Pembaca Blog Ini...

Sunday, October 9, 2011

Tepuk Perut


Balik dari KB, terus tidur macam ke jauh benar je KB tu.
Dekat nak Maghrib baru bangun memasing.
Saya cakap kat abang,
“Jangan makan nasi ye malam ni.
Dah banyak benar kita makan hari ni.”


Yeye aje lah….
Dah pukul 8.30 ada orang tepuk-tepuk perut sambil,
“Yang.. Yang.. Abang macam lapar!”


Satu apa tak de kat dapur.
Eh, silap! Ada lah sotong besoooo sekor dengan sawi yang ala-ala dah layu.
Ada hati ayam sikit, lebih hari tu.
Saya pun, masak lah untuk dia lauk ini..
Simple
dan senang.
Sotong goreng kunyit kata orang.

Perap sotong, hati ayam tu dengan kunyi, garam dengan mixed spices.
Lepas tu, panaskan minyak secawan.
Goreng sotong dan hati ayam tu sekejap.
Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, putih dan halia.
Masukkan sotong goreng tadi tu.
Lepas tu, taruk sayur….
Goreng sampai sayur layu.
Buh garam gula sikit. Angkat. Senang aje!


Makan dengan nasi panas-panas.
Resepi ni suka hati je tau.
Kalau nak taruk cilia pi ke, lobak ke, kacang panjang ke, belasah je..
Suka hati koranglah.
Korang yang masak.
Apa yang ada je kita campak dalam kuali.


Arggghhh.. kalah jugak!
Kena makan jugak nasi sesenduk! =D

6 comments:

Tihara said...

sedang diet tanpa nasi ke?

owh saya kalah sentiasa ..hehe :)

Zura said...

nmpak selera sotong tue ain...

zh-ena said...

sebenarnya msak campak2 nie la masakan yg plg sedap di dunia

~ain said...

kak.. kadang2 je.. sbb makan nasi selalu2 perut jadi sakit. sbb kerja kuat kot.. hehee

~ain said...

zura.. meh dtg rumah bulan 5.. musim sotong masa tu...

~ain said...

ena.. exactly. kalau kita skema sangat masa masak, mesti tak best masakan kita..