Pembaca Blog Ini...

Monday, November 14, 2011

Tanggungjawab

Saya ada seorang 'anak angkat'. Bukan anak angkat yang saya ambil dari JKM atau bayi dari orang yang tak mau anak dia. Anak angkat saya ni dah besar. Emak dan ayahnya amanahkan saya menjaga anak mereka sepanjang anak gadis mereka itu berada di sini. Belajar di sini.


Masa emak ayah dia nak balik ke kampung semula, berpuluh kali diorang pesan. Minta tolong tengok-tengokkan anak angkat saya ni. Saya dengan senang hati menerima tanggungjawab itu dengan lapang dada. Walaupun tak payah bangun malam nak bagi susu, tukar lampin semua tu... Saya menganggap tanggungjawab 'tengok-tengok' kan anak mereka itu adalah setepek atas bahu saya. Dan for sure, cik abang jadi tempat saya meminta pendapat.


Entahlah. Susah nak cerita kat sini. Mungkin orang akan anggap lain. Nak nak pulak kang ada orang yang tak tahu hujung pangkal komen yang bukan-bukan. Salah faham semakin berleluasa jugak kan. Tak kurang pula orang biadap zaman sekarang ni dah semakin bertambah. =)


Cukuplah sekadar saya katakan. Nak jaga anak seorang bukan perkara mudah. Baru seorang. Yang besar pulak tu. Kalau yang kecik baby, entah terjaga entah tidak. Saya amat kagum lah pada emak ayah yang anak sepuluh sebelas dua belas yang semua anak menjadi 'orang'.. Saya akui untuk menjadikan anak sebagai 'orang' adalah susah.


Cara nak didik anak zaman sekarang, memang mencabar. Tegur salah, tak tegur lagi lah salah. Entah apa pula yang akan jadi sepuluh dua puluh tahun akan datang? Panjatkan doa sebanyak-banyaknya. Semoga kita akan menjadi ibu ayah yang berjaya mendidik anak menjadi 'orang' di dunia dan akhirat. Itulah amanah kita yang paling besar.


Saya berfikir sendirian....
Betul lah kata orang, "Allah lebih tahu.
Dia akan berikan apa yang saya perlu, BUKAN apa yang saya mahu..."

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

beb..
hadih ko aku dah receive
thank you!!

zh-ena said...

renung-renungkan dan pikir-pikirkan la