaaaa pulak.
Tapi, pedulik apa saya kan?


Saya pun tanya gini,
"Assalamualaikum (saya memang bagi salam tau.
Manalah tau, kot kot pakcik tu boleh cakap elok-elok sebab saya bagi salam kan).
Saya nak tumpang tanya. Tingkat 5 ada wifi tak?"


Dengan muka kerek merek, dia jawab.."Semua level pun ada wifi."
Hahaha....
memang pakcik ni cari pasal laaaa..
Aku sabar je kot sebab ko tua.
Maklumlah, budi bahasa budaya kita kan?


"Boleh saya nak password?"
~Saya expect dia akan keluarkan kertas kecil dan tuliskan password dan beri pada saya.
Sebab password dia susah juga nak ingat.
Sekali, dia sebut je..
Saya pulak kena tanya, "Huruf kecil? Sambung terus?"


Dia angguk dengan ekpresi muka yang alahai pakcik..... Pelissssss laaa!


Dalam lift, terkial-kial saya duk ulang-ulang password tu takut lupa.
Nasib baik tingkat 5 je.
Kalau lupa, memang taklah aku nak turun pi tanya orang tua tu lagi.
Memang kena tunggu langit terhempas ke bumi laaaa!
Hahahahah


Tapi, saya tak takut pun sebab
suami saya lagi besar dan gagah dari pakcik tu. hahahah
(memang takde kena mengena dengan cerita ini)


Sekian sahaja.


[Nota: Takde gambar, sebab handphone saya kamera dia rosak. Ngek betul!]


8 comments:

Tie HT said...

aiyakk..lugi laa tarak gambar mao tengok2..

pakcik tu pak guard ek..
nape ek..pak guard or mak guard selalu kerek..kalo muka kita mcam penyamun tu lain la..ni muka cun2 layan org mcm sengal jer..

akk masih geram dgn pak n makguard kt hospital..temerloh n kuantan..
akk nk bawak mak buat rawatan kemoterapi...diorang melambat2 kan situasi dah laa mak letih kan..sakit..aku mmg geram betui laa..masa kt kuantan ritu, akk tgk sniri, pak guard kena tumbuk dgn sorang mamat ni..haha, tepuk tangan akk masa tu..Tuhan tunjuk kot..akk nk tumbuk tk bleh..ade plak tukang tumbuk balas dendam..leh ke akk kata gitu..panjang gile komen ni..

akk denga ain cite ni pn dh rasa nk belasah je org tua kat hotel tu..tp kita ni respek lg kt org..org je wat cacai

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

tgk darik tajuk..igt perbezaan levis 501 dgn 510 ;)....pakcik tu encik manager hotel ke? sila isi feedback form ;)

zh-ena said...

jd kesudahanya dpt tak huna internet mana la tahu n d way nak ke bilik tersandung karpet terus hilang ingatan password tu hehehehhehe

~ain said...

kak tihara.. pakcik tu mungkin ketua kot kat situ. hehehe sbb tu kerek dia terlebih! hahaha

~ain said...

joy.. levis pulak? heheh.. dah isi dah. padan muka pak cik tu. Lain kali makan gula byk2 biar muka manis sikit...

~ain said...

ena.. nasib baik ingat. entri ni dipublish guna internet hotel tu laa.. hahaha

Anonymous said...

setakat lecture kolej cokia pun kecoh. alahai manusia

~ain said...

Tuan/ Puan Anon, maaflah kalau terguris dengan entri saya. Apa yang saya cuba maksudkan di sini... Sebagai lecturer management(tak kira laaa kolej cokia ke apa), saya tahu yang pelanggan memang selalu betul ..

Lagi satu perkara, cuba Tuan/ Puan anaon buat research, berapa ramai lecturer IPTA/IPTS yang tak cokia tu memulakan karier dari kolej cokia?

Alahai manusia..