Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 8, 2012

Putus Cinta


Ini cerita masa saya balik Serdang dua minggu lepas.


Saya tengok Naim (adik bongsu saya yang darjah 3 tu)
tengah online kat FB dia.
Kat laptop saya kot. Tak ingatlah.


Ada kawan dia kat FB tu post lebih kurang gini:
"ish..ish.. sedihnya!"


Saya nampak Naim komen:
"Sudahlah. Tak payah sedih lagi. Sabarlah..."


Saya selaku 'kakak sibuk' pun tanya,
"Aim... Aim tau ke? Kenapa kawan Aim tu sedih?"


Naim pun jawab, "Aim tau"
~Naim hulur jari telunjuk kiri,
telunjuk kanan dia buat macam potong telunjuk kiri tu.
Imagine
sendiri laaaa ye macamana.


Saya nampak macam gaya 'berkhatan'.
Ye lah, masa tu kan cuti sekolah lagi.
So, saya assume kawan dia tu sakit.
Sedihlah kan tengah sakit.


Saya pun cakap dengan yakin sekali,
"Oooo... kawan Aim bersunat ke?"


"Taklah.... dia putus cinta," jawab Naim.


Ya Rabbul Alamin. Astaghfirullahalazim. Tak terjangkau dek akal.
Saya tak terfikir langsung dia akan jawab gitu.
Saya tahan gelak. Terus tanya lagi,
"Satu kelas ke?"


"Taklah. Satu sekolah. Awek dia darjah 4. Dia darjah 3.."


Selamba je dia jawab.
Macam tak bersalah langsung.


Dari satu segi, yeaaaaaa memang kelakar bila budak-budak cakap gitu kan.
Tapi, dari satu sudut yang lain,
globalisasi ni semakin terserlah keterbukaan yang menerjah otak
dan fikiran budak-budak pada masa yang belum sesuai.
Faham maksud saya?
haaaa... gitulah...


Ya Allah.. selamatkanlah ahli keluargaku!


[Makan minum pun masih emak suap, ada hati nak bercinta!]

2 comments:

najwa nano said...

budak2 sekarang.kecik2 dah awek.hehehe.

Ida Rahayu Yahya said...

meh aku sunatkan meh..