Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label naim. Show all posts
Showing posts with label naim. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Hari jadi Naim

Naim lahir 8/10... Genaplah 12 tahun. Macam macam dia nak minta masa besday.
Naim oh Naim..
Selamat hari lahir. Semoga berjaya dalam hidup!





Monday, April 14, 2014

Belajar Berniaga

Saya ada kat Melaka ni. Semalam baru sampai dari Singapore. Itu nanti lah cerita. 

Hari ni kat kawasan rumah mak tu ada ceramah. Naim nak jual dadih. Mak keluarkan modal. Kita adik beradik buat dadih laju-laju. Naim dan kawan dia Adib jual. 

Kitorang mcm kesian. Tapi, Naim yang nak. Mak lagi suka. Sebab nak latih Naim tingkatkan keyakinan diri.
Saya pun tak rasa salah sebab dia suka je nak jual. Heheh....

Wednesday, April 2, 2014

Mak dah balik

Alhamdulillah..

Petang semalam mak dan adik-adik selamat sampai dari mengerjakan ibadah umrah.



Dah dua minggu Naim duduk dengan saya..
Malam tadi, ulangkaji Matematik kena marah sampai menangis.
Manjalah.. 
Anak bongsu kan..


Esok pagi nak hantar Naim balik Melaka.
Nanti mestilah Along rindu .....

Thursday, March 27, 2014

Taman Monumen

Semalam, Naim ikut pi opis pepagi. Tak ngantuk pulak dia... 
Ajak makan roti canai.
Lepas tu, duk bilik main game. Saya ada kelas 2 jam.
 Nak cuti satuhari tapi sebab ada kelas dan malas nak ganti-ganti, 
saya cuti belah petang aje lah..




Kitorang dah janji dengan dia nak bawa gi Taman Tamadun Islam.
Hari minggu ni dah sibuk. Adik ipar nak nikah. 
Minggu depan dah nak balik dah Naim ni. 
Maka, kita pun pi lah Rabu petang. 


Perkara pertama, kasi dia makan dulu.
Abesam (cik abang) belanja makan kat Tappers.
Saya order Hainan Chicken Chop. 
Huh.. tak kena dengan tekak. Tukar ngan cik abang.
Naim makan roasted chicken. 
Kemain dia suruh amik gambar muka berlagak dia 
sebab nak suruh kak Icah dengan Kak Imah tengok.. 
Tak boleh blah...


Lepas makan, terus g Taman Tamadun Islam.
Ada dua tempat menarik kat situ. 
Pertama: Taman Monumen. 
Kedua: River Cruise Terengganu. 


Kitorang masuk Taman Monumen aje.. 
Sebab dah petang. 
Sampai sana dah 4.30. Tapi, cuaca ok lah. 
Tak panas terik sangat.
Tiket masu dewasa RM20, Kanak-kanak bawah 12 tahun RM15. 
Kalau pi ramai-ramai boleh lah pilih pakej2 yang disediakan. 
Korang boleh google ya!
Nanti dapat passport dan kupon beli cenderahati kat situ. 
Passport tu nanti kalau datang lagi, dapatlah diskaun ...



Kitorang decide nak jalan kaki aje. 
Kalau korang tak larat jalan, bolehlah sewa tram ke, buggy ke, basikal ke.. 
Banyak disediakan. Korang sediakan duit ajelah. 
Kitorang fikir, kalau naik buggy ke apa ke nanti sekejap je dah habis round. 
Tak berbaloi bayar RM55 semua sekali.
Lagipun, kitorang muda lagi. Boleh je jalan kaki slow-slow. 
Kalau bawa anak kecik ke, warga emas ke... naik tram lah... 


Kena bawa air lah sebab haus lah jalan kaki. hehehe..
Cik abang belikan air sorang sebotol. 
Jalan sikit minum.. Minum.. Nasib baik toilet banyak kat dalam tu.. 





Mak betul Naim hari-hari call dari Mekah.. 
Cakap seminit dua aje. 
Itupun line tak berapa clear.


Naim dengan mak angkat dia. Mak angkat untuk 2 minggu.

 Ada orang komen, saya asyik duk belakang orang je masa amik gambar. 
Saya jawab, "Eh, suka hati akulah.. Kau sibuk kenapa?" Hahahaha
Kalau saya duk depan, kang tak nampak plak orang belakang, kan? 



Banyak lagi gambar, tapi malas nak edit. 
Korang kalau datang Terengganu, boleh lah singgah Taman Tamadun Islam ni. 
Banyak ilmu boleh dapat selain boleh beriadah bersama keluarga. 
Saya dah hampir 7 tahun duk Terengganu pun baru pertama kali masuk. 
Heheh...


Malam.. kaki pun demam. Hahah.. Tapi, sikit aje.
Kalau nak repeat boleh aje. Kena datang ramai-ramai pulak. Baru seronok!

Wednesday, March 26, 2014

Masjid Kristal

Rabu..
Cuti separuh hari.
Bawa Naim jalan-jalan.

Solat Asar di Masjid Kristal kat Pulau Wan Man. 
Esok cerita lah ye..
Sekarang kaki demam...

Monday, March 24, 2014

Ulangkaji


Saya bawa Naim datang opis..

Dia suka buat ulangkaji kat opis sebab sejuk ada econ. 


Naim... Naim... Naim...

ahahaha

Maaflah korang kalau korang bosan baca pasal Naim. 
Hadap ajelah 2 minggu ni ye.. 


Naim ni kadang2 menggeramkan. Kadang2 kelakar. 
Kadang2 comel. Kadang2 buat orang nak lempang pipi dia.. 
hahaha


Semalam saya cuti lagi. 
Temankan dia kat rumah.
Hari ni kerja. Tengahari nanti balik amik dia. 
Buat ulangkaji kat opis saya..


Sebab dia dah janji, dia tepati lah. 
Buat ulangkaji setiap hari dari jam 3 petang - 5 petang.
Tapi, semalam drag sampai 6 petang sebab buat latihan 2 set terus. 


Dia tolong buat dadih.. 


Senang nak jaga. 
Panaskan laksa, dia makan aje...
Bertambah-tambah..

Saturday, March 22, 2014

Hamat... Hamat..

Malam ni tidooo luar. Temankan si Hamat. Apa da penakut adik aku ni? Cik abang beralah lah tido dalam bilik sorang2. Jangan marah ye, abang... 

Kenapa Hamat? Dulu masa dia kecik, dia payah nak sebut Ahmad. Dia sebut Hamat Naim..

"Duduk rumah along best..." Dia bgtau kak icah dia. Mana tak best. Online dari pagi sampai ke malam. Saya suh dia stop pi mandi, solat dan makan aje. Takpelah.. Ahad nanti start ulangkaji. Icah kata kena suh belajar juga. Nanti otak dia jem sbb 2 mggu tak belajar. Ahahahaha..

Esok saya plan nak buat jamuan sikit utk student sem akhir. Dulu selalu buat. Dah lama tak buat sebab malas. Heheh.. Seronok lah panggil student makan. Naim tolong susun cawan nak buat pencuci mulut. 

Sebelum tu teman abesam (cik abang) pergi kedai. Behave sangat... Mak dah pesan kot. Jangan degil2 duk rumah along sebab along boleh bertukar jadi raksasa bila dia marah.. Hahahah

Saya kejut bangun subuh lambat sikit dia bangun. Tapi dia bangun jugak. Kalau abesam suruh, terus dia bangun buat. Hahaha.. Saya bangun lambat tadi. Dia masak maggi sendiri. Pandai.... Dia tolong jemur baju. Angkat barang shopping.

Macam yang saya pernah mention sebelum ni.. Pemergian ayah banyak memberi hikmah buat keluarga kami. Walaupun sedih dan pilu masih terasa kelukaannya. Bila kita redho, Allah akan bantu mengurangkan kesakitan itu.

Apesal ayat kau terlalu puitis, Ain? Hehehe

Ok, nak tido lah.

Bye!

 

Thursday, March 20, 2014

4.15 pagi

Ye.. Dah 4 pagi. Masih tak boleh tidur. Apa lah .. Pk pk.. Patutlah tak boleh tidur. Siang tadi kereta gerak dari rumah jam 10:30 pagi, aku bantai tidur sampailah kat Gambang 2.30 petang baru bangun. Gila.. Kesian cik abang bawa kete sambil nyanyi sorang2. Mengantuk aaaa.. Tak tahan. 

Sampai serdang kol 5 petang. Solat zuhur asar kat Masjid UPM. Terbayang2 kisah sedih. Takpelah.. Malas pk. Move on!

Emak, am dan apis tido rumah cik milah. Adik ayah sama ibu. Bapak lain2. Cik milah pun nak pergi umrah. Anak dia hantar kol 5 pagi kang ke airport. Mak kata kitorg takyah hantar sbb pagi sgt. Ahaha.. Mak paham lah liatnya anak dia nak bgn pagi. Tapi saya rasa mak taknk sedih2 sbb kan naim anak bongsu dia tak ikut. Nanti kang drama air mato plak. 

Tadi dah siap2 mkn ngan mak kat tasik. Kat warung yang penyewa rumah mak tu berniaga. Boleh tahan lah.... Dia belanja plak. Tak yah byr. Adoi. Lain kali tak pergi lagi sbb seganlah kan. Kita bukan g kedai dia sbb nak makan free. Kita nak support bizz dia. Tapi, dia plak taknak terima duit. Serba salah. Takpelah.. Semoga dia dimurahkan rezeki sekeluarga..

Lepas makan, mak terus pi rumah cik milah. 
Naim tinggal dengan saya. 
Tido hotel satu malam. Esok balik tganu.. 


Naim walaupun saya tahu dia sedih.. tapi dia mmg tabah.. Heheh
Dia asyik duk pasang katebang heli lego ni.. 
Dah siap, dia pun membutoooo... 


 

Tuesday, March 18, 2014

Jaga Naim

Malam. Pagi laaa.. Dah pukul 1 pagi. Cik abang dah lena. Saya masih duk terkebil-kebil bijik mata. Takleh nak tidur. Pusing kanan.. Kiri.. Kanan balik.. Pastu kiri.. 

Esok last kerja. Selasa. Rabu Khamis cuti. Oh, tak sabar! Kalau kerja tak cuti2 boleh bengkak kepala. Silap2 habis semua kerja tak jalan sbb stress. Lama dah tak balik Melaka. Last sekali bulan 12 tahun lepas masa kena outstation yang dua hari tu. Lama dah! Tapi, kali ni tak balik Melaka pun. Serdang aje. Tido hotel. Huhu

Mak nak berangkat (umrah) 20/3 hari Khamis. 2/4 baru balik. Ahmad Naim tinggal sorang sebab mak bawa Apis sekali. Adham jadi teman. Cik Milah (adik arwah ayah sama mak lain bapak) pun pergi. Tumpang marham Adham. Sebab cik Milah ibu tunggal, anak yatim dan anak2 blom boleh ikut. 

Imah tengah study week.. Icah baru masuk belajar. Sambung Master sambil2 jadi Research Assistant. Alhamdulillah. Semoga dia tabah harungi kehidupan baru. Anep sibuk hal dia. Maka, Naim kenalah ikut saya duduk Terengganu dua minggu sepanjang emak di tanah suci. Nasib baiklah cuti sekolah kan..

Saya agak gementar nak jaga dia. Sebab dia tak biasa sgt dgn saya. Saya memang kurang duk rumah. Dia membesar pun saya dah kawin. Tak berapa rapat. Tapi, kalau setakat nak kenakan saya.. Dia memang pakar lah.. Saya harap dia seronok duduk dengan saya. 

Saya dah pesan bawa buku ulangkaji sebab nanti dia nak UPSR. Cuti sekolah kali ni takleh p kelas tambahan sbb ikut along duduk Terengganu. Saya plan nak kosongkan jadual saya waktu petang. Tengahari saya akan balik bawa dia makan. Pastu, bawa duk opis sambil ajar dia ulangkaji. Sambil2 selesaikan kerja saya.

Mak bising dia asyik dpt 1A aje. Takpe.. Arwah ayah kata UPSR je. Bukan boleh mintak kerja pun. Heheheh.. Jangan stres. Ayah selalu pesan, study smart BUKAN study hard. Slow-slow. Petang belajar. Buat latih tubi. Malam pas Maghrib kita baca Iqra'. Haaaa.. Jangan tension, Aim! Weekend kita pi berjimba ye....

Hmmm... Saya rasa sedih juga mak nak berangkat. Tapi, mak kan nak  beribadah. Tak maulah mengada sgt, Ain! Nanti mak susah hati tak tenang pk pasal anak2. 

Saya doakan agar perjalanan emak, adik2 dan Cik Milah dirahmati Allah dan diberkatiNya. Semoga selamat pergi dan balik dengan redho Ilahi. 

Amin...

Wednesday, November 13, 2013

Tahniah Imahtun dan Naimtun..

Sekarang ni musim orang demam. Tadi teman cik abang pi klinik. Dah 3 hari demam. Dapat MC lah. harap esok lusa demamnya kebah. Cuma dia kuat lah. Tak macam saya. Kalau demam merengek aje lah kerjanya..

Hari ni senggang. Tak banyak kerja. Tanda paper, check assignment student dan key in markah. Buat rilek rilek aje.. heheh nak kena hantar 20/11/13. Lambat lagi. 

Emak call. Naim dapat no. 1. Kemain sukalah kan. Abang-abang dia berjanji nak beli helikopter yang boleh terbang tu! Haha! Habislah terbang duit korang. Saya tak janji apa-apa. Selamat... (dasar kedekut) haha.. 

Masa ayah ada dulu, kalau siapa dapat result bagus ayah ucap tahniah aje. Pastu buat muka tak mengerti. Mana ada hadiah2 bagai. Jangan berharap. Hahaha. Tapi, ayah belanja semua satu family makan-makan kat luar. Ikan besar ke.... eh, memang selalunya ikan besar je pun. ahahhaha .. Atau siapa yang dapat result tu buat pilihan lah.

(Bukan nak eksen. Cuma nak cerita) Masa diploma saya dapat 5 kali Anugerah Dekan. Kecuali sem dua setiap sem ayah belanja makan. Hahaha.. bukan sememangnya ayah yang bayarkan bila makan kat luar dulu sebab semua sekolah lagi. Mana ada pitih.. Masa saya dapat gaji pertama, ayah suh saya belanja semua makan. Ayah nak makan steak kat Kampung Baru. Ayah order makanan paling mahal kat kedai tu... Salmon apekebenda tah tak ingat! hehe.. Ambil kesempatan! Tapi, saya ok je...

Then, ayah pesan... Selagi bekerja, setiap kali gaji 10% kena kasik kat emak. Tak payah bagi ayah sebab ayah dah ada duit. Bila ayah pencen nanti, bagi je ayah duit beli mata kail. (T____T)

Ada sekali tu, ayah belanja Icah makan udang karang. Ceh, icah! Sampai hati ko kan? Makan udang tak ajak... Dah lah mahal. Ayah mampu bawa Icah je kot. Hmmm.... Rindu ayah!

Baru-baru ni, Imah dapat pointer 4.0... Emak ajak dia keluar. Beli itu ini begitu begini. ... Apesal aku nangis plak nih.. (Malas sambung!)

Dah.. Dah.. Semua kena bertabah! Bertabah! Bertabah!

Nak masuk gambar, tapi mana tah.. Hilang pulak... hehe

Ok, bai!

Thursday, October 24, 2013

Doraemon Along

Naim (adik bongsu), semakin dia besar ni semakin pandai meloyar buruk. Macam-macam perangai loyar buruk dia sekarang ni. Kitorang ni sabar ajelah. Kasik peluang dia. hahaha.. Perangai meloyar buruk ni, ada sikit kat arwah ayah. Eh, ke banyak? Hahaha.. arwah ayah memang suka meloyar buruk sikit. Pastu, suka kenakan orang. Macam ala-ala nakal lah. Ada angin-angin dia lah. Kalau dia tengah angin baik, dia meloyarlah.. Tapi, dengan anak-anak dan bini dia aje. Dengan orang lain tak de lah macam tu.
Hari tu, Icah menyakat Naim. "Naim... mak nak kawin lain. Naim nak ayah baru kan? Kesian Naim. blablablaba.."  - Tak leh teruskan ayat kat sini sebab ayat si Icah ni mengundang kesedihan yang bodoh apa pun tak boleh. hahah

Kesian kan Naim...  Umur 10 tahun dah takde ayah. Dia sedih tau tengok budak sebaya dia yang ayah dia bawa pi solat Jumaat kat masjid. Icah kata, kalau balik sembahyang Jumaat Naim mesti tengok Youtube Alang Bidara. Ada ayah buat video masa diorang pi bercuti kat Kuala Pilah dulu. DIa rindu ayah. Kami tahu. Tapi, dia sedang cuba bertabah. Takpe.. Aim kan budak busuk yang tabah!
Dia memang suka kacau orang sekarang ni. Bukan apa. Saya rasa dia ni manja. Anak bongsu. Dahlah tidur dengan mak. Hahahah.. Emak rimas. Emak beli katil super single. Jadi, tak muat Naim nak menyempit dengan mak. Dia tidur bawah. Almari baju dia semua kat bilik emak. Solat kat bilik mak. Guna toilet dalam bilik mak. Lepas tu emak bising sebab dia tahu guna je tak tahu cuci toilet. Macam-macam..

Bila saya tanya, "Aim.. sampai bila Aim nak tidur dengan mak. Aim kan dah darjah 5." Dia diam je. Pastu emak jawab, "Eh, dia nak tidur dengan mak sampai dia kawin. nanti bila dia kawin.. dia ngan bini dia tidur atas katil. Mak tidurlah kat bawah.." Then, dia buat muka kerut-kerut. HAHAHAHAH

Hari tu masa saya balik cuti raya Haji, dia makan jambu batu yang cicah asam tu. Sekali tu, gigi dia patah. Adui..... Saya pun tulis kat white board dapur mak. Kat dapur mak ada satu whiteboard yang kalau mak nak kena beli barang apa-apa mak akan tulis situ. Untuk elakkan lupa. Kitorang (saya) kalau nak makan apa-apa nak suruh mak masakkan, tulis je kat situ. Nanti mak baca, kalau sempat mak buat lah. hahahha

Saya tulis tarikh 13/10/13 - Naim patah gigi sebab makan buah jambu batu cicah asam. 

Niat saya bukan lah nak ejek dia ke apa. Saja je nak menyakat. Dia kan loyar buruk. Banyak dah dia kenakan saya. Jadi, ubat untuk orang loyar buruk, kita sakat lah dia kan... Dia ni pulak, kalau sakat dia... dia bukan nak tension pun. Dia buat muka tak layan je. Paling tidak dia geleng2 kepala sambil juih bibir .. Pastu dia blah.. Hahaha.. Geram aku budak ni!

Sekali, dia balas. Lukis Doraemon sebesar alam. Ahahaha... Nak tergelak aku. Dah tergelak dah pun. Tetiba je Doraemon jadi mangsa. Hahahah.. Aim, jangan nak cakap Along gemuk macam Doraemon ye sebab Aim pun sama gemuk macam adik Doraemon tuh. Hahahaha
 

Tak de keje. 
Dah tua-tua pun nak cari pasal dengan budak sekolah rendah....
 Dia ni kerja tengok kartun aje. Hari tu, dia main PS2 kat tv. Haaaaaaaaaaa! saya mengamuk lah. Sebal kot asyik main game. Nak tengok TV tak boleh. Sekali tu, emak amik TV lama tu jadikan TV khas untuk dia main PS2. Hari minggu je boleh main. Hari sekolah no.. no... no...
Gambar kat bawah ni, dia tengah layan kartun. Imah suruh dia tolong angkat baju kat ampaian tapi dia buat tak tahu aje. Sekali, Imah picit pipi dia. Haaaaaaaaaaaaaaa... baru tau!



Saya doakan Aim jadi anak yang baik untuk emak dan arwah ayah. 
Selalu doakan ayah dan emak. paling tidak pun, boleh tolong Along jaga emak.... 
Jangan asyik nak meloyar buruk aje ngan emak, ya!


Ok, saya tengah rindu Naim. 
heheh

Friday, June 28, 2013

PHD Masjid Tanah

Rabu, bawa Naim dan Hafiz jalan-jalan. Sebenarnya, nak pi Leno sebab emak kirim barang. Tetiba terus terjadi ahli. Lepas tu terbeli macam-macam barang sebab barang Leno ni murah-murah, kan? hahahha Memang pantang tengok barang murah. Tapi, perlu ke pi beli semua? Cik abang geleng kepala aje.... Sabar jelah ye sayang..


Nak belanja diorang makan KFC sebab Naim kata lama dah dia tak makan KFC. Ok. Jom! Malang sekali, KFC kat Masjid Tanah tengah renovate. Tutup. Kesian. Nampak sangat diorang frust. Cik abang tanya Naim mana lagi ada KFC. Dia cakap Alor Gajah. Alahai....


Naim nak balik sebelum pukul  4 sebab nak buat kerja sekolah. Kang cikgu dia sebat. ahahah. Kalau pi Alor Gajah, memang lah tak sempat. Cik abang ajak makan Pizza Hut aje. Tapi, kat Masjid Tanah tak de Pizza Hut. Ada Pizza Hut Delivery aje. Belasah lah.... 


Naim sibuk nak Chicken Paperoni. Saya selalu order Hawaian Chicken. Takpelah. Kasi can adik-adiklah. Pizza Hut Delivery ni kelakar tau. Sebab bukan untuk makan situ, so tak banyak menu. Air pun takde ais. Ceh... Belasah! 


Order dua large pizza. Satu lagi Spicy Tuna kot. Dah lupa. Dua keping bawa balik untuk emak. Sampai rumah, Naim belasah yang mak punya sekeping. Sabar jelah...



Naim suka buat muka macam tu. Muka cover!


Hati saya rasa gembira bila dapat tunaikan hasrat adik-adik. 
Tapi, tak semua benda boleh dapat.
Nanti mua dan ngada-ngada sangat. 
Silap-silap, kena marah aje kang.. 


hahaha

Monday, June 10, 2013

Naim Naimah

Naim Naimah.. 
Nama dah macam kembar. 
Padahal tidaklah kembar sebenarnya. 
Sorang lahir 1995. Sorang lagi lahir tahun 2002. 
Bongsu lelaki. Bongsu perempuan.... 


Naimah. Anak 2nd last (bongsu perempuan). Tak ngada-ngada sangat walaupun dia bongsu tak jadi. Masa arwah ayah ada, dia ngada sikit sebab anak kesayangan ayah. Ye, ayah memang saya semua anak tapi saya tahu Imah ni dia sayang lebih. Bongsu... tak jadi..


Minggu lepas mula orientasi kat UiTM Lendu. Saya memang doa selalu agar dia dapat sambung belajar dekat-dekat aje. Sebab mak kan takleh nak drive jauh hantar dia masuk universiti. Syukur.. dapat kat kampus Lendu aje. 20 minit dari rumah. Tapi, still kena duduk asrama sebab dia budak lagi. ahahhaha



Saya memang risau bila dia start orientasi. Saya tahu keturunan kami (waaaaaaaaa.. ayat!) memang takkan menyukai aktiviti yang padat macam minggu orientasi. Saya bimbang dia nanges nanges nak balik. Atau lebih teruk, nanges nak quick! Lepas tu, emak pun lembut hati bawa balik. No.... Big no! Nanges tetap nanges.. Belajar tetap kena terus... Macam saya, setiap kali masuk  belajar ke, dapat kerja ke mesti nanges sebab saya memang cembeng. Tapi, emak ayah tetap hantar jugak. hehe...


Tapi, alhamdulillah. Berjaya juga dia lalui minggu orientasi tu dengan baik sekali walaupun macam-macam dia berungut kat twitter.. hahaha.. Semoga terus sukses ya..... Jangan lemah!


(Naimah)

 

Naim pulak.. Duduk rumah aje ah teman emak. Bila Imah dah masuk belajar, kat rumah ada emak.. Naim dengan Hafiz. Hafiz dengan hal dia laaaa. Melawat kawasan. Naim pulak sibuk dengan haiwan kesayangan. Masa ayah ada dulu, banyak gila kucing kat rumah. Berjemaah mereka memelihara kucing. Bila kucing berak merata, kelam kabut masing-masing cuci cepat cepat. Takut emak marah. hahahaha


Kat Instagram asyik post gambar kucing dia aje.. Ada sekali tu dia bebel-bebel marah kucing dia makan kepala ikan bilis. Saya cakap, "Biarlah.. Mak dah nak buang pun kepala ikan bilis tu." Dia balas, "Eh.. tak boleh makan kepala ikan. Aim tak nak kucing Aim bebal!" Adoi....


Saya pernah menjerit kat kucing dia sebab naik atas meja makan. Saya terkejut sebenarnya. Naim pun laju gila dia pi selamatkan kucing dia sebab dia tak nak saya sepak kucing dia.. hahhahaa.. "Came on, Aim... Along is not that kejam.. Ok!"




Sekarang Aim sunyilah sebab kakak-kakak, abang-abang tak de. Kalau balik ramai ramai, habislah dia pow semua orang. Tapi, along dia tak pow lah. tak berani. Abesam (cik abang) lah jadi mangsa.




Sekali fikir, memang pemergian ayah bawa banyak hikmah buat kami adik -beradik. Walaupun kesedihan memang tak dapat disembunyikan... Walaupun kami kehilangan yang amat sangat... Walaupun kami terutamanya adik-adik yang bongsu-bongsu ini masih perlukan ayah... Tapi, semua yang berlaku memang ada banyak hikmah.. Antaranya, kita adik-beradik jadi lebih kuat. Lebih rapat dan lebih menyokong antara satu sama lain.

Kita redholah atas semua yang Allah telah takdirkan untuk keluarga kita... Ayah dah tak bersama kami tapi kasih sayang ayah selalu dalam hati kami. Jadi kenang-kenangan sampai bila-bila.. Kita semua pun akan mati. Cuma, tak tahu bila. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu harungi ujian itu. Allah Maha Tahu. 


Adik-adik, semoga korang berjaya dalam hidup! 
Biar gembeng di luar, tapi... kuat di dalam! 
Boleh?




Saturday, May 18, 2013

ATV Pantai Batu Buruk



Friday, May 17, 2013

Muzium Negeri Terengganu












Monday, March 25, 2013

Muzium Kapal Selam

 17/3/2013 (Ahad)

Lepas sibuk kenduri kahwin, semua orang tengah letih.
Saya dah teeeeeeeeeeeerjanji dengan Naim.
Nak bawa dia pi muzium kapal selam kat Pantai Klebang tu.
Arghhh... saya dah bayangkan kepanasan yang akan melanda.
Melaka kan memang panas sikit. 
So, memang saya tak tahan.


Tapi, sebab dah terjanji kan.
Nak tido balik lepas cuci tong nasi yang berlambak pon payah. 
Kejap kejap dia datang, "Along! Dah boleh siap-siap ke?"
"Along! Pukul berapa nak pergi muzium?"
"Along... jadi pergi tak hari ni?"
hahaha


Maka, cik abang ajak dia kutip sampah kat laman.
Lepas kenduri sampah banyak gila bersepah-sepah.
Lepas tu, suruh dia rehat kejap. 
Habis licin diorang berdua kutip sampah.
Uncle cakap, "Ada menantu baru, menantu lama jugak paling rajin."
Hahaha.. Kembang kempis cik abangku itu. 
Dia memang rajin mengemas. Ala-ala Cinderella.. (ampun, bang!)


Selesai semua kerja, cik abang pi gunting rambut plak.. Hahahah
Gila stress Naim menunggu nak pi muzium..


Akhirnya, sampai jugak hajat dia nak menjejakkan kaki ke Muzium Kapal Selam.
Sejak berbulan-bulan dia duk ajak abang kakak dia bawa dia pergi.
Tahlah.. Dia happy sangat dapat pergi muzium.



Tak ada apa sangat pun muzium ni.
Mungkin sebab baru buka kot. 
Masuk dewasa kena bayar RM1. 
Bawah 12 tahun kena bayar 50 sen.
Kitorang dah siap acah Naim, "Dewasa kena bayar RM100. Kanak-kanak RM50"
Dia jawab, "Aim ada duit laaaa!" ~ berlagak!


 


Bulan 4 nanti, lepas pi Pulau Perhentian dia dah siap sedia.
Ajak kitorang bawa dia pi Muzium Terengganu dengan Taman Tamadun Islam.

"Aim, dewasa RM200. Kanak-kanak RM150. Sediakan duit!"

Dia jawab, "Sempat lagi Aim kumpul duit!"

hahaha

Monday, December 31, 2012

Aku, Dia, Mereka dan Ais


Nak luahkan perasaan ni.. Hari ni kerjalah macam biasa. Takde kelas tapi, duk menanda kertas exam banyak gila nak mamps.. Sampai tersengguk-sengguk dah ni..


Masa makan pagi tadi, ada lori ais lalu depan kedai.
Cik abang perli saya, "Yang , itu kan lori kilang Sayang tu?"


Hari tu, dia marah saya asyik minum ais sampai ugut nak bakar kilang ais. Apa da.....?


Saya memang suka ais. Suka! Sangat menyegarkan kalau dapat ais. Lagi pulak, kalau tengah haus dan panas. Saya bukan tak minum air masak. Saya minum sebotol besar 1.5 liter mesti habis setiap hari kat opis. Tapi, kalau kat rumah.. saya selalu geledah peti ais cari ice cube.. Tak kisahlah air kosong pun, asalkan sejuk! Kalau rajin, saya buatlah air manis macam air sirap ke, teh ke... 


Cik abang selalu bising. Dia macam sangat memerangi air sejuk dan air manis. Kat kedai asik mintak air suam je.. Tapi, kalau saya buat dia minum jugak. Padahal dia malas nak buat. Alasan laaa macam-macam. Jaga kesihatan lah apa laaaa... 


Sampai pi potluck rumah si Ayu Blog, haku sempat tanya, "Ada ais?" hahahhahah.. buat malu company! ahahhahhaa.. Takpelaaa. Ayu je pun. Kawan kembar tak seiras, kan? Apa nak malu?


Yelah, betullah! Ais ni tak baik untuk kesihatan. Urat beku laaaa apa la... Tapi, dah sedap dan nikmat.. Apa nak dikata. Kadang-kadang saya tahan juga, tak minum ais. Buat air panas. Tapi...... Tak tahan! Air panas tu, saya tunggu sejuk dan buh ais jugak akhirnya. Dah nak buat camne.. Kenapalah mendalah sedap ni biasanya tak baik untuk kesihatan? Menyampeh.....


Cik abang geleng kepala sambil membebel, "Jaga gok kesihatan tu. Nanti lemau je kang!" Kebetulan masa dia bebel tu, saya tengah minum air mineral. So, menjawab lagi laaaa kan saya kan.. Selagi mampu...


Hari tu, masa tengah minum petang sekeluarga ipar duai semua tak tahan minum ABC. Ngilu gigi laaaaa katanya. Saya rilek je. Hantu ais, kan! Pelik saya tengok diorang tak habis ABC. Saya macam nak menambah satu lagi je... 


Naim cakap, "Along jumpa ais, macam nampak emas..." Dia siap kasi nasihat, "Along, ais kan buat kita jadi gemuk macam lembu... Bahhhhhh Bahhhhh... " ~ siap buat bunyi lembu. Naim 10 tahun, lepas makan minum air suam. Jaga buah pinggang.. Alaaaaaah, perut ko buncit juga, Aim! Ahaksssss......


Ok, disebabkan faktor umur yang semakin meningkat kini, sempena tahun baru 2013 ini saya akan cuba kurangkan pengambilan ais dalam hidup sehari-hari. Bukan berhenti terus tau! (tak berani nak janji berhenti terus)... Saya akan kurangkan ais.. Kalau biasa sehari tu 5 kali, saya akan kurang jadi sekali je.. 


Berjaya atau tidak? Sama-sama kita saksikan...


Gitewwww!

Thursday, October 25, 2012

Naim & Uncle

Hari tu (raya Haji), kitorang pergi meminang anak dara orang kat Manir. 
Raya kedua ke Chalok Barat. 
Meminang jugak. 
Nantilah saya cerita dengan lebih lanjut. 
Kena upload gambar dulu baru lah best nak cerita... 


Balik je, sepupu saya tag saya foto ni kat FB


Naim sangat menyerupai Uncle (abang kepada emak). 
Naim tak macam rupa arwah ayah. 
Tapi, dia macam pakcik dia. heheh


Sangat comel!

Sunday, February 12, 2012

"Kak Icah Atas Puncak Gunung Kinabalu."

Malam tadi, Naim tag saya gambar ni kat FB. 
Dengan caption, "Kak Icah atas puncak gunung kinabalu."


Eleh, Aim! Sibuk je ngan Kak Icah.. Asik asik Kak Icah.. Kak Icah je asik asik.. Macam takde Kak lain. Bencik along tau dengan Aim ni. Malas belanja dah lain kali.. Wek! (Mood: Jeles)


Tahulah Kak Icah je yang pernah naik.. Tahulah along takkan boleh naik gunung tu... Kalau nak harapkan along, memang taklah. Stamina zerro. Hari perarakan sempena Maulidur Rasul hari tu pun macam nak pitam round satu kampus. MC dua hari lepas tu sebab demam... hahahaha.. Kalau naik gunung ni, agaknya MC 1 bulan terus... [Baca: Aktiviti itu akan serap tenaga saya in advance selama 1 bulan]


BTW, tahniah Icah sebab berjaya mendaki gunung!
Cayalaaaaaaaaaaaa!!!!
[Nasib baik ko tak semput!]