Jika kita seorang wanita, bayangkanlah jika saya mengajak puan ke masjid untuk bersolat…. Apakah puan perlu mencari telekung? Jika ia, kenapa? Apakah puan merasakan yang pakaian puan belum cukup sempurna untuk mengadap Allah SWT? Jika benar begitu, kenapa pula kita boleh ke hulu dan ke hilir dengan pakaian tersebut?
Kenapa kita mahu menutup rambut tetapi memakai t-shirt dan berseluar ketat? Apa bezanya aurat ketika menyidai kain di halaman rumah dengan waktu pejabat? Itulah ujian Allah yang tidak kita sedari. Ia bertambah tenat kerana hampir seluruh masyarakat membenarkan perlakuan tersebut.
Petikan dari blog Prof. Dr. Muhd Kamil.
[Semoga kita bergerak menjadi muslimah yang lebih baik di masa depan. Amin Ya Allah.....]
4 comments:
telekung pakaian paling bersih suci berwarna putih..pilihan yg terbaik utk beribadah..namun dengan berbaju kurung labuh,bertudung, berstokin pun dah memadai utk bersolat..
teringin nak berhijrah ke pakaian yg lebih muslimah tp semuanya tak dapat dibuat secara drastik kan..bagus entri ni
like. :)
Amin...Insya Allah
berat tanggungjawab kita nak menutup aurat dengan sepenuhnya..kena buat dengan kerelaan hati dengan sepnuh hati
Post a Comment