Pembaca Blog Ini...

Monday, January 2, 2012

Ombak Rindu


Arghhhhh..
semalam cik abang balik awal sebab hujan lebat gila
plus hampir banjir kat laluan dia nak balik rumah.
So, dia balik sebelum kandas kat office.


Dah balik awal, dia tak tahu nak buat apa.
Dia telah 'beli' Ombak Rindu kat Astro First.
Saya tak heran sangat sebab hari tu sempat tengok kat Youtube masa kat rumah ayah.
Siap tidur berdengkuran lagi sebab boring.
Masa tu, rasa jalan cerita dia slow gila.
Mungkin sebab tak berapa dengar suara (laptop Icah speaker dah mabuk)


Bak kata Imah, memang sedihlah cerita dia.
Tapi, idaklah sampai menangis.


Saya rasa: (baru nak rasa)


1- Rumah Hariz yang Izzah duduk tu lawa gila. Villa Ombak ek nama dia?

2- Tudung si Izzah tu tak de sape ke nak tolong betulkan? Rimas...

3- Apa daaaa nangis pulak Hariz tu kat rumah Pak Dollah? Tak macho laaa..

4- Suka katil tempat Hariz baring yang nampak Izzah tengah jemur baju tu. Nampak macam nyaman je tempat dia.

5- Adegan (baca: Adegan-adegan) yang bisa buat tiang khemah terangkat, tak payah pun tak pe. Tak bagus untuk tontonan budak sekolah. Malu aku! Fikirlah cara lain! Kurangkan visual terus gitu..... Kreatif la sikit.

6- Suka kawasan laut / pantai yang ada batu-batu besar.

7- Lisa Surihani tak garang langsung. Nampak tak real dan sangat dibuat-buat.

8- OST Ombak Rindu adalah best bila Hafiz nyanyi.

9- Izzah sebut 'Mail' macam pelik je bunyinya... Pelat laa!

10- Dato Suffiyah memang macam nak minta pelempang. Ada satu babak, Hariz kata, "Ibu, u looks great!" masa kat tepi kolam renang. Great nenek dia! Tak patut betul! Apalaaaaaaaaa.....

11- 'Hantu Kak Limah' pun seksi betul, ya!


Dahlah.. Cukuplah!
Secara peribadi, saya suka jalan ceritanya.
Walaupun, takde lah suka mana sangat.
Tapi, saya tak suka adegan pelik-pelik yang tuuuuuuuuuttt..


Bak kata cik abang, "Nak buat macam mana. 'Tapis' pun dah bocor!"

3 comments:

PUANSTOBERI said...

Rasanya semorang tgk citer ni yer. Bleh la.. tp nak tgk skali lagi mmg tak la. Huhu :D

Zura said...

xrase nk tgk lah ain...sbb xsuke aaron aziz berlakon cite cinta...suke tgk dia berlakon cite aksi je..

Sidratul Muntaha said...

ombak rindu kena tsunami
citer bodoh la bgi aku
4 kali aku tgk
aku mgm rimas dgn tudung maya..
adoyaii...
ngantuk!ngantuk!