Pembaca Blog Ini...

Monday, January 2, 2012

Dua Ribu Dua Belas

10 perkara berjaya kami capai sepanjang tahun 2011.

1- Diari Pengawas Sekolah diterbitkan dan diulang cetak sebanyak 3 kali sepanjang 2011.
2- Abang dapat kerja baru, di syarikat lebih baik, lebih dekat dengan rumah dengan gaji baru.
3- Pindah rumah baru, 'hutang' pun bertambah dengan automatiknya.
4- Beli TV idaman cik abang.
5- Menerima royalti yang sedikit mengecewakan. Tapi, berjaya membakar semangat.
6- Percutian keluarga di Penang.
7- Lego vs Milo diterbitkan. Alhamdulillah.
8- Setelah sekian lama, baru dapat beli Blackberry dan tab idaman hati.
9- 20/40 student saya dapat A untuk subject saya. Alhamdulillah.
10- Aween Tikitok diterbitkan.


10 harapan/ impian untuk 2012

1- Mahu lebih berbakti kepada orang tua (emak, ayah, abah)
2- Penuhkan tabung, renovate rumah di depan dan belakang.
3- Dapat royalti lebih hebat dari biasa.
4- Dua lagi karya diterbitkan (sekurang-kurangnya)
5- Nak bercuti-cuti cinta ke pulau.
6- Nak settle hutang lapuk.
7- Harap ada kenduri kahwin laaaa kat rumah saya atau rumah mertua. =)
8- Naik gaji banyak (sebab student dapat A banyak, kan?) huahuahuahahua
9- Nak rajin kemas rumah. huakhuakhuak...
10-Nak beli kereta baru (baca: nak kena belasah dengan laki aku)

_______________________________

Selamat Tahun Baru 2012 lah, semua!
Semoga kita dikurniakan rahmat dan nikmat hidup dalam Islam dan Iman,
~Amin~


[Akhirnya kita mengerti, seluruh kehidupan itu merupakan nikmat yang wajib disyukuri]
~Prof. Muhd Kamil~


1 comment:

Zura Tahir said...

hutang xboleh tinggal...mesti ade dlm agenda hidup manusia nie...hehe