Pembaca Blog Ini...

Sunday, October 9, 2011

Sabtu di Kota Bharu



Hari Sabtu (semalam) dimulakan dengan aktiviti bersarapan di café hotel. Pukul 8 pagi dah terpacak dekat café. Punya semangat nak sarapan pagi kat hotel. Kemaruk namanya. Menu tak banyak mana. Tapi, ok lah. Saya ratah ayam masak merah tu banyak gila. Hahahaha.. Lantaklah! Nasi tak makan sebab banyak lagi benda nak makan lepas ni. Makan bihun goreng je. Yang lain-lain macam sandwich, buah bla bla bla.. Macam biasa ajelah.

Saya ambil gambar. Tapi, masa ni lah kamera handphone saya rosak. Macam nak nangis je. Arghhhhhhh… duit tabung tak cukup lagi nak beli BlackBerry sebijik dua.

Lepas tu, balik bilik. Bersantai-santai sekejap. Mandi manda (macam kat sungai pulak). Pukul 11.30 check out. Terus cik abang bawa pergi Tutti Frutti seperti yang dijanjikan…

Hehehe.. Batak tak pernah makan. Saya pun belasah amik sampai kena dua puluh hengget. Dalam purse ada tujuh belas hengget. Hahaha. Nasib baik ada cik abang penyelamat bumi. =) Cik abang punya RM11 kot. Sebab dia kureng sikit makan eskrem. Saya suka perisa red velvet, vanilla dengan coklat. Yang lain-lain tu tak berapa sangat sebab masam-masam.

Saya amik boleh kata setiap perisa yang ada. Itu yang sampai kena dua puluh hengget tu. Tak terkejut pun sebab memang tahu orang cakap fasal mendalah ni mahal. Sedap memang sedap. Memang tak macam eskrem biasa. Tapi, mahal sangatlah rasanya. Sekali sekala boleh lah. Makan kena menikmati. Mahal ko! Mak Neng belum kaya, nak! Lain tahun baru saya repeat. Hahaha


Lepas makan Tutti Frutti, pi Pantai Cahaya Bulan. Buat apa? Berehat dan santai-santai. Tapi, saya mengantuk sampai tertidur pulak dalam kereta se round. Cik abang bengang je. Hahahah. Sorry lah, sayang! Malam tadi, tidur tak lena laaa… =p

Lepas tu, lapar balik. Memang asyik makan aje. Pergi makan Nasi Kukus apa tah nama dia. Ada ambil gambar, tapi apaaaaa daaaa kamera tu gila. Gambarnya hilang. Ini je yang ada. Ini percik perut ayam. Cik abang suka benoooo. Saya? Hehehe.. Tak suka!

Lepas makan, balik laaaaaaaaaa… Sampai rumah, sambung tidur! Hahaha. Seronok juga bercuti ringkas-ringkas macam ni. Tak de orang lain ikut. Tak payah tunggu orang. Tak de agenda yang sangat ketat. Ikut suka hati kita je nak buat apa.

Terima kasih, abang! Sebab bawa saya pi jalan-jalan.. =D

6 comments:

Zura Tahir said...

kire cm sate jugak lah percik perut ayam tue...

Tie HT said...

nice holiday..best2x..cuba pegi ke genting damai resort..sana dah mcm cameron highlands..ada stoberi..i plan nk gi tp tk tao ble :)

zh-ena said...

ayam percik perut ayam tu rasa apa tak pernah nampak pun kat sini

~ain said...

zura.. a'ah.. satay perut ayam.. erk..

~ain said...

kak tihara... lepas ni nak pi bukit merah lak..

~ain said...

ena.. mmg tak de kot kat sana. ain pun baru jumpa kat kelantan ..