Pembaca Blog Ini...

Thursday, October 6, 2011

Perancangan Esok (sambil bebel-bebel)


Esok hari Jumaat. Hari yang sangat heaven sebab hari cuti, kan? Bebas dari kekangan nak pi buh jari kat mesin 'verify... verify... please try again tu...' =D


Alah.. semua orang yang bekerja suka kan hari cuti, kan? kan? kan?


Tapi, kesian kat suri rumah sebab walaupun kerja tak payah punch in punch out tapi kerja memang sepanjang masa. Lotih beno nampaknya. Lagilah yang anak ramai tu. Kemas depan, belakang bersepah. Kemas belakang, depan bersepah.. Namun, memang amat seronok lah dapat menjadi surirumah. Dulu-dulu cita-cita saya ialah nak jadi surirumah sepenuh masa. Tapi, kalau jadi surirumah sekarang pun, apa saya nak buat kat rumah tu. Nak jaga anak pun, anak takde. Nanti kerja haku duk menambah besarkan anggota tubuh (sambil pandang atas, kira cicak, kira semut je kang)


Ok... banyak nau kemerepekan yang berlaku di sini.


Hari Jumaat saya minggu ini adalah lain sikit dari hari yang lain punya Jumaat. Cik abang ajak (atas pujukan saya) pi overnight kat Kota Bharu.. Huwahuahuahauau.. A'ah laaaa. Kota Bharu tu je pun.. Dekat benar! Tapi, jadi laaaaa kan dari tak de.. Ok lah dari terperuk kat rumah sambil layan tv Astro. Pas satu satu movie duk beli kat Astro First tu. hahahahaa.. Badan tak kena matahari, lesu..... (alasan)


Memandangkan masa pun tak banyak nak apply cuti segala bagai. Student dah nak exam, silibus kena habiskan. Plus nak kena buat extra class lagi. Cik abang pun beban tugas dah bertambah. Nak suh cuti sehari macam nak kena bunuh je rasanya.. Punyalah payah nak minta dia cuti sehari pun walaupun demam tetap pergi kerja. Hari Jumaat pun kerja kadang-kadang kalau orang office panggil. Takpelah, kerja rajin-rajin bawa balik duit banyak-banyak ye, bang! hahahaha.. Dasar mata duitan. Memang la, beb! Duit penting.. Takkan nak makan cinta je kan?


Memang percutian yang dekat sangat kali ini. Sebab banyak constraint. Tambah lagi, roadtax WUH bakal tamat tempohnya 13hb ni. Makanya, pitih pun kureng laaaa nak berjimba ramba kan. Tapi, tak kira! Nak gak berjimba sikit-sikit. Duit roadtax tu kang pepandai laaa aku korek tabung. hahahaha. Agent insurance yang kitorang biasa renew tu pun tak call pun kasitau harga. Berdobar-dobar dah ni haaaa dada den ... Harap-harap NCD abang tu, dapat bantu laaaa.. hehehehhe..


Merujuk kembali tajuk di atas (ala-ala surat rasmi pula bunyi ayatku ini), perancangan esok ialah bangun pukul 9-10 pagi. Bawa baju sepasang sorang. Gerak lah ke KB.. Nak pi jalan mana kat KB tu? Ahhhhhhhhhhh.. tak tahu! Ikut gerak hati je. Tapi, yang paling penting. Saya nak pi makan Tutti Frutti. Lantaklah nak kata kawe ni darat ke apa ke. Tapi, dah lama teringan nak makan bendalah tu. So, kalau cik abang tak bawa... Memang aku merajuk lah dua tiga hari.. hehehehe


Ok.. Ok..
Nak cite satu perkara lagi. Pasal website untuk booking hotel.
Tapi, nantilah.... entri seterusnyalah ye...

3 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

I is lagi darat ok...x pernah mkn Tutti Frutti..sebabnye? tak reti nak ode...kasihan kan..hehhehe

.imah. said...

tutti frutti? haha.
rasa sedap, harga lagi "SEDAP". xD

zh-ena said...

aper tu..mcm ice cream jea..tetiba kesegalan terserlah